Juara Kategori Haram Berkahwin II

Salam semua, ni sambungan confession saya tempoh hari. Saya janji cuba pendekkan seboleh yang mungkin yaaa… https://iiumc.com/juara-kategori-haram-berkahwin/

Semua sedia maklum bahawa tanggungjawab seorang lelaki kat dunia ni berat. Sangatlah berat. Dan saya bukan anak sulung, cuma anak lelaki paling tua (saya ada kakak).

Namun, saya rasa tanggungjawab sebagai anak lelaki sulung pun dah cukup, terutamanya jaga mak ayah dan adik beradik lain. Ini pun dah terasa cukup berat, masakan saya mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah?

Saya rasa selesa dengan tanggungjawab dan ujian yang sedia ada, itu pun saya dah bersyukur saya mampu menghadapinya walaupun sukar.

Sedangkan serangga dan haiwan kecil pun saya takut dan geli (bukan semuanya, tapi banyak juga la yang saya takut). Entah lah, dari kecik memang saya geli akan semua tu, be it cicak, tikus, katak, pepatung, penyengat dsb. Saya tak tahu kenapa, sedangkan adik lelaki saya jauh lagi berani.

Saya sendiri takde naluri protector dan provider, macam mana nak lindungi isteri dan anak daripada bahaya kalau saya pilih nak kahwin jugak? Fizikal saya pun agak lemah untuk seorang lelaki. Kalau ada orang jahat mengganggu mereka? Saya mana reti berlawan.

Dan lagi satu, saya ada masalah psychomotor tangan; tak reti ikat tali kasut, tak reti bertukang dan memasak dan kerja yang melibatkan tangan. Tak kira banyak mana saya cuba dari dulu sampai sekarang memang tak boleh, bukan tak mencuba langsung. Setakat basuh pinggan dan kuali, kemas rumah semua tu boleh la.

Dan macam yang saya kata sebelum ni, saya ada ezcema yang diwarisi daripada ayah saya. Meskipun eczema saya akan elok suatu hari nanti, masih ada dalam darah saya. Dah nama pun genetik, kan? Saya kesiankan anak saya yang elok2 roh dia kat Luh Mahfuz, then lahir ke dunia semata nak mewarisi penyakit genetik saya pula?

Semoga saya dapat pahala kerana tidak menyebarkan mudarat kepada orang lain. Bukan tak percaya Allah, tapi saya ada akal dan tahu apa yang terbaik untuk hidup saya, selagi boleh elak mudarat, maka elakkan semampunya.

Dan tentang baran ayah saya tu, bukanlah setiap masa dia baran, most times dia elok je dengan keluarga. Baran tu kadang2 je, cuma saya kadang2 boleh terikut-ikut baran dia. Saya pun jenis tak beria, tak sweet dan acuh tak acuh (a.k.a. nonchalant).

Saya bimbang kalau sikap red flag saya ni boleh memberi kesan kepada isteri dan anak saya kelak. Saya tak nak sesiapa terkesan dengan red flag saya. Memanglah semua orang ada perangai buruk (red flag) tapi kalau sampai tahap memudaratkan dan menganiaya pasangan, kan jatuh haram dan berdosa besar hukumnya?

Daripada menjadi suami dan ayah yang menganiaya keluarga di kemudian hari, lebih baik saya kekal bujang. Pahala kahwin memang banyak, tapi dosa pun banyak juga.

Memang susah nak dapat pahala, tapi saya taknak tambah dosa pulak, sebab nak buat dosa memang senang sangat. Saya nak minimumkan dosa saya daripada dosa yang boleh diperoleh sebagai suami iaitu tak bagi nafkah, dera isteri dan anak2 dsb.

Tentang doa supaya Allah haramkan mana2 wanita daripada mengahwini saya tu, tak salah kan kalau mintak nak kahwin bila kat syurga nanti? Ya betul, manusia bersifat mengecewakan kerana kita tak sempurna. Saya taknak kecewakan pasangan saya, saya pun taknak dikecewakan. All women in this world deserve a better man than me.

Saya nak je doa supaya Allah hilangkan nafsu syahwat secara total dan supaya Allah matikan jodoh dunia saya kalau ditakdirkan kahwin kat dunia ni.

Tapi tu macam melampau sangat pulak, jadi saya doa supaya kalau jodoh saya belum pernah jumpa, jangan pertemukan kami terus. Kalau dah pernah jumpa or berkawan, semoga tak jumpa lagi dah selamanya lepas ni. Biar tinggal kenangan je.

Sebab saya pilih bidadari syurga tu pulak, kat syurga memang segalanya sempurna termasuk hubungan perkahwinan dan cinta. Bagi saya, takde istilah cinta kat dunia ni, yang ada hanyalah tanggungjawab. Cinta sayang macam mana pun, kalau takde tanggungjawab tak guna jugak. Lagi2 tanggungjawab suami lagi berat daripada isteri.

Kat syurga nanti, hanya cinta tanpa tanggungjawab dan takde juga red flag yang kita ada kat dunia ni. Kalau saya ditakdirkan masuk syurga, maknanya ada bidadari yang sanggup tunggu lama untuk saya ke sana, jadi takkan saya nak kahwin kat dunia ni? Dah macam menduakan dia pulak.

Biarlah saya single kat dunia ni, saya anggap itu pengorbanan kecil saya untuk menemui bidadari syurga. Pengorbanan yang lebih besar pula, saya akan usahakan amalan yang akan diberitahu di bawah sebagai mahar perkahwinan saya di syurga sana.

Siapa je tak nak bidadari/bidadara syurga kan? Jadi boleh kata doa saya untuk dijodohkan dengan bidadari syurga tu valid la.

Kemudian, tentang 3 amalan yang takkan putus selepas mati, belum tentu anak2 akan doakan mak ayah. Kita dah didik elok2 sudahnya dah besar anak2 lupakan mak ayah, derhaka dsb. Ujian macam tu saya tak mampu hadap. In shaa Allah saya akan usahakan bab ilmu yang bermanfaat sebagai bakal warga pendidik (read: pensyarah).

Jangan risau, saya tak akan pengaruh anak murid saya untuk ikut ajakan supaya single seumur hidup. Kalau nak kahwin or tak, you do you as long as it is best for you.

On top of that, doakan saya rajin mengamalkan sedekah jariah dengan istiqamah. Setiap orang pun amalan terbaik mereka lain2, ada yang amalan terbaik menuntut ilmu, ada orang amalan terbaik menjaga ibu ayah, bersedekah dsb.

Kalau berkahwin terbaik untuk orang tu, then berkahwinlah kerana itu salah satu sunnah Nabi kita. Dan saya akan usahakan amalan baik yang lain yang saya mampu kerana ladang pahala itu luas.

Memang berkahwin tu sunnah Nabi dan Nabi pun suka melihat umatnya berkahwin, cuma kena tanya diri balik kita dalam kategori yang mana? Wajib, sunat (sunnah), harus, makruh atau haram? Kena fahamkan situasi yang tergolong dalam hukum2 tersebut.

Perkahwinan ni bukan untuk semua orang. Kalau tak mampu buat semua sunnah Nabi janganlah tinggalkan semuanya. Sebaliknya buat mana yang kita mampu kerana kemampuan kita berbeza. Usahakan sunnah Nabi yang mana kita boleh dan mampu buat tanpa membenci sunnah Nabi yang kita tak mampu buat.

Kesimpulannya, tanya diri mampu ke tidak nak buat sesuatu. Kalau contohnya dah kahwin pastu dah ada anak then tiba2 dah tak suka, macam mana nak patah balik? Cerai? Boleh tapi Allah benci.

Fikirlah masak-masak dahulu sebelum anak orang teraniaya dengan kita. Saya berpegang teguh kepada satu kata: Sejahat mana pun kita, jangan sampai aniaya orang lain.

Akhir kata, terima kasih kerana mendengar confession saya yang sebelum ni terutamanya komen yang menyokong dan positif.

Untuk komen yang menentang dan negatif tu pulak, terima kasih juga sebab cara teguran anda membuatkan saya semakin tawar hati dan keras hati untuk berkahwin di dunia ni. Jadilah pembaca (pendengar) yang lebih baik lain kali ya :)

– His Weak Servant (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *