Jurang Diploma dan Matrik

Selamat Sejahtera dan Assalamualaikum,

Nama aku Ali. Aku lepasan diploma (yang pastinya aku bukanlah pelajar uia). Apa yang bakal aku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Masa aku mendapat keputusan tawaran ke degree aku sangatlah gembira. Bukan senang diploma nak sambung ke degree walaupun ada sesetengah yang mengatakan masuk diploma sudah seperti sebelah kaki masuk ke degree (persaingan tinggi/aku cerita di bawah).

Di sebabkan aku masuk degree couse-nya sama dengan diploma, aku mendapat pengecualian kredit. Aku akan terus masuk di sem 3. Hari pertama aku di situ aku sesat satu jam nak cari kelas aku. Aku sangat gembira melihat wajah kawan-kawan aku yang hampir setahun tidakku lihat (praktikal mengambil masa satu sem tempat pula lain-lain, cuti lagi beberapa bulan sementara menunggu keputusan degree). Tetapi ada juga wajah-wajah yang pertama kali aku lihat. Bila aku tanya mereka daripada lepasan matrik/asasi (lepas ini aku sebut matrik sahaja).

Di sinilah aku melihat jurang antara pelajar diploma dan matrik. Aku lihat kedua-duanya ada ego yang tersendiri.

Bagi pelajar diploma mereka berasa lebih senior. Kerana apa? Pertama sekali umur. Kami berumur 21 tahun manakala pelajar matrik berumur 20 tahun pada sem 3. Keduanya kami berasa lebih berpengalam dalam bidang tersebut kerana telah belajar sebahagian subjek ini di diploma.

Bagi pelajar matrik (ini apa yang aku perhatikan), mereka berasa lebih senior kerana mereka ada di situ sudah setahun. Kedua mereka berasa mereka lebih pandai kerana mereka melalui matrik dan asasi (mentaliti masyarakat kita) (perkara ini yang aku rasa susah nak dihakiskan).

Perkara ini adalah di sebabkan mentaliti masyarakat kita yang sentiasa membasuh otak kanak-kanak kecil yang menyatakan bahawa pelajar diploma adalah yang kurang pandai. Untuk pengetahuan semua pembaca SPM aku 7A 4B (add math dan math A+, subjek science aku A). Pada mulanya aku pun agak risau nak masuk diploma atas sebab mantaliti buruk ini. Tetapi bila aku masuk diploma rupa-rupanya ada juga kawan-kawan aku yang 9A/8A/7A. Barulah aku sedar nak masuk diploma pun persingan dia tinggi (tu lah sebabnya aku risaukan result nak masuk degree).

Tetapi sekarang ini aku adalah juga mula berkawan dengan pelajar matrik. Aku terus-terang cakap aku suka mereka. Sebab apa mentaliti mereka masih lagi kanak-kanak.

Aku nampak perubahan kawan-kawan aku yang diploma, selepas habis praktikal mereka terlampau matured, sebab otak kami dah dibukakan dengan dunia pekerjaan yang sengit itu (boleh rujuk post orang yang sudah bekerja).

Akhir sekali, aku ingin menggalakkan pelajar diploma dan pelajar matrik untuk bergaul rapat. Aku juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar baru yang mendapat course food tech. Aku juga berharap ada pelajar matrik tulis di sini tentang pendapat mereka terhadap pelajar diploma dan matrik. Aku suka untuk bergaul rapat dengan pelajar matrik tetapi mereka masih lagi cuba mengasingkan diri. (P/s: Doa banyak-banyak sebelum SALAM senyapa anda. Hahaha)

– Ali

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit