Assalamualaikum semua..
Sebelum ni ada terbaca kisah confessor yang Allah uji tiada rahim, (https://iiumc.com/aku-tak-punya-rahim/).
Bila baca kisah tu terus mengalir air mata kerana saya juga sama seperti confessor tu diuji Allah swt tanpa organ bernama ‘rahim’..
Pelengkap hidup seorang wanita..
Saya di dignosis oleh doktor tidak mempunyai rahim pada usia 20 tahun selepas habis sekolah..
Mulanya saya anggap bila lambat datang period macam kawan2 yang lain tu normal..
Sehingga terjadinya peristiwa sakit perut yang teruk..
Dari situ saya ditahan wad hospital, soal selidik, jumpa pakar, buat scan, mri dan masukkan kamera dalam perut..
Semua rawatan saya buat..
Akhirnya doktor sahkan saya tidak mempunyai rahim seperti wanita lain..
Mase tu rase macam kosong sangat kepala..
Sedih dan menangis jangan cakap la. Ambil masa juga..
Mase saya ambil untuk redha dengan ujian Allah bukan sekejap. bertahun juga. yela masih remaja kan..
tapi lama kelamaan setelah redha tu dah semakin bole diterima, saya ambil pendekatan untuk sentiasa fikir yang positif saja..
Allah kurniakan saya nikmat yang sangat banyak sepanjang 34 tahun saya hidup, kenapa saya nak meratap kesedihan saya kan..
Walau tanpa organ bernama ‘rahim’, Allah kurniakan saya kesihatan yang baik. Boleh hidup normal macam orang lain juga..
Dikurniakan keluarga yang sangat2 supportive..
Perihal jodoh, ada saja yang nak masuk meminang. tapi saya jelaskan tentang keadaan saya yang sebenar. Alhamdulillah semua saya tolak dengan cara yang terbaik..
Bohong la kalau tak de rase ingin berpasangan, berkeluarga sndiri ada zuriat keturunan sendiri. Tapi semua tu saya simpan disyurga. Janji Allah jika bukan didunia, disyurga pasti..
Saya tak berani untuk ambil risiko yang saya sendiri tahu kesannya. Sebab hati ni sentiasa berbolak balik..
Dari situ saya nekad n tanamkan dalam diri, andai tidak dikurniakan pasangan didunia, saya abadikan seluruh hidup saya untuk mak abah n keluarga saya.
Mak abah adalah syurga yang pasti andai kita taat n jaga mereka didunia.
InsyaAllah janji Allah tu pasti, syurga menanti saya. Nikmat apa lagi yang kita inginkan selain syurga yang abadi. Aamiinn.
Alhamdulillah, sekarang saya menjadi seorang yang sentiasa positif dalam setiap apa yang Allah ciptakan didunia ni..
Allah tak kurniakan saya rahim tapi Allah kurniakan saya keluarga yang bahagia.
Menumpang kasih sayang anak2 buah. Bahagiakan mereka macam anak2 sendiri. Tu pun dah cukup buat saya. Hadiah terhebat yang Allah beri pd saya..
Setiap apa yang Allah cipta tak pernah sia2..
Pasti ada hikmah tersembunyi..
Beberapa nikmat yang tak terhitung yang Allah beri antaranya saya boleh solat 5 waktu tanpa cuti ditambah solat2 sunat,
Dapat berpuasa penuh dibulan ramadhan tanpa cuti jugak dan banyak la benda yang saya boleh buat.
Nikmat Allah apa lagi yang nak saya dustakan dan mungkin juga Allah tak mengizinkan saya untuk punya zuriat adalah cabaran nak mendidik anak2 dizaman teknologi penuh mencabar ni..
Andai dapat didik dengan iman bole jadi anak tu menjadi syafaat kita ke syurga. Jika sebaliknya anak tu bole juga menjadi asbab kita ke neraka..
Akhirnya, doakan saya untuk menjadi seorang yang sentiasa positif dalam menjalani kehidupan yang sementara ni..
Saya juga doakan wanita2 diluar sana yang diuji seperti saya tabah n redha dengan ujian Allah ini..
Ganjaran nikmat syurga bagi mereka yang bersabar dengan setiap ujian Allah. Aamiin.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit