Assalamualaikum semua. Terima kasih diucapkan kepada admin kalau sudi terbitkan cerita ni. Harap pembaca dapat manfaat daripada kisah sepupu saya ni. Bukanlah sepupu rapat pun tapi mereka sangat beri kesan pada saya.
Abang N saya ni tak belajar tinggi pun. Kali terakhir yang saya tahu dia ‘graduate’ dari sebuah sekolah pondok tahfiz. Sikit latar belakang keluarga dia, pakcik makcik saya ni bukanlah orang senang. Pakcik saya ni jenis kuat tabligh yang selalu keluar merata. Makcik saya ni pulak sibuk sangat cari rezeki. Buat nasi lemak, buat keropok ubi. Ingat lagi masa tu diorang duduk rumah kecil dua bilik, lampu rumah pun guna mentol kuning je macam orang kampung. Dengan tikar koyak-koyak yang kita nak pijak pun rasa geli.
Tamat sekolah, Abang N bernikah. Dengar ceritanya kakak ipar tu satu sekolah dengan dia dan dok ushar Abang N ni sejak sekolah lagi. Kakak ipar ni punya la lawa dan lembut orangnya. Yes, typical heroine dalam drama Melayu. Haha.
Then masa berlalu, saya sibuk belajar sana-sini dan tak tahu-menahu pun apa cerita keluarga Abang N tu. Sampai satu masa saya ikut mak dan abah ziarah keluarga Abang N. Baru tahu rupanya Abang N tak kerja dengan orang pun, tapi dia berniaga roti canai depan rumah dibantu isterinya. Ok, berniaga roti canai.
Mak tambah lagi, diorang bukan berniaga roti canai je. Makcik saya pun masih juga buat sarapan pagi dan hantar ke stesyen-stesyen minyak. Hasil jualan tu bukan calang-calang. Abang N dah jadi jutawan dengan tanah berekar-ekar di utara tanahair, kampung halaman kakak ipar. Ada satu kali beliau nak beli aset secara tunai, (entah beli rumah atau kereta- saya lupa) tapi diorang tak boleh beli sebab tak boleh buat loan. Tak boleh buat loan sebab tak ada nama syarikat. Mungkin nak pengesahan majikan ke apa la kot, tak tahulah macam mana prosedur pinjaman ni kan. Macam tu sekali banyaknya duit Abang N dengan berniaga makanan je setiap pagi.
Fuyoh memang kagum gila la saya dengar cerita tu. Memang bukan rekaan sebab lepas tu diorang pindah rumah banglo yang Abang N bina sendiri untuk mak ayah dia. Rumah lama diorang jadi asrama untuk pekerja yang buat nasi lemak. Sekarang bukan makcik saya lagi yang buat nasi lemak, tapi dia dah train beberapa pekerja untuk masak sebiji macam masakan dia. Adunan roti canai pun pekerja ni buat, tiap2 pagi Abang N dengan isterinya ‘punch card’ tinggal nak tebar je. Gaji pekerja ni sebulan berapa? 1.5 k jugak diorang dapat setiap bulan. Kalah gaji kerani. Semua ni makcik sayalah yang cerita masa datang beraya baru ni.
Dan, tentulah semua kekayaan tu memakan masa. Abang N tak terus kaya pun sebaik dia start berniaga. Berapa tahun lepas tu baru saya dengar rezekinya melimpah. Ye la, berniaga depan rumah bukan ada nak sewa tapak ke, buat pinjaman ke apa kan…. untung di kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Campur dengan zakat dan sedekah, lagi membiak-biak harta tu mengalahkan pembiakan nyamuk aedes.
Lapangnya rezeki diorang bukan pada harta je, tapi juga anak-anak. Abang N dengan adik dia dua beradik je tapi anak-anak diorang ramaiiiiiiiiiii. Belum 35 tahun pun anak Abang N dah dekat 7 orang. Sesuai la dengan rezeki pun Allah bagi.
Bila difikir, berkatnya hidup Abang N. Laki-bini hafal quran buat roti canai, makan hasil kerja tangan sediri, waktu kerja pun tiga jam sehari lepas tu ada banyak masa diorang nak beribadah dan berkhidmat kepada agama. MasyaAllah berkatnya kerja diorang, tak tipu la saya jeles tengok diorang. Saya ni pergi kerja pagi balik malam, masa untuk diri sendiri pun tak ada, tengah bulan duit dah kering tak tahu mana pergi. Huhu.
Taklah, bukan nak compare… Memang setiap pekerjaan ada lebih dan kurangnya. Kalau semua nak jual makanan siapa pulak nak jadi doktor dan menteri kan? Apapun itulah rezeki diorang dan apa yang saya nak sampaikan kat sini, orang muda jangan sempitkan kepala dengan pekerjaan kolar putih je. Kita kat Malaysia kalau sebut kerja je terus aim syarikat atau institusi yang gah-gah. Jarang ada yang nak bina profesyen berdasarkan pertukangan atau perusahaan sendiri. Tak ada yang nak jadi tukang rumah ke, tukang baiki perabot ke… mungkin ada la tapi komfem orang pandang kau sebelah mata.
(Silap aribulan dia tak pandang dan siap ludah dengan kata2 hinaan).
Saya sendiri pun bila cakap nak berniaga, abah buat muka jijik je. Padahal tu anak sedara dia dah jadi jutawan roti canai depan rumah. Entahlah. Itu fikiran orang zaman merdeka yang rasa terjamin dengan kerja kolar putih. Zaman kita ni dah terbalik. Berniaga tu yang lebih untung. So kalau ada kat sini yang nak berniaga atau dah start berniaga, selamat maju jaya. Iringkan usaha korang dengan doa, tawakal, ilmu dan amanah, insyaAllah perniagaan orang akan berjaya.
Sepupu Abang N.
– Sepupu Abang N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit