Assalamualaikum ,
Permulaan cerita dah mula buat aku rasa bingung dengan apa yang aku khendak nyatakan , walhal pelbagai cerita karangan ayat yang aku mampu rungkaikan dalam kotak minda , namun bila menulis / menaip , kosa kata terhenti , nafas di hela sedalam mungkin , K A S YA F …………..
Apa itu Kasyaf ? Pena terhenti , di hentak kuat pinggiran komputer riba , menyemak data-data maklumat dalam almari minda , nyata cuma beberapa saat , data terbentang dalam imaginasi panel minda , KASYAF itu adalah satu “Anugerah” daripada Allah SWT , istilah kasyaf lebih senang di fahami dengan “Penyingkap hijab ghaib” , GHAIB ?
Jadi , kau nak aku faham kan di sini , kau seorang gadis “K A S Y A F” atau gadis “Boleh melihat alam ghaib” ? Secara lojiknya , kau siapa jika mampu melihat kelebihan Allah SWT kenapa kau ? Wali Allah ? Iman kau setebal jambatan gantung ? Rohani kau sesuci kain putih ? Atau jiwa kau tiada langsung titik noda ? Kau siapa ? ……. Aku cuma mampu tersenyum , soalan itu sering kali di tunjah-tunjah di ruang muka , kadang sampai terasa bahang panasnya ,
Tapi …… Jawapan aku mudah sahaja , aku tak kata aku sesiapa , dan aku tak kata aku tak mampu terima apa sahaja , dan aku tak kata aku mampu membolak balikkan kurniaan Allah SWT pada aku , kerana , jika aku terpilih di kalangan ramai hamba-Nya , mungkin … Aku juga terlalu jahil sampaikan Allah SWT memyingkap hijab aku sekaligus memberi peringatan sesungguhnya , berdosa lah aku melakukan pekara di mungkiriNya , sesungguhnya , berganda pahala aku jika melakukan pekara yang di perintahkanNya ……
Jadi , kau mesti bangga ? …. Kenapa aku perlu bangga ? … Sebab kau boleh tengok makhluk halus , hantu ? Pontianak ? Eh , kau pernah nampak pocong ? Atau … Kau mungkin pernah nampak Mak Lampir ? Aku cuma ketawa menayangkan lemak di pipi yang hampir menutup mata aku , ya … Aku pernah nampak , aku pernah nampak , bahawa aku sendiri “hantu” yang selama ini mengotorkan setiap langkah dan helaan nafas aku di bumi dengan dosa-dosa aku .. Kau terdiam , kau terasa barangkali mengata aku memerli , tidak … Itu hakikat nya ,
Aku tidak layak untuk memerli sesiapa , aku tidak sesekali layak mengadili sesiapa , tapi aku mampu memerli dan mengadili siapa ? Diri aku sendiri , mana silap nya , apa dosa nya , apa salah nya , apa kekurang nya , pernah kau hadap depan cermin dan mengira dosa pahala kau ? …. Nescaya tidak bukan ? Ya , aku pun membelek jasad aku di hadapan cermin dengan riaknya bermonolog sendiri … “Cantiknya , mesti ramai lelaki berkenan” … “hmmm.. Kena calit lipstik bagi merah baru lelaki pandang..” , kau— aku sama , apa yang sama ? Masih melakukan dosa sama berulang kali tanpa sedar , adakah kau— aku insaf ? Tak , apa yang kau buat ? …. Semakin lalai dalam dunia yang sudah menongkah tongkat yang hampir patah ,
Jadi , kau tak takut dapat tengok hantu ? Makhluk ghaib ? Pernah dia kacau kau ? Eiii , seram lah kau ni , mistik sangat ….. Kata-kata kau buat aku diam terpana , betapa rendahnya mentaliti kau , maaflah , bukan nak meriak , tapi … Kalau kau takut hantu ? Adakah kau takut dengan Allah SWT ? Hmmm , siapa yang sepatutnya kau takut ? hantu atau Allah SWT ? …. Ah perempuan ni , berlagak alim , pergi daaaa … Aku menggeleng sepi , kenapa ? … Aku penat menghadap peel manusia duniawi , jadi kau kata kau cuma kejar akhirat ? Tak , aku masih manusia duniawi , masih terkejar jika nampak ruangan tanda “Diskaun atau Beli satu percuma satu” …. Ya , sungguh , aku masih perempuan seperti itu , … Jadi apa yang membezakan kau dengan aku ? .. K A S Y A F ,
Dia terdiam , aku turut terdiam … Lantas , aku menarik nafas sedalam-dalamnya , mari sini aku terangkan , …. Kau ingat seronok bila hijab kau terbuka ? Kau ingat , semua perkara akan jadi menarik tanpa sedar kau sendiri rasa bangga ? … Begini , kau rasa kau akan mampu hadapi tak ? Jika setiap kali menjelang malam , hati kau berdebar-debar , mata kau melirik ke kiri ke kanan , peluh kau meleleh mengiringin dengupan jantung kencang umpama kau dalam sebuah pertandingan marathon , minda kau cuba menindakkan bahawa dunia semakin malam , jari jemari kau menggengam erat satu sama lain , kaki kau laju menongkah arus , mulut kau terkamit-kamit membaca istiqfar , kenapa ? … Kerana kau takut , kau belum bersedia memandang apa yang kau tak tahu bakal menjelma ,
Apa yang kau biasa lihat? …. Aku cuma menggeleng sepi , tak daya menggingati , kau bertanya lagi apa , aku mengeluh sepi , kau menggoncang kuat bahu aku ingin kan cerita di sambung , … Aku menarik nafas panjang , dan menyambung cerita yang aku sendiri bingung mana awal dan mana akhirnya , .. Kau masih berdegil mahu mendengar , … Kau pernah rasa bila setiap kali kau pulang kelas lambat , atau kau hadir kelas malam ? Dengan setiap kali pandangan kau tertunduk ke bawah ? Tidak berani memandang kiri dan kanan , .. Kau pernah ? Kau menggeleng laju , .. Kau pernah rasa setiap kali kau lalu di titian koridor kelas , dengan harapan jangan lah di hadapkan dengan apa apa halangan ? , kau pernah rasa setiap kali cuma mahu memejam masa sehingga fajar menerpa rupa ? ,
Setiap soalan aku itu adalah hari-hari kebiasaan apa yang aku harapkan dalam kotak minda aku , hari tanpa aku perlu risau atau bersedia supaya aku tahu menikmati dunia tanpa rasa keluh kesah , gelisah dalam hati , …. Jadi kau rasa itu seronok ? , kau terdiam , aku menyambung kembali , pernah kau rasa satu hari kau mahu menapak ke tandas , tiba tiba ada bayangan manusia di hadapan yang sedang memandang tepat ke arah kau ? Pernah kau rasa satu hari bila kau mahu turun ke dewan makan , kau nampak sesuatu berupa binatang bewajah buruk memandang kau dengan mata nya yang buntang dan gaya nya tak ubah seperti menerkam kau ? Pernah kau nampak bila masa kau mahu keluar beriadah menaiki basikal saban petang di tepian tasik , walhal di hujung kayuhan kau terhenti pabila kau mula nampak , bayangan sekumpulan manusia yang masing-masing sedang memandang kau seolah-olah kau sedang melakukan kesalahan ? Ya, manusia , manusia yang tidak cukup anggota badannya , ada yang matanya satu tertanggal , ada yang pipi nya di mamah ulat , ada yang lidahnya menjelir keluar , …. Adakah kau mampu melalui semua itu seolah-olah kau tidak pernah nampak makhluk Allah tu ? Mampu kah kau ?!! , sengaja aku menekankan nada suara aku .. , supaya kau sedar , bukan mudah untuk aku lalui itu ..,
Habis ? Apa yang buat kau mampu ? .. , akhirnya , baru keluar soalan “bernas” daripada kau , .. Aku cuma tersenyum menggeleng kotak nakal minda aku mengata kau .., senang , dengan setiap amalan , zihir , doa kau kepada yang Maha Hebat , Allah SWT ,..
Kau tak penat ? .. , apa yang buat aku penat ? K A S YA F ? , …. Aku menggeleng tidak bersetuju , riak kau kehairanan , .. Kenapa ? , kau tanya aku seolah-olah kau menyesal di berikan kelebihan , … Aku cuma ketawa kecil ,..
Tidak , aku tidak pernah menyesal , malah aku mengsyukuri nikmat yang Allah SWT berikan kepada aku , supaya aku boleh melihat , mendengar , malah membaca setiap hal perihal hambaNya , tapi .., ada satu aku sangat menyesal ? , kau menjeling kehairanan ,… Barangkali sudah bosan berteka teki ,.. Apa ? Tanya kau sambil mengerling penjelasan , ..
Aku mengeluh tidak berdaya .., seolah-olah esok sudah sampai masa Penghujung dunia ,.. Kau bingkas bangun , jelik dengan setiap keluhan aku .., aku cuma mendongak sepi dan berkata ..,
Kau tahu apa aku rasa dan apa aku mahu ? , .. Kau cuma mengaru gatal pipi kau yang semakin merah dek panas matahari , ..
Aku cuma mahu setiap hambaNya di bukakan hijab , dan aku cuma mahu setiap hambaNya rasa apa yang aku rasa.., kau mengerling hebat , aku teperanjat dengan membuntangkan mata kau , tidak percaya pernyataan aku .., kau gila? Soal kau sambil menyentuh dahi jendul aku , terselak tudung aku sedikit .., aku cuma menepis perlahan ..,
Tak , aku tak gila …, aku cuma berharap , supaya kau– aku– mereka , akan nampak , betapa hancur ranapnya muslim di dunia ini .., betapa banyak dosa-dosa yang kau– aku– mereka lakukan saban hari , .. Kau akan nampak , betapa sedihnya kau bila setiap hambaNya cuma memandang sepi amalan yang diperintahNya , kau memandang sepi surau-surau , masjid-masjid yang kosong , kau mengeluh hebat memandang ramai kawan-kawan kau– aku– mereka sedang lalai meratib dunia , ..
Kalau lah mereka tahu .,,
Bahawa , dunia semakin tenat , dan kita semakin jauh ,.. Neraka memanggil dekat , Syurga melambai jauh ,.. Kau– aku– mereka , sebenarnya masih lalai mengejar dunia .., hari ini aku menulis , sedang nanti aku menilik media massa berejam-jam,. Sedangkan jika membuka Quran ,. Sudah beberapa muka surah yang selesai di baca ,. Kau– aku– mereka , masih taksub mengejar dunia ., kau– aku– mereka , menayang hebat harta duniawi ,.. Sedangkan nanti ianya akan hancur ranap sendiri ,..
Kau– aku– mereka , memakai niqab purdah .., mewakili muslimah-muslimah dunia ,.. Tapi sayangnya , kau sedang melangkah ke neraka tanpa sedar ? Kenapa ? ., kau memandang aku dengan penuh harapan ,. Penjelasan kau perlukan ? ., bukankah mereka sudah tentu ke Syurga ,. Aku menggeleng hebat , aku bukan sesiapa menentu syurga dan neraka , tapi.., aku mampu menulis / manaip jika mahu bersuara ,.. Apa maknanya , jika kau menutup aurat sempurna ,. Tapi masih menayang “nikmat dunia” , nikmat dunia ? ,.. Ya , kecantikkan mata palsu kau , kecantikkan purdah niqab kau , kecantikkan jubah-jubah kau ? … Belum aku sentuh tentang warna-warna yang sangat mencolok mata ?, itu apa ? Untuk apa ? Kau– aku– malah mereka tau kenapa ,
Maka , benar aku kata .., kita semakin melangkah ke Neraka , sedangkan yang ke Syurga itu lah impian untuk kita ,..
Jadi ,.. Mari lah kita sama-sama menongkah arus dugaan , hasutan , malah nafsu .., supaya sama-sama melangkah bangga menghadap yang Maha Esa ,.
Kau– aku– mereka ,
Masih lalai dalam dunia yang semakin nazak,..
Wallahualam ,..
Kosa kata cuma mampu mewakili rasa aku belum mampu menyuarakan noktah kata bicara ,..
Kerana aku bukan sesiapa ,. Sama seperti kau dan mereka , bezanya aku..,
Aku semakin lalai mengejar dunia ..,
Mari tolong pimpin aku ke Syurga.., Supaya tidak aku terus lalai menongkah Neraka ..,
Gadis K A S Y A F ,
– Gadis kasyaf
Hantarkan ‘confession’ anda melalui ‘form’ yang disediakan ->
I feel you. Orang kata seronok tapi hakikatnya kita saja yang tahu.
Takutnyaaa
hahaha…itu bru salah 1 juzuk kasyaf, pelbagai lagi tingktnnya. ada tak yg dpt melihat hati kita? perasaan kita? atau dpt keadaan kita? wahula’alam, hati2, kerna org yg biasa di glr forever alone, ada juga klbhn mcm nih…hehehe
Teringin nak berkawan dgn manusia istimewa mcm ni, harap kawan mcm ni boleh bagi nasihat yg ikhlas kat kite kalau kite terbuat dosa.
Muhammad Afiq
aku lapar ni. jom pergi makan.
Sekarang ke?
jangan ajak bdk terengganu.
Die x on fb
Assalamualaikum. Maaf nak tanya confessor ni, kiranya point di sini awak nampak makhluk ghaib ya? Sy cuba nak baca sampai habis tapi sy pening sebab gaya bahasa awak mcm menulis novel. Sekadar pandangan, mungkin bila buat confession or nak share masalah or minta pendapat atau bantuan better straight to the point. Kalau sy tersilap faham isunya maaf ya.
Jika benar masalah yg dihadapi adalah dapat melihat mahkluk ghaib, itu bukan kasyaf sis/bro. Kena pergi berubat asap. Normal people Allah hijabkan dari nampak benda2 tu supaya kita boleh jalani hidup secara normal. Ini nasihat yg ustaz Abdullah Bukhari (lecturer irk or barb uia) cakap masa dalam 1 seminar jin. Boleh juga rujuk bro farhan syah atau ustaz abdullah bukhari utk proses ruqyah. Belajar cara ruqyah diri. Jadikan rutin harian baca zikir pagi dan petang
Sy doakan semoga cepat sembuh.