Jumpa Crush Kerja F&B

Cerita ini berlaku beberapa tahun dahulu, aku ada seorang kenalan di sekolah, dia perempuan dan sangat cantik. Of course lah cantik, sebab kalau crush tak cantik itu bukan krush namanya.

By the way, aku ada beberapa orang crush dan dia salah seorang crush yang aku minat, sebab dia cantik, ayu, bertudung. Tetapi pada satu hari dia telah melukai hati aku.

Aku ni bila dalam group whatsapp agak kepoh sikit, sebab aku introvert orangnya. Bila depan pandai jaga diri, bila ada platform menulis seperti sosial media aku jadi mat kepoh.

Sampai satu hari aku tulis something dalam whatsapp group, aku lupa aku tulis apa sebab kisah pun dah lama. Sekali crush aku ni bercakap, dia sakitkan hati aku dalam group.

Serius aku pun dah lupa dia tulis apa, “Zarith ni tak boleh pakai orangnya”, “Tak payah kawan dengan Zarith ni dia bukan betul pun”.

Ini kot, sebab aku dah lupa, tapi semenjak daripada hari itu aku dah tak ada crush dengan dia. Lantak lah dia cantik ke, ayu ke, polos ke. Dia tak suka berkawan dengan aku, buat apa aku nak terhegeh dekat dia.

Aku tahu memang aku kepoh pun, dah besar ni boleh kawal lah diri daripada kepoh dalam sosial media. Cuma waktu remaja dulu je aku tak boleh kawal ke kepohan aku.

Cuma bila dalam puluhan orang dalam group dan dia seorang je cakap begitu aku terus jadi benci nak kawan dengan dia.

Kesimpulannya, dia dapat keputusan agak cemerlang dan masuk universiti.

Selepas itu aku jumpa dia sekali lagi, ini kisah kami dah habis belajar.

Tetiba aku jumpa dia kerja di FNB, dia jumpa aku dia cakap,

“Hi Zarith, kerja kat mana sekarang ni bla bla bla bla”

Aku pun terkejut, eh minah ni bukan waktu sekolah dulu dia benci kat aku ke. Kenapa sekarang ni baik giler siap peramah lagi nak bercakap dengan aku. Dulu kat sekolah muka monyok je nampak aku.

Otak aku sedang memikirkan sesuatu, dan muka aku mungkin berubah kot (tak ada cermin waktu itu)

Tapi dia perasan aku macam tak suka cakap dengan dia. Sebab respon aku pun “Ah” “Ya” “Ah”

Aku pun tengah blur sebab tak expect dia tetiba tegur aku dan aku pun tak tahu nak respond apa. Sebab aku terngiang lagi perkataan dia hina aku dalam group whtasapp.

Jadi selang sebulan kemudian aku pergi FNB sama, sekali aku tengok dia dah tak ada.

Aku dapat merasakan, peristiwa tempoh hari telah menjadi pembakar semangat dia untuk kerja lebih bagus.

Maklumlah waktu itu dia jadi kuli kerja masak-masak lap lantai. Tetiba jumpa kawan sekolah, kawan dekat sekolah tak nak langsung bercakap dengan dia.

Mungkin dia tercabar dan nak dapatkan kerja gaji besar. Dapatkan kereta besar.

Sekarang ni aku dah tak jumpa dia langsung, dah lebih 5 tahun kot. Mungkin dia dah jadi akauntan berjaya.

Kalau korang buat apa ya dalam keadaan begitu?

Lupakan dan cuba pikat dia sebab dia pun berada dalam keadaan dibawah? Minta nombor telefon dia?

Hahahahahaha.

– Zarith (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Kau ni perempuan suka perempuan ke. Gini jelah. Perangai lelaki je rasa tercabar tengok orang lain kereta besar. Jadi kau nak mintak nombor telefon untuk apa. Kalau nak tanya dia pakai kereta apa baik henti kan.

    Yang aku pulak member tak tahu nak buat apa, ada orang kutuk dia tapi up gambar anak dia kat social media. Dia tengah terfikir nak report MCMC ke sebab macam buat anak dia marketing tools tanpa kebenaran. Nak report tapi member. Patutnya orang lain tak berani post gambar anak orang yang dia tak reti nak berbudi bahasa dengan mak dia, betul tak? Manalah tahu jadi target orang berniat tak baik ke apa kan.

  2. Benda dah jadi 5 tahun lepas baru kau nak tanya apa nak buat..move on je la banggg..pastu kalau kau ni seorang yang kepoh, namanya extrovert bukan introvert đŸ™„

  3. Salam Bang, jauh sangat abang pikir tu. Maaflah bang. Dari cerita abang tu, saya rasa perempuan tu saja basa basi sbb terjumpa kawan lama. Lagipun dia bukannya suka abang, buat apa dia nak berenti. Boleh jadi dia keje part time je kat situ. Bila Allah dah beri kerja lain yang lagi bagus, dia pun berenti. Jangan disebbkan rasa insecure abang tu, abg jadi overthinking. Bak kata abang Jack, jangan syok sendiri. Tutup salam.

  4. berhenti berangan la abg oi. masih teringat2 tu mesti sebab dendam kesumat tu. ntah2 awek tu bahagia je. ko je masih feling2 ” sekarang aku lg hebat dari ngkola padan muka jadi kuli je skrng, dulu xnk layan aku”. move on jela bang. yang ko perlukan sekarang adalah perbersihan hati. jauhkan persaan hasad dengki insyallah hati pun tenang. Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *