Tujuan aku hantaran hanyalah untuk dijadikan panduan pada mereka yang senasib dengan aku. Walau dimana berada. Aku perkenalkan walau pada umur 40an. Kadang-kadang letusan memori tanpa sedar akan datang diluar kawalan kita.
Minggu ini secara tiba-tiba aku rasa tertekan amat sangat. Terasa sesak dada. Aku rasa nak marah walau masalah sedikit sahaja yang timbul.
Aku tenangkan diri. Aku akan menyendiri bila berkeadaan tertekan. Atau aku akan cari jalaan untuk bersukan. Berlari dan pelbagai aktiviti.
Tapi tahap emosi aku tak keruan. Aku rasa marah dan sedih berbaur tanpa sebab. Puas aku cari punca tapi tak bertemu. Kenapa aku jadi begini.
Nak kata masalah kewangan? Tiada. Nak kata masalah kekeluargaan pun tiada. Kereta? Pun tiada aku baru beli kereta sebab kereta aku rosak.
Aku beli kereta idaman kebanyakan lelaki. Tapi aku tak gembira juga. Aku tak teruja. Aku juga ada rumah 3 unit. Ada kebun. Memang aku tak pernah rancang nak beli atau apa. Tapi tahu-tahu aku terbeli.
Aku ada anak2 yang sihat dan gembira. Kenapa ya aku jadi begini. Aku penuhi apa yang terdaya. Berikan rumah. Keselamatan pada anak isteri. Berikan kenderaan masing-masing… jadi apa masalah aku? Puas aku terfikir. Mencari mana punca. Dah seminggu begini.
Lagu raya berkumandang tika ini. Aku memandu keseorangan. Musim-musim hujan ni aku rasa lagu raya macam hiporkrit. Bersalam-salam bermaafam. Kenapa aku fikir begitu aku pun tak tahu. Otak ku menerjah jauh terkenang sejarah lama.
Ya tika hujan inilah banyak kenangan. Teringat aku pada arwah ayahku. Ayahku pergi diiringi hujan renyai dipagi jumaat seperti hari ini.
Ketika hujan renyai ini jenazahnya diusung ke tanah perkuburan. Aku yang berumur 8 tahun ketika itu hanya mengalir airmata dalam hujan.
Mengejar van yang membawa ayah ke tanah perkuburan sejauh 2km. Kerana ketika jenazahnya dibawa turun dari rumah ayat yang keluar dari mulut ibu saudaraku. Hubungan kau dan aku terputus dengan meninggalnya ayah.
Ingin aku tumpang kereta pak saudaraku mengiringi jenazah ayahku. “Kau jangan naik kereta aku. Nanti kotor” aku yang tidak tahu mengiakan saja.
Kukejar kenderaan jenazah arwah ayahku. Aku berlari mengejar didalam renyai hujan. Menghala ke tanah perkuburan. Kakiku yang kecil tidak terdaya mengejar.
Ketika sampai keperkuburan jenazah telah ditalkinkan. Allah rindunya pada ayah. Aku anak paling manja dengan ayah… tidak sempat melihat ayah. Aku hanya menangis tanpa suara… berjurai tanpa henti airmata.
Tersedar kembali dari lamunan. Hujan lebat mula renyai. Ya.. Dibulan ramadhan yang mulia dipagi jumaat. Otak aku terus terkenang sejarah lama…. Kuteruskan pemanduan. Lagu raya bersambung-sambung hari ini dalam radio sinar. Otak ku berputar kembali.
Petang jumaat ni dah hampir setahun ayah pergi aku masih berduka. Teringat pelukan ayah mendukung ku ketika umurku 4@5 tahun.
Nunnn bulan. Nunn bulan. Sambil menunjukkan bulan mengambang penuh… dipeluknya aku dengan kasih sayang. Terlalu sayangnya padaku.
Tapi kini aku kelaparan. Dah seminggu aku hanya makan kanji yang dibuat seperti gam. Yang aku telan. Beras memang lama dah habis. Ibuku tak mampu.
Ibuku tidak bekerja. Ibuku telah berusaha mencari kerja semenjak kematian ayah. Pelbagai kerja ibuku lakukan. Tapi ialah kudrat ibu sekuat mana. Selama ini ayah yang menyara keluarga. Adik beradik ku ramai dan semua masih kecil.
Tiba-tiba jiran ku memanggil “Kau kesini sekejap” nah ambil duit ni. Tolong aku beli roti kedai depan tu.
Aku yang diajar jangan melawan kata-kata orang dewasa pergi tanpa apa-apa kata. Tapi aku tidak terdaya. Aku berjalan perlahan dengan baju lusuhku. Berjalan dalam kelaparan. Kerinduan pada arwah.
Setengah jam kemudian aku sampai kekedai. Aku terpaksa ikut jalan jauh. Jiran yang ada jalan pintas tak beri aku lalu dihadapan rumahnya. Sebab aku kotor.
Sambil mengangkat penyapu dia memaki aku, “Jangan kau lalu didepan rumah aku. Busuk dan berpasir nanti halaman aku” aku tak berani lalu.
Setelah membeli roti seperti permintaan jiran sebelah. Aku balik kerumah. Seperti biasa aku berpusing mengikut arah yang jauh agar tidak lalu dihadapan rumah orang kaya tersebut. Ketika ini memang rasa sangat hina. Itu yang aku percaya tentang diriku.
Memang aku sangat-sangat percaya. Aku busuk. Miskin. Tiada siapa yang sayang. Sekadar seperti menumpang didunia. Tidak lebih dari seekor kucing. Seperti yang dilempar orang sekeliling. Jadi aku memang patuh apa saja arahan jiran-jiran dan apa saja.
Setiba dirumah jiran aku serahkan roti. Terliur janganlah dikata. Aku kelaparan mengharap jika diberi sebuku roti. “Mana duit lebih” tanya jiran ku.
“ada dalam plastik tu makcik” balasku. Aku meminta diri dan berlalu hampa kelaparan. Baru bergerak 10 meter kehadapan. Terasa ada pukulan diatas kepala aku.
“Eh.. Kecil-kecil kau nak menipu aku. Mana duit lebih” tempikkan dia menyedarkan ibuku dari dalam rumah. Habis poket aku yang bocor jiran ku periksa. “Kalau tiada kau pergi cari balik sekarang”
Baik makcik, jawabku patuh. Ibuku hanya memandang sayu. Aku tahu ibuku tidak mampu untuk kembalikan duit yang aku hilangkan.
Hari semakin petang. Hujan mula turun. Kuteruskan perjalanan. Aku mengigil kesejukan dan kelaparan. Tapi aku tiada apa yang boleh dimakan. Tenaga aku semakin habis. Didepan ku ada sebuah longkang yang baru dibuat. Longkang bandar yang dalam.
Aku terpaksa melompat untuk keseberang mencari duit yang hilang kerana aku tidak dibenarkan lalu jalan yang dekat. Dengan sepenuh kekuatan aku melompat. Tapi anak yang tiada tenaga itu rebah terus kedalam. Kepala aku terus mencecah lantai longkang.
Dadaku terhentak dipembahagi longkang. Darah memancut deras dari kepalaku. Ku cuba bangun. Darah terkeluar dari mulutku. Aku tak terdaya. Kulihat darahku mengalir perlahan mengikut arus air. Ku pejamkan mata. Aku teringat ayahku.
Aku gembira bakal berjumpa ayahku. Buat pertama kali aku rasa aman dan gembira. “Ayah tunggu. Saya datang teman ayah yer rindu ayah”
Kata hatiku gembira. Perlahan aku hilang. Sesak nafasku. Terus hilang bersama kenangan ayah tika kita gembira bersama…
Tersedar kembali aku dari lamunan. Ya. Aku tahu punca. Waktu kecil aku mangsa buli yang sangat teruk. Kini aku telah 40an tanpa sedar cetusan memori membuat aku sedih dan seperti memberontak. Marah. Kesan-kesan lama rupanya.
Baru aku tahu walau kita telah tinggal lama kenangan. Rupanya ada cetusan trauma. Aku tiada tempat nak mengadu hingga kini. Apa masalah aku kena hadapi sendiri. Jadi sebenarnya aku rindukan ayah. Rindukan ayah. Rindukan rasa selamat.
Dihari jumaat ini. yang mulia ini. kudoakan Arwah ayah ku didalam lindungan Allah…. Ampunilah ia ya Allah. Ya Rasullulah, berikan syafaatmu.
– Zak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit