Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca IIUM confession.. Terima kasih terlebih dahulu kepada admin sebab sudi siarkan confession saya.
Pertama sekali, suka untuk saya ingatkan kepada pembaca semua bahawa penulisan saya ini bukanlah untuk menghentam, tetapi ia adalah tidak lebih dari sekadar teguran. Mohon semua yang membaca lapangkan dada, terangkan fikiran.. ecewah..
Sebenarnya, saya ada satu persoalan dan kepelikan yang berlegar dalam kepala otak saya ni. Sekarang memang trend pakai jubah meleret lantai ke? Sering saya lihat di facebook dan instagram, muslimah pakai jubah meleret lantai. Dan kebiasaannya saya lihat pada muslimah yang berpurdah dan bertudung labuh. Tambahan lagi, kalau muslimah tu merupakan founder kepada fesyen busana muslimah. Setiap kali update gambar, saya akan perhatikan bahagian bawah jubah dia, mesti meleret lantai. Tudung dan selendangnya labuh comel dah, tapi tiba-tiba kurang terkenan di hati melihat jubah itu menyapu lantai yang entahkan dicemari dengan najis dan kotoran.
Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman? Atau mungkinkan saya yang terlalu kolot dalam arus fesyen muslimah terkini? Tapi saya lihat, ada sahaja pengedar busana muslimah online yang pakai jubah elok terletak bada badan..tak labuh mencecah lantai, tak singkat menyingkap buku lali. Seandainya ingin dibuka forum di ruangan komen, suka untuk saya mengingatkan supaya kita gunakan bahasa dan kata-kata yang sopan dan berhikmah.
Pendek je.. Terima Kasih/
– Ev
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit