Assalamualaikum. Terlebih dahulu aku nak mintak maaf kalau apa aku cakap ni ada rakan-rakan yang terasa atau marah aku nanti. Aku pelajar kolej jururawat di salah sebuah negeri dia utara tanah air. Insha Allah bakal bergelar jururawat terlatih beberapa bulan lagi.
Aku cukup tak berkenan dengan gelaran junior/senior dekat kolej aku ni. Ada beberapa gelaran untuk melambangkan kekuasaan mereka contohnya adik putih, kakak hijau/biru/merah. Kami digelar mengikut sem.
Bagi pendapat aku senior sepatutnya menegur silap junior secara baik dan berhemah tak perlu menjerit, memaki, marah mereka depan pesakit, pelawat atau sesiapa sahaja yang berada di wad. Tak perlu setiap kali balik dari wad nak buat rocall. Aku tahu kau nak tegur silap junior tapi tak perlulah dengan cara yang kasar. Mereka pun ada maruah mereka pun tahu rasa malu. Kau senior jangan kau bangga macam tak pernah buat silap.
Aku akui dulu senior kami lebih garang dari sekarang tapi itu dulu. Aku faham zaman 2016 pendekatan lebih lembut perlu kita guna untuk nak tegur silap orang. Silap haribulan viral nanti kisah senior buli mental junior. Sekarang ni kita berada pada zaman viral di mana semua kesilapan kita di viralkan dalam sekelip mata. Takut-takut tindakan tatatertib di kenakan kepada si pembuli. Bid yang engkauorang banggakan nanti sia-sia sahaja. Kena buang kolej tak ke naya.
Dari pemerhatian aku lagi segelintir senior memandang jijik dekat junior. Macamlah lahir-lahir terus pakai merah. Junior tu datang nak belajar nak menuntut ilmu ajar cara baik tegur cara baik. Kesian diaorng penat mental didera. Walaupun tak di sentuh secara fizikal tapi dibuli secara mental. Berapa banyak kes pelajar ilkkm bunuh diri, gila, berhenti belajar ini sebab perangai engkauorang lah yang taksub sangat dengan senioriti. Jangan acah sangat senioriti dah di hapuskan kononnya. Silap-silap dekat luar tu diaorang lagi hebat dari engkauorang. Memang di sini junior tu kosong senior tu hebat. Tapi ingat ilmu Allah tu luas. Mungkin ada benda lain mereka lagi hebat dari engkauorang.
Aku kongsi ni pun sebab aku tahu aku terdengar rungutan dari junior-junior. Berapa ramai yang nak berhenti dan tak sanggup nak habiskan pengajian disebabkan mentaliti kelas ketiga senior-senior ni. Apa yang aku mampu doakan segelintir dari senior nie berubah lah kalau masih sayang dengan bid yang engakauorang banggakan tu.
Belajar hormat orang dulu baru orang akan hormat kita.
– Miss Bib Merah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit