Jurugambar Perempuan

Aku perempuan dan dulunya seorang photographer.

Assalammualaikum. Aku suka baca IIUM untuk aku muhasabah diri at the same time baca pengalaman, tips dan macam macam la untuk aku bangun balik bila aku jatuh. Kadang kau tak sedar, setiap confession kau mungkin menjadi inspirasi untuk seseorang bangun. Dan aku, salah sorangnya.

Umur aku muda lagi, tapi apa yang aku hadap sangatlah banyak dan buat aku jatuh berkali kali. Orang kata aku misteri sebab aku tak pernah tunjuk muka dekat mana mana. Aku bukan misteri. Cuma aku memang tak suka tunjuk muka even nak tangkap gambar sesama pun aku taknak.

Mungkin ada yang kenal aku atau tak sebab aku tengok friendlist aku kebanyakannya baca iium & suka share.

So bila aku tak bubuh gambar, client closed deal dengan aku atas dasar suka pada artwork. Bukan sebab kenal/cantik ke apa. Bila orang tak tahu muka kita macam mana, jadi misteri gila. Semua tertanya tanya. So kalau nak tahu siapa aku, diorang kena hire aku.

Ada yang cakap macam macam bila aku tak pernah tunjuk muka langsung, tapi aku tak jahat nak tipu ke apa ke.

Aku tahu ramai sebenarnya yang minat photography. Tipulah kalau tak ada secebis pun minat. Photography ni luas. Kadang kau tangkap gambar camtu camtu je tapi hasilnya ada makna disebalik gambar. Lain orang lain fikiran. Lain orang lain art.

Aku focus pada wedding sebab aku wedding photographer. Perempuan yang jadi photographer sebenarnya mencabar sebab bidang ni dimonopoli oleh lelaki. Barang2 photo bukan ringan, mostly berat dan kene ada mata yang tajam untuk setiap moment dan tangan yang pantas untuk tekan shutter. Nak jadi photog kene sado berdiri tengah panas, kehulur kehilir pegang camera. Pukul 9 pagi dah terpacak dekat rumah client, pukul 6 petang baru jumpa jalan pulang. Penat dan letih tu hilang bila nampak family & client senyum happy sebab suka gambar kite.

Aku suka buat photo ni sebab aku rasa best. Aku rasa happy dapat buat orang lain happy tengok gambar yang kita tangkap.

Kepuasan bila kita buat apa yang kita minat.
Passion first, money will follow later.

Dalam bidang photo ni, kene kental gila. Aku banyak kali kene bash. Bash pasal tone, bash pasal overexpose, bash pasal photographer perempuan, bash pasal kacau market. Macam macam la. Aku ni dah la jenis hati tisu, pantang kene bash terus nangis and down. Lepastu datanglah akak akak photographer tolong lapkan air mata. Terima kasih. Thanks MFP. You know who you are.

Bukan setakat bash, aku banyak kali ada orang nak jatuhkan. Bermacam ragam. Dan semuanya mostly sebab aku sendiri tak sedar kesilapan aku. Mungkin, sebab aku muda lagi dan ego. 4 tahun dalam industri ni masih mentah lagi.

Bila aku down, ramai yang bagi kata kata semangat untuk aku teruskan berkarya. Tak henti henti aku terima ws dan dm.

Tapi, mungkin dah takde rezeki aku dengan photography.

Ramai yang dalam diam tertanya mana aku pergi tanpa update fb dan insta since aku sambung belajar. Sebenarnya, aku perlukan masa.

Aku banyak buat silap. Aku lupa diri. Aku lalai. Aku tangguhkan kerja sebab study sampailah aku betul betul jatuh teruk. Aku hampir kene viral, report polis, tribunal semua sebab aku delay hantar album. Aku berhenti belajar untuk settlekan semuanya. Aku dapat kerja lepas berhenti study, tapi aku terpaksa berhenti jugak untuk jaga mak and abah.

Aku tak tahu nak luah dekat siapa, aku hilang semuanya.

Aku hilang kawan kawan aku sebab aku terlampau busy dengan kerja sampai tak ada masa nak keluar.
Aku hilang kawan kawan photographer disebabkan attitude aku sebelum ni.
Aku hilang diri aku yang sebelum ni.
Aku hilang apa yang aku dah bina sebelum ni.

Aku down sedownnya sampai rasa macam macam dalam diri ni. Aku tak tahu nak pergi mana aku tak tahu nak buat apa dan aku sendiri tak tahu nak cakap dengan siapa sekarang.

Hanya mampu pendam sendiri.

Tapi, rasa lega bila semua masalah hampir selesai.
Lepasni mungkin aku akan rehat untuk sementara atau selamanya dalam photo.

Tapi, aku berbesar hati untuk kongsi ilmu dan tips apa yang aku tahu tentang photography. Korang boleh komen kalau korang minat and aku akan pm private nanti. Semua tips and ilmu aku akan bagi free dari A to Z (marketing,management,photo&video)

Dengan syarat, jangan jadi macam aku. Dah masuk bidang photo especially WEDDING–

-Buatlah elok elok amanah orang.
-Jangan lalai & lupa diri bila dah ada banyak duit hasil dari photo
-Kahwin sekali je seumur hidup, jangan hancurkan kenangan tu.
-Berhubungan baik dengan manusia (Hablumminallah wa hablumminnannas)

Maafkan silap salah aku sepanjang perkenalan kita semua. Maafkan terlebih atau terkurang. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.

Aku rindu MalayFemalePhotographer.

– Hati tak sado

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit