Assalamualaikum wbt
Aku ada baca confession pasal kerja kerajaan.. selalu sangat aku dengar orang cakap, biasalah tu, ada kabel besar punya. Memang terasa… kalau kita tahu orang lain dapat kerja, masuk sekolah sekian-sekian sebab kabel.
Aku dulu masa sekolah, teringin sangat nak masuk satu sbp ni. Kira memang dah target lah. Lepas dapat result PMR, aku pun baru tahu rupanya kalau kita bukan sekolah kerajaan, kita tak boleh minta sekolah sbp. Tapi ada je beberapa kawan aku yang dapat sbp tu, disebabkan ada ‘kabel’. Huhuhu.
Aku pun nak ubat kecewa, aku letak target baru lepas SPM, aku nak masuk satu ipt ni. Badan kerjaya kat sekolah aku dulu, tak berapa aktif. Banyak maklumat kalau tak cari sendiri, kita tak tahu. Lagilah aku ni budak kampung kan. Mak ayah kerja kampung. Mana nak tahu selok belok universiti dan kerja-kerja bandar sangat.
Aku pun buat muka tak malu, tanya-tanya kat cikgu-cikgu. Biasalah anak-anak cikgu ni biasa ‘advance’ sikit daripada orang lain. Ramai anak cikgu top. Aku nak tahu, kalau nak masuk u begini, nak kena buat macam mana. Aku tanya satu, satulah yang cikgu jawab. Akhirnya aku tahu, rupanya banyak iklan scholarship dan universiti-universiti dalam surat khabar. Mak ayah aku jarang beli surat khabar. So aku pesan siap-siap, lepas dapat result aku nak beli surat khabar hari-hari.
Aku juga usaha tanya orang, macam mana nak perform waktu interview. Aku takde kasut hitam, aku pinjam lah kasut orang lain punya. Waktu hari interview, aku ni macam dah gaya kerja pejabat. Kawan-kawan aku yang lain macam nak pergi beraya. Alhamdulillah aku berjaya dapat. Orang asyik bertanya, kabel apa pakai. Mak ayah aku senyum je. Kabel apa? Kami orang susah kut.
Sampai lah lepas kahwin, aku dapat kerja kerajaan. Masih lagi orang bertanya, aku pakai kabel apa. Huhuhu je lah. Ditakdirkan lepas kahwin, aku dan suami kerja berjauhan. First time dalam hidup aku, orang tawarkan ‘kabel’. Aku tak tahu nak tolak macam mana, nak kena jaga hati. Aku tak berapa gemar kabel-kabel ni. Tak nak langkau hak orang lain. Aku biasa dah dengar, alaa kabel ni macam untung nasib kau lah, ada ‘jalan’, ada orang tak nampak jalan ni, so tak boleh salahkan orang yang nampak dan guna jalan ni.
Ok. Aku orang kampung. Kalau beratur, aku beratur kat belakang orang yang sampai dulu. Dia sampai dulu, hak dia dulu, aku kemudian. Kalau aku potong jalan dia, aku langgar hak dia. Macam tu lah aku fikir. Orang keliling aku daripada awalnya, rasa selamat ada ‘kabel’, jadi nak salahkan kabel yang menyebabkan kami lama berjauhan. Aku jadi terikut, ada rasa marah dalam hati kenapa aku dan suami tak dapat bersatu bertahun-tahun. Pada masa sama, aku sentiasa follow up.
Aku sikit pun tak amek pusing pasal ‘kabel’ tu daripada awal. Sebab kalau aku ditempat orang yang menguruskan, kalau aku jumpa ‘kabel’ ni, aku pun tak tahu nak buat tindakan macam mana. Jadi, aku follow up sama macam orang biasa tanpa sentuh pasal kabel.
Akhirnya, aku give up. Erti kata, give that matter, up to Allah. Elok lepas tu, aku dapat surat bertukar. Semuanya dimudahkan.
Senang cakap, saat kita diuji, sebenarnya sinar harapan tu sikit je lagi. Macam kita korek-korek tanah cari berlian, penat, letih, kita stop, sebenarnya berlian tu sebelah tu je. Waktu ‘peak’ tu lah Allah nak tengok kita perangai macam mana. Alhamdulillah, sujud syukur lah aku dapat bertukar. Orang keliling konon cakap sebab ‘kabel’ tu lah kami dapat bersama, suami aku terus bagi se das. Sudah-sudahlah dengan kabel ni.
Rezeki masing-masing. Kita serahkan kepada Allah untuk berikan apa yang terbaik untuk kita (daripada awal lagi, sebelum apa-apa). Kalau ada apa yang kita mahu tu, kita usaha, kita ikhtiar, lepas tu serahkan pada Allah. Kalau dapat, baiklah untuk kita. Kalau tak dapat, pun baik juga untuk kita. Jangan sampai kita mula salah menyalahkan. Takut-takut kita tersalah menyalahkan Allah. Dah jatuh kufur, dosa besar. Nauzubillah min zaalik.
Aku bukan baik sangat, banyak kali tersasar, salah-menyalahkan. Yang penting, rajin-rajin bertaubat.
Sekian.
– Zura
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit