Jutawan Sombong

Assalamualaikum. Dengar tajuk macam cerita dongeng kan. Tapi ini lah realiti. Ye. Cerita pasal perangai jutawan yang pada mata aku, macam berkira sangat nak kongsi ilmu yang dia ada.

Si jutawan ni lately famous meletop letop.. aku tak nak la mention siapa. So few month back, dia launch product baru dia. So dia pun bukak la peluang untuk siapa-2 yang berminat nak jadi dropship, agent, stokis. Aku ni praktikal lagi, so kewangan tu tak kukuh langsung. Aku tertarik nak jadi dropship dia. Sebab utama nye, Aku tertarik dengan penampilan dan gaya dia. Cakap lembut, penuh kata2 positif, suka share tips2 dia beli rumah pada usia 20an, sharing pasal tips meniaga n so on. So aku pun decide la nak jadi dropship dia. Excited uols. Lepas dah buat payment, aku dimasukkan dalam group khas untuk dropship ni. Dalam tu ada dalam 400++ dropship yang lain.

First day aku masuk group tu, tetiba diorang duk submit gambar tulis pasal 10 impian la, apa yang anda tahu pasal soft selling dan hard selling dan sebagainya. Rupanya kena buat task. Okey la. Disebabkan aku ni praktikal, dan sumpah kerja aku banyak gila. Aku tak sempat la nak scroll chat diorang yang dah berpuluh ribu tu. Aku diam je la dulu tak buat apa2. Promot pun gitu2 je sebab aku klau boleh nak try dulu product die, baru aku promot dekat orang lain. Sepanjang 3 minggu aku dalam group tu, ada beberapa perangai die yang dia tak tunjuk dekat public.

1- Aku tak ingat pasal apa. Tapi si jutawan ni, dia dul membebel ape tah, dan dia keluarkan satu ayat yang aku rase macam ‘wadehel’. Ayat dia ‘korang ingat aku ni kuli korang ke’. That is not proper! Kau tahu tak dropship2 yang kau kata malas ni la yang menjadi salah satu punca pendapatan kau. Dropship2 yang kau kata malas ni la yang menjadi antara penyumbang kepada kekayaan kau. Aku masa tu macam nak sound je. Tapi aku tengok dropshiper lain jadi macam tunggul. Semua pakat mintak maaf. Semua duk berusaha nak tenangkan dia. So tak pe la. Aku diam je. Aku silent reader je dalam group tu.

2- ada sorang dropshiper ni share la testimoni dia selepas menggunakan produk jutawan ni. Dropshippee tu lelaki. Lepas tu kau tahu tak, jutawan tu boleh cakap ‘ala share la gambar tak pakai baju’ and i was like, geli la siutttt. Lepas tu yang dropshipper tu pun melayan pi hantaq gambaq tak pakai baju. Tapi gambar tu tak nampak la aurat die. Masalahnye aku terpana sebab jutawan tu pi mintak gambar tak pakai baji. Geli tahu tak!

3- seminggu aku dalam group tu, tetiba kecoh pasal dropshiper hantu. Lepas tu habis dia remove semua orang yang tak buat task dia bagi dari group fb. Yang baru masuk berapa jam pun habis diremovenye. Alasan, kiteorang tak bersungguh. Tapi ok la, die buat tapisan dropshiper yang bersungguh dengan yang tak (aku lah tu). Tapi benda tu ptutnye diberitahu awal2 kan. Bukan dia tak ada pengalaman dengan dropshiper produk2 die sebelum ni. Aku salah sorang la kene remove, tapi aku buat badak je time tu. Tak friend dengan die dekat FB pun tak pe la.

4-yang ni baru jadi 2 hari lepas. Dia nak buat seminar untuk bimbing kami yang dropshipper ni. Macam mana nak boost kan sale, nak close sale, n bagai2. Ok so aku daftar la untuk join seminar die pada bulan 4 ni. Kene bayar rm30 sebagai jaminan. Akan di refund. Ok aku pun bayar, sebab aku excited nak dengar die share pengalaman dan tips dia. 2 hari lepas , dekat dalam group yg join seminar bulan 4 tu, tetiba pembantu si jutawan nk buat annoucement , seminar bulan 4 tu cancel, akan di postpone tarikh lain, waktu bekerja. Refund rm30 tak ada, yang tak dapat join boleh left group tu. Weh orang kerja kot, lepas tu bukan boleh suka2 mintak cuti. Dia bajet semua orang tak kerja ke ape? Aku dah cakap dalam hati, aku nak benti je la jadi dropship die. Lepas tu masuk la big boss nye, jutawan tu la, dia cakap, seminar bulan 4 tu teruskan macam biasa, seminar yang tArikh satu lagi yang dipostponed. Ok dah clear kat situ. Lepas tu ada sorang dropship ni pegi cakap ‘hampir-2 nak left group’. Out of blue, si jutawan ni mengamuk. Dia cakap

‘apa2 nak left group. Korang ni bangsa apa? Ni yang saya tak suka dengan dropship ni. Sebab mindset murah. Ingat saya hadap ke duit korang. Seminar batal, group bubar. Saya nak fokus dengan agent dan stokis je. Malas dah buat baik tapi perangai macam longkang’.

Lepas tu dia ungkit pasal seminar lepas. Seminar lepas ada yang tak datang, ada yang datang lambat. Aku dalam hati kan, dah fikir dah orang Yang sanggup datang dari jauh nak join seminar dia. Yang dah book flight tiket. Yang dah mintak cuti. Lepas tu tiba2 dia batalkan sebab sorang yang cakap hampir nak left group. Yang dropship tu cakap macam tu pasal assistant jutawan tu yang suruh left group tu kalau tak dapat attend seminar pada tarikh baru tu. Aku kalau kat confession ni beh upload gambar, aku letak screenshot conversation dan flow cerita yang terjadi.

Aku terus tawar hati. Terus whatsapp je assistant jutawan tu mintak refund rm30. First, cara cakap dia agak kasar hampir kurang ajar pasal aku dengan kau tak kenal pun satu sama lain. Kedua, dia macam pilih kasih antara dropship dengan agent dan stokis. Ye aku faham, sebab Agent dan stokis keluar modal. Kami yang dropship ni tak keluar modal. So memang patut dilayan macam sampah ke? Macam kami tak ada perasaan? Sebab orang tu bayar, perhatian kau lebih pada dia. Tiga, paksa orang buat sale. Siap ugut siapa yang tak upgrade jadi agent lepas seminar, kene remove. Kau tahu tak kiteorang ni keje makan gaji? Ingat 24 jam nak hadap fone? Tu tak kire yang ada family. Kau seronok la dah kaya raya dan jdi jutawan. Berjalan sana sini. Boleh buat suka hati kau. Tidur seminggu pun tak ada orang nak marah. Duit kau masuk poket tiap2 hari. Ape kau kesahkan. Empat, panas baran. Cepat melatah. Contoh? Yang pasal dropshipper nak left group tu. Haih. Aku dari minat kat die, terus turn off tengok dia.

Beberapa bulan lepas, ada satu kes pasal di ni jadi viraL. Kes dia tolak harga bawah dari harga market dekat supplier lain. Tapi marah bila stokis / agent jual harga bawah market. Tak faham aku.

Sekarang ni korang nak bash aku ke, dipersilakan. Sebab aku betol2 offended dengan perangai jutawan tu dalam group dropship. Dropshipper lain tu dah macam burung belatuk weh. Iyakan ape die cakap. Kene marah maki pun iakan , padahal punca dari pihak dia jugak. Tapi satu aku salute, dia muda tapi income juta2. Aku sebaya dia, income 3angka pun tk lepas hahahhaa. Sekian

– Nama aku S

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit