Jurang Ini ‘Membunuhku’

Assalammualaikum para pembaca.

Aku Ayla. Berusia pertengahan 30 an, ibu kepada 2 cahaya mata dan seorang pengurus di sebuah syarikat swasta. Suamiku Azim, 40 tahun merupakan seorang pekerja berkolar biru.

Perkahwinan kami selama 11 tahun ini bukan paksaan, bukan juga diaturkan. Kami berjumpa 15 tahun lepas ketika aku menuntut di Universiti dan Azim pula ketika itu sudah berkerja.

Aku sedia maklum tentang taraf akademik Azim mahupun kerjayanya. Mungkin kerana aku sendiri anak orang susah, punya ibu ayah yang tidak tinggi ilmu mereka, jadi aku merasakan bahawa tidak mengapa jika benar jodoh ku dengan Azim.

Namun kebelakangan ini aku merasakan bahawa perbezaan taraf akademik yang banyak mempengaruhi kehidupan seharian kami mula menunjukkan kesan yang besar terhadap perhubungan kami.

Pertama, pengaruh terhadap pendapatan kami. Sudah lebih 5 tahun pendapatan aku dua kali ganda dari Azim. Azim walaupun hakikatnya bertanggungjawab dari segi nafkah, tapi nafkah yang diberi memang tidak pernah cukup setiap bulan. Aku yang menanggung apa yang tidak cukup.

Dari anak sulung sampai no 2, Azim cuma akan bayar duit untuk pengasuh sahaja. Susu, pampers, makanan anak2, kelengkapan anak2 semuanya aku yang sediakan. Begitu juga dengan belanja dapur dan pasar – Azim hanya akan membelanjakan apa yang mampu.

Kalau selepas seminggu tiada lauk pauk – maka aku lah yang akan menyediakan semuanya. Azim tahu tentang kekurangannya dan pernah 3, 4 kali beliau mencari kerja part time bagi menampung kehidupan – tapi semuanya hangat2 tahi ayam.

Cuma akan dikerjakan buat 3,4 bulan – selepas itu Azim akan mula berdiam sahaja.

Kedua, impak pada kerjaya dan pendidikan anak2. Azim perlu berurusan dengan vendor2 atas tuntutan kerja dan 80% urusan dijalankan menggunakan Bahasa Inggeris.

Sudah berpuluh kali aku bantu ajarkan Azim untuk siapkan proposal, even mencari bahan bacaan untuk melancarkan penguasaan Bahasa Inggeris, namun usahaku sia2.

Jadi setiap hari akan ada sahaja permintaan dari Azim untuk aku membantunya dari segi perkerjaan nya untuk berbahasa Inggeris. Tahun demi tahun tiada inisiatif dari Azim untuk memperbaiki diri nya untuk kerjaya sendiri.

Kemudian perihal pendidikan anak sulung kami – semua sedia maklum bagaimana advancenya level pembelajaran2 anak2 sekarang sejak darjah 1. Untuk Azim, 90% diserahkan kepada aku untuk membantu anak.

Kerjaya aku sebagai pengurus memang agak mencabar, lebih2 lagi apabila hidup di dalam company swasta yang mana orang Melayu perlu bekerja lebih kuat dari bangsa lain.

Namun Azim seolah2 menganggap kerjaya ku cuma biasa sahaja, tidak perlu aku luangkan masa extra untuk kerja ku.

Ketiga, dari segi pergaulan. Sejak aku berkahwin dengan Azim, memamg boleh dikira dengan jari aku menghadiri majlis jemputan dari sahabat2 universitiku atau pun teman2 kerjaku. Semuanya kerana rasa rendah diri Azim.

Azim merasakan teman2 ku semuanya kategori yang hebat-hebat, jadi apabila ada pun aku hadir ke majlis samaada aku berseorangan atau andai Azim ikut, memang beliau akan duduk sahaja di meja melayan anak-anak tanpa menegur sesiapa pun.

Bila tiba giliran Azim, aku tiada masalah untuk beramah mesra dengan kawan2nya. Hakikatnya kawan2 ku semuanya org biasa2, bukan seperti yang Azim fikirkan.

Seperti yang aku ceritakan awal tadi, aku anak orang susah jadi aku sedari dulu memang hanya akan berkawan dengan orang2 biasa atau yang sederhana.

Aku sendiri malu untuk berteman dengan mereka yang kaya atau berkemampuan. Sebab itu hati aku sakit bila Azim melayan teman2ku sebegitu.

Keempat – komunikasi antara kami. Kami berkawan almost 5 tahun sebelum mendirikan rumahtangga. Azim memang tak banyak mulut, barangkali tiada banyak topik yang die boleh fikirkan dan bualkan. Tapi bila aku mula bicara, aku nampak effort Azim nak borak.

Kami juga banyak lakukan aktiviti bersama – bersukan, riadah, menonton wayang, jalan-jalan cari makan. Selepas kahwin dan punya anak sulung komunikasi masih okay – we are just like other couple.

Cuma selepas anak kami yang kedua lahir pada Januari 2019 aku nampak dah segalanya berubah [sampai ke hari ini aku masih berfikir ape yang berubah selepas ade si adik ini sedangkan kedudukan ekonomi kami sama saja, tiada banyak perbezaan].

Komunikasi kami kebanyakan nya kalau tidak pertelingkahan, akan berkisar tentang anak-anak. Bicara kami tu sudah seolah-olah kami ini ibarat housemate yang berkongsi rumah, katil dan anak-anak.

Tiada lagi bicara tentang apa aku rasa, ape die rasa, apa perancangan kami untuk masa depan. Bayangkan aku dan dia boleh duduk dalam rumah untuk tempoh 8 jam tanpa anak-anak tapi kami tak akan bersembang walaupun kami tidak bergaduh.

Empat permasalahan di atas nampak seperti tidak serius tapi apabila tahun demi tahun tiada perubahan, aku mula menyoal keputusan ku untuk menikahi Azim. Aku tidak tahu ape perasaan Azim.

Cuma setahu aku Azim walaupun mungkin ada terdetik perasaan die untuk meninggalkan aku, die tidak akan proceed sebab Azim selalu kata hanya aku sahaja yang sudi hidup dengan die walaupun antara aku dengan die banyak perbezaan.

Die dan aku memang tiada hubungan lain malahan antara die dan aku juga aku tahu segala password die begitu juga dengan dia.

Cuma adakah Azim bertahan kerana benar dia sayangkan hubungan ini atau cume out of rasa selfish dia i.e. hidup die lebih senang selagi aku menjadi isterinya.

Sejujurnya, aku rasa untuk aku bertahan dalam rumahtangga ini hanya kerana anak-anak masih kecil adalah tidak adil juga buat diriku. Aku mungkin perlu hidup 10, 15, atau 30 tahun lagi dengan Azim.

Untuk yang nak beri pendapat berbincang lah heart to heart, aku dah puas berbincang.

Kata Azim, tiada apa-apa pun, die rasa keadaan sama sahaja – hanya aku sahaja yang banyak berfikir. Bila pandang muka anak-anak aku memang jadi sayu, memang perlukah aku berkorban apa saja demi mereka?

Harta, keringat dan kini andai hati dan perassan aku perlu aku buang sekali jauh2 demi kebahagiaan mereka?

Aku ini ibarat sudah mati di dalam, cuma tidak secara hakiki. Bantu lah beri aku nasihat mahupun jalan untuk permasalahan aku ini.

Terima kasih.

– Ayla (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *