Assalamualaikum dan hai readers.
Hai semua. Tujuan aku menghantar confession ni bukan untuk reply kepada confession Budak Praktikal yang sebelum ini. Tapi aku ingin berkongsi rasa yang sama. Ya, sejujurnya dekat universiti aku, aku juga seorang yang mudah mesra dan boleh dikatakan antara manusia yang bising dalam kelas aku. Geng-geng mak jemah jugak la. Membawang tu boleh dikatakan profession part time kami.
Sekarang ni aku tengah praktikal. Hampir sebulan. Sama jugak dengan confessor sebelum ni. Sorang-sorang dekat sini. Mula-mula tu aku excited. Ye la, first time kerja semenjak bergelar dewasa ni. Selalunya kerja part time dengan orang sebaya dengan aku. Memang masuk air dan tak pernah stress sebab asyik gelak tak hengat dunia. Tapi sejak kebelakangan ni, (sejak masuk praktikal ni) aku rasa aku bukan diri aku dah. Aku tak reti nak membawang dah. Skill tu tetiba hilang dan tiba-tiba jadi pendiam.
Ceritanya, waktu kerja 8jam. Praktikal di pejabat kerajaan. Aku tak tahu kenapa, aku rasa penat sangat. Penat sampai aku dah tak rasa apa-apa. Macam confessor jugak, aku masih lagi mencuba untuk adapt. Tapi, susah gila. Aku dah cuba beramah mesra, senyum macam nak terkoyak mulut, buat-buat rajin dan selalu mintak kerja kalau aku takde kerja. Tapi masih lagi gagal. Aku rasa tak best. Aku memang jenis mudah survive dan lone ranger. Tapi, sekarang ni aku rasa sakit. Sakit sebab awkward nak mampus. Kau imagine la, diorang ni membawang dekat meja sebelah aku. Selalu sangat. Gelak-gelak. Aku kat situ tersengih-sengih macam kerang busuk sebab takkan aku nak jadi patung je time diorang gelak. Tapi aku penat. Penat berpura-pura sepanjang masa. Penat berpura-pura yang aku okay. Tapi, deep inside aku penat. Waktu breakfast dan lunch pun, aku rasa awkward sebab diorang tanya aku makan dekat mana and makan dengan siapa. Mula-mula tu ajak, dan aku ikutla. Tapi lama-lama rasa malu pulak asyik ikut. Jadi, sekarang ni aku dah tak ikut. Aku lebih suka makan sorang. Rasa kenyang. Lepas itu, ada masa nak take a nap dari pura-pura gelak dengar benda yang aku tak paham. Tapi jangan risau. Aku ikut jugak kadang-kadang tapi aku takut diorang tak selesa. Sebab aku hanya mampu sengih je. nak menyampuk tak reti.
Balik je rumah, masa aku solat asar, aku akan ternangis. Tanpa aku sedar. Dan ia berlaku setiap hari. Aku penat sangat sampai aku tak keluar bilik. Kadang-kadang tu aku keluar, nak tunjuk dekat mak ayah aku, aku suka praktikal dekat situ. Gelak-gelak macam biasa. Kadang-kadang tu aku gelak je mamanjang. Even benda tak kelakar pun aku gelak. Sampai mak aku pelik. Aku sendiri rasa pelik. Pelik jugak la gelak sampai keluar air mata. Biar benda tu tak kelakar pun.
Setiap hari, aku hanya tunggu malam. Aku tunggu waktu Isyak. Sebabnya? Sebabnya aku tak sabar nak tidur. Aku penat sangat. Sampai aku kesian dengan adik beradik aku. Aku kakak dan diorang mengharapkan aku untuk bawak diorang pergi mana-mana tapi aku tak mampu. Aku kesian jugak dekat mak bapak aku sebab aku dah tak mampu nak tolong diorang buat kerja rumah. Selalunya aku tolong buat laundry, tolong basuh pinggan mangkuk, lipat kain, ironkan baju kerja diorang, tapi sekarang ni aku penat.
Baju aku pun aku rotate baju sama. Dalam seminggu, satu baju tu aku pakai 3 kali. Aku basuh eh. Jangan risau. Rumah aku ada mesin basuh. hehe Cuma baju tu tak payah iron. So senang kerja aku. Bangun mandi pakai baju dan terus pergi kerja. Tapi, aku betul-betul perlukan komen murni. Bagaimana aku nak adapt. Macam mana aku nak atasi kepenatan ni. And dear confessor Budak Praktikal, thanks for confessing. Now i know i am not alone. Now i know, this is normal as a budak praktikal. One thing for sure, age gap is the main reason why we couldn’t adapt until now. Trust me. Age gap di mana kami masih lagi student dan tidak berkahwin dan mereka berumur mid 30-an ke atas dan sudah berkahwin. Jadi, nak gelak-gelak , masuk air tu susah. Huhu sekian. Maaf terlalu panjang. Aku nak lukis,tapi tak reti la pulak melukis. Lukis orang lidi pun senget haha
– jemah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit