Anda ada LinkedIn? Pasti anda akan faham betapa pentingnya networking dalam dunia pekerjaan. Bahasa pasar kita selalunya kita sebut “kabel”.
Salah ke pakai kabel? Salah kalau sampai menganiaya dan menafikan hak orang lain. Tapi tak salah jika diguna di tempat dan masa yang betul. Kabel tu sendiri berasal dari networking.
Aku sendiri hidup dikelilingi orang2 yang dapat kerja kerana kabel. Now lemme share my stories.
Aku pernah pergi interview kerja dan kami diinterview secara berkumpulan. 5 orang perlu masuk secara sekaligus dan diinterview serentak.
Seorang candidate memang senyap sepanjang masa dan hanya jawab apabila ditanya sahaja. Sudahlah pendiam pastu gagap pula. Suara pun slow. Bila diberi topik isu semasa pun tak lepas nak jawab.
Guess what? Lastly yang dapat kerja tu ialah si gagap tersebut. Kami berempat semua terkejut. Dia adalah orang yang paling kami expect TAK AKAN DAPAT sebab interview HANCUR tapi dia sorang dapat kerja hanya sebab BOSS COMPANY tu KAWAN BAIK bapak dia.
Kawan abang aku pun sama, interview kerja dengan company gergasi P , pun sama. Ketika interview, dia lah paling tak perform tapi at last dia yang dapat kerja sebab BAPAK dia kenalan HR company P tersebut.
See? Networking tu penting. Dari networking wujudnya istilah cable. Kalau kau jadi boss, kau lagi prefer ambik pekerja dari kalangan orang yang kau kenal atau stranger?
Dan aku, lebih 6 bulan aku menganggur. Lebih seribu kerja aku apply, baik kerajaan mahupun swasta. Tapi at last, KAWAN BAIK ibu aku cakap ada kerja kosong kat company dia dan dia nak recommend aku kat boss. Lastly aku dapat kerja situ.
Yeah, connection tu penting. Nasihat aku, jaga hubungan dengan kawan-kawan dan jangan lost contact. Mana tahu kot dia berguna untuk kau akan datang? Satu lagi, tolong turunkan ego untuk minta tolong dengan kawan-kawan lama.
Apalah salahnya minta tolong kawan recommendkan kita kat boss dia. Memang la mula-mula rasa macam tak suka nak minta tolong, sebab nampak desperate. But this is life dude. We live in a world where connecting to each other is a MUST!
Satu lagi pasal politik kerja. Bab ni susah nak elak. Kat kerja pun ada politik game nya. Jika diaplikasi dengan baik, baik la jadinya. Tapi sayang, ramai yang salahguna peluang ini.
Ramai yang kaki kipas dan kaki bodek boss dan suka hasut boss supaya bencikan staff sekian sekian supaya boss hanya sayang dia sorang, then senang boss nak naikkan pangkat dia.
Orang macam ni ada di mana-mana. Nasihat aku, jangan jadi orang macam ni. Just be yourself. Jaga hubungan dengan boss tapi jangan pernah burukkan staff lain.
Kalau staff lain bermasalah, cuba bantu sesama sendiri sedaya upaya. Nama pun teamwork kan?
Okeylah, byee…
– Bukan najib razak
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit