Kabus Di Hati

Kami mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan kami selama 17 tahun.. aku dan suami kenal masa majlis pertunangan kakakku, dia Sepupu tunang kakak masa tu.. kemudian, dia minta no talifonku pada sepupunya, dan Call aku.. akhirnya kami couple.. kami hanya couple 6 bulan, kemudian terus decide bertunang, dan nikah…

Memandangkan aku pun dah sayang pada dia, so kami langsungkan pernikahan dengan restu keluarga… awal-awal perkahwinan, aku memang rasa bahagia, di sayangi dan di jaga.. masuk je tahun ke-2 perkahwinan, aku mulai stress dengan sikap suami yang asyik balik lewat..

Malas mandi petang, selalu tidur dengan badan kotor.. tak solat, sering melepak dengan kawan-kawan dan main game di pusat game masa tu..

(Ye lah.. masa tu berjiwa muda), orang lain balik Keja pukul 5- 6 petang, dia pukul 10 malam baru sampai rumah.. kadang-kadang, balik keja, tukar kasut bola, terus keluar pegi main bola, dan terus sambung lepak dengan kawan-kawan dia sampai pukul 10-11 malam..

Aku ni terkulat-kulat seharian menunggu suami balik dari keja, nak borak-borak, bergurau senda dengan dia, perasaan rindu suami sentiasa ada sepanjang hari… aku kerap menangis.. sebab sunyi dan rindu..

Kadang, tengah masak nangis, tengah mandi nangis, tengah solat pun mengalir air mata, tengah tidur pun nangis.. dia langsung tak hiraukan aku yang seharian menunggunya.. tapi bila balik, dia macam biasa je ngan aku. seolah-olah tak bersalah langsung…

Selain perangainya yang itu, dia baik je pada aku.. makan pun, aku akan masak, dan tunggu suami balik makan sama-sama, adakala, dia akan makan dengan aku sama-sama.. adakalanya dia balik dan bagitahu dia dah makan.. dah kenyang.. sedih juga lah hati aku.. (dia dah la balik lambat, call tak angkat..

Aku ni pedih perut acap kali menahan lapar kerana nak makan dengan dia) lama kelamaan aku menjadi isteri yang memberontak.. kami kerap bergaduh.. pernah aku mengamuk, baling semua apa yang di masak ke dinding.. berselerak semua lauk pauk di lantai.. dan aku menangis semahunya..

Masa tu aku tak keja, aku sunyi, aku rindukan suami aku.. aku rindukan perhatian dia.. kadang, aku mengadu juga pada mertua yang hanya sebelah rumah saja, tapi kata mereka, biasa lah tu.. dia bukan ke mana-mana.. jumpa kawan saja.. (bukan itu soalnya.. tapi aku nak mereka nasihatkan dia.. tapi hampa)..

Lepas tu aku mengandung anak pertama kami pada tahun 2007, masa dalam pantang, penah aku keluar cari suami dalam keadaan berkain batik berjalan Kaki.. sabab aku sunyi.. aku perlukan pertolongan dia dalam pantang.. aku call pun tak angkat.. bila di ingatkan, mesti orang fikir aku gila time tu..

Masa tu anakku di hospital.. Sebab aku bersalin tak cukup bulan.. So dia perlu di pantau di hospital.. Kehidupan rumahtangga aku dalam setahun tu, boleh kira banyak episod perang dingin sebab aku selalu marah suami balik lewat, kadang-kadang dia keluar pegi keja pagi, pukul 3-4 pagi baru dia balik..

Bayangkan, berapa jam je la masa yang aku ada dengan dia? Masa tu aku hidup dalam serba kekurangan sangat sebab dengan pangkat dan gaji suami yang rendah. Aku di rumah, masak je apa yang ada, sedangkan dia asyik makan di luar.. Saya akui, saya bukan lah pandai masak macam chef tu, tapi boleh la..

Aku langsung tak kisah bab duit.. Tapi aku memberontak dengan sikap dia yang suka habiskan masa dengan kawan-kawan dan aku sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang dia.. Aku ni, dah terasa seperti melukut di tepi gantang.. Selalunya, habis je keja rumah, aku akan termenung di balkoni menunggu dia balik…

Call, dia tak angkat.. Memang dia susah sangat nak angkat call aku.. Mungkin bosan kerana aku selalu call agaknya.. Aku tertanya-tanya juga, dia ni, tak sayangkan aku ke? Semua tu buat aku memberontak..

walaupun kami serumah, tapi aku rindu sangat pada dia.. dulu sebelum kahwin, aku memang berniat nak jadi isteri Solehah… tapi Allah uji dengan suami yang sebegini, ditambah sikapnya yang tidak mahu solat, menyebabkan aku gagal menjadi isteri yang Solehah.. bukan lah bermakna aku ni perfect dan baik..

Tapi aku juga punyai keinginan nak jalani rumahtangga yang bahagia, jadi isteri yang baik.. dan aku nak dia jadi suami yang baik untuk-Ku.. waktu ni aku teringin sangat nak solat berimam kan suami sendiri.. masa umur anak setahun, Alhamdulillah, aku dapat keja di negeri sebelah..

So aku berulang alik.. tapi tidak lah setiap hari sebab jaraknya agak jauh, aku menyewa rumah di sana dengan kawan-kawan, aku bawa anak bersama.. perasaan sunyiku semakin kurang.. anak, aku hantar mengasuh berdekatan dengan tempat kejaku..

Suami masih menetap di rumah sewa kami, di Flet yang bersebelahan dengan rumah ibunya.. apabila aku mula berkerja, satu lagi ujian dan masalah yang timbul, suamiku mula abaikan SEMUA nafkah zahirku.. semuanya aku kena tanggung sendiri..

Sewa rumah, perbelanjaan dapur, bayar kereta, bayaran mengasuh anak, semua aku tanggung sendirian.. duit gajinya hanya untuk dia seorang.. dan habit dia balik lewat terus-terusan berlaku..

Sikap dia yang mengabaikan semua tanggungjawab seorang suami, dan jarang mempedulikanku menyebabkan adakalanya apabila berlaku pergaduhan, lidahku tergelincir meminta cerai.. dan pernah sekali keluargaku datang ke rumah mengambil aku balik, dan proses perceraian di failkan di mahkamah untuk kami berpisah..

Sepanjang 3 bulan berpisah, aku jadi kurus kering.. tak lalu makan, asyik menangis dan rindukan suami.. dia juga kerap call tanya khabarku dan anak, pujuk aku..

Dan dalam masa yang sama, aku marahkan diri sendiri yang bodoh kerana terus menyayangi suami walaupun dia tidak berfungsi sebagai seorang suami, tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, dan tidak berubah..

Aku faham tindakan keluargaku, sebab mereka tidak tahan melihat keadaanku, terutamanya ibu.. dalam keluargaku, antara semua adik beradik, aku seorang saja yang bermasalah dalam perkahwinan..

Dari dulu, sampai lah sekarang.. oh ya, macam-mana keluargaku tahu masalahku? Dulu aku selalu menangis bercerita pada keluargaku. ya, sekarang aku tahu, memang silap bercerita masalah rumahtangga pada keluarga, sebab keadaan akan berjadi lebih buruk dalam hubungan kekeluargaan, antara suami dan keluarga kita..

Tapi masa tu aku muda, dan tak fikir panjang.. tambahan lagi, aku perlukan tempat mengadu.. aku tiada kawan-kawan untuk mengadu.. jadi aku hanya bercerita pada ibu. of course keluarga kita yang mendengar akan rasa marah dengan perbuatan orang pada ahli keluarga mereka kan?

Tapi setelah berkali-kali di pujuk suami, aku akhirnya kembali semula kepada dia, dan meneruskan kehidupan alam perkahwinan dengannya.. dia janji akan berubah.. nak beli rumah.. (tapi sampai sekarang tak beli) pada tahun 2010, permohonan aku untuk bertukar tempat kerja ke sebelah Utara di luluskan..

Sejak itu aku berulang-alik setiap hari dari rumah ke tempat keja yang bersebelahan dengan negeri yang aku tinggal, tapi lebih dekat lah berbanding dulu.. fast forward, setelah beberapa tahun, aku di naikkan pangkat, dan sekali lagi ditukarkan.. kali ini ke negeri yang sama suamiku bekerja.. iaitu di negeri yang kami tinggal.. Alhamdulillah..

Pun begitu, perjalanan rumahtangga kami masih sama.. aku masih menanggung segalanya, mengurus hal rumahtangga sendirian, suami masih balik lewat, melepak dengan kawan-kawannya.. entah apa yang di cari dalam hidupnya..

Pada tahun 2013 aku tekadkan diri dan tawakkal membeli rumah sendiri (second hand je..) walaupun pada masa itu perbelanjaan aku defisit teruk.. Sebab aku ajak suami berpindah, aku dah tak larat memanjat tangga, mengusung barang-barang dan mengendong anak kecil sendirian..

Tapi suami tak nak, katanya, kalau nak pindah, biarlah pindah ke rumah Yang di beli sendiri.. so, aku Slow-slow Cari rumah, dan Alhamdulillah aku jumpa rumah sesuai, Yang harganya ok lah.. segala aku lakukan sendirian.. deal harga dengan Tuan rumah, Cari lawyer, urusan dokumentasi, semuanya aku lakukan sendirian..

Bukan kerana aku pandai ya.. aku tak reti apa-apa, Main redah je.. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, owner rumah pun sudi Share kos guaman rumah sorang separuh.. so, kuranglah sikit beban aku kat situ. nak pindah rumah pun aku lakukan sendirian..

Cari Lori, packing barang, bayar sewa Lori.. suami hanya angkat barang masa pindah je.. kewangan aku masa Ni memang difisit teruk kerana aku menanggung segalanya sendirian, dan adakalanya saya tanggung perbelanjaan harian suami juga..

Kewangan aku Ibarat kain singkat yang nak menutup tubuh, tutup kepala Nampak kaki, tutup kaki, Nampak kepala.. penah suatu malam, aku keluar mencari suami di pusat-pusat game, snooker.. Sebab aku nak tahu, dengan siapa dia berada..

Memang terfikir nak pasang spy, tapi bila difikirkan balik, buat apa aku buang duit sedangkan aku memerlukan duit.. malam tu, aku mencari dengan mendukung anak sulung yang masih Kecil, dari jam 11 malam hingga 4 pagi..

Jem kepala saya dibuatnya.. aku menangis di dalam kereta, kerana mencari suami ku.. aduh, terasa aku jadi orang bodoh… semua peristiwa itu akan aku ingat sampai bila-bila… pada tahun 2014, aku mengandungkan anak ke-2…

Masa awal kandungan, entah kenapa, suamiku mempersoalkan status anak dalam kandunganku.. dia tanya anak siapa?? Aku kebingungan dan menyirap..! Dah Kenapa dia nak tanya aku soalan macam tu?! Of course lah anak dia!

Anak siapa lagi? Aku bukan ada orang lain pun selain dia, dan aku bukan perempuan liar, yang menyondol sana sini.. hidupku cuma pegi kerja, balik keja, dan jiwaku hanya dengan dia dan anak-anak walaupun aku sering diabaikan, aku tak pernah ada lelaki lain, aku tak ada dunia lain selain dia dan anak-anak..

Kehidupan rumahtanggaku yang begini buat aku jadi kurang bergaul, dan suka bersendiri.. aku sedih sangat masa tu.. kenangkan apa lah salah aku? sejak campur tangan keluarga dalam masalah rumahtangga aku dulu, suamiku dah tak berapa baik dengan keluargaku.. dia susah sangat nak balik kampung rumah mak ayahku..

Setiap kali ajak balik kampung dan pergi bercuti dengan keluarga, ada je alasannya.. Ada keja la, tak boleh cuti lah.. dia suruh aku pegi dengan anak je.. sepanjang aku kawin dengan dia, tak pernah lagi lah dia ambil cuti raya.. cuti Yang kerajaan bagi tu je la Yang Ada untuk raya dengan dia..

Dan banyak tahun juga kami tak raya bersama.. biasanya kalau turn beraya rumah mertua, aku Akan balik kejap raya rumah mertua sebab aku nak beraya dengan suami.. esoknya aku akan balik beraya ke rumah Ibu bapaku dengan anak-anak tanpa dia.. dia? Sejak peristiwa itu, turn raya kampung aku ke, kampung dia ke, dia dah tak kisah..

Raya je, dia akan balik rumah mak ayah dia.. tak balik pun ke kampung aku untuk beraya ke, apa ke.. rumah kami dekat je dengan rumah mak ayahnya.. jarak cuma 15 minit.. setiap kali balik kampung atau bercuti dengan keluargaku, hatiku rasa kosong.. selalu rasa sunyi walaupun dalam keriuhan keluarga dan anak, dan anak saudara..

Aku selalu nasihatkan adik-adikku yang masih bujang masa tu, supaya istikharah sebelum memilih jodoh.. Jangan terlalu buta dengan cinta, jangan jadi macam aku… gelojoh tak istikharah dulu.. Hanya kerana dah sayang..

Bila selalu aku begitu, lama kelamaan aku dah terbiasa dengan keadaan tu, keluarga aku pun dah tak pelik bila aku selalu balik dan beraya sendirian dengan anak-anak,aku dah terbiasa urus hidupku dan anak sendirian.. Tapi aku masih sediakan makan pakai suami.. Walaupun tak wajib pun aku sediakan..

Kalau aku tak masak, aku akan belikan lauk siap-siap. Aku sering ke sana ke mari hanya dengan anak-anak atas urusan rumahtangga, aku memang tak reti nak melencong… walaupun suamiku langsung tak hulurkan duit belanja dapur, tapi, bila makan, cerewet pula dia.. Kadang-kadang dia tanya aku, nak makan apa ni?

(Walhal makanan dah siap terhidang depan mata, cuma tak kena dengan tekaknya je..) dalam hati aku, menggerutu juga lah (makan je la.. banyak pula soal.. dah la duit langsung tak hulur..!) tapi ayat itu tak penah keluar dari mulut aku.. sebab aku tak nak gaduh..

Dan tak nak dia Kecil hati, sebab dia selalu pertikaikan aku ni pangkat besar, gaji besar.. dia Orang susah.. entahlah, apa kena mengenanya.. aku langsung tak kisah bab tu, kalau aku ni mata duitan, dah lama aku tinggalkan dia.. tapi, aku tetap sayang dia..

Entah lah aku bodoh ke, apa.. Kadang rasa perasaan sayang yang ada dalam hatiku menghiris hati sendiri… keluarga aku dah tak kuasa nak campur tangan dalam urusan rumahtangga aku sebab, ya lah.. Kalau diaorang bagi penyelesaian pun, aku tak nak bertindak.. Buat apa kan?

So diaorang hanya mampu tengok je la.. masa aku mengandung anak ke-2, aku di naikkan pangkat lagi.. (Alhamdulillah…) keadaan ekonomi aku makin baik, dulu gaji aku selalu defisit.. ye lah.. semua aku kena tanggung sorang-sorang.. suami tetap tak bagi nafkah katanya dia tak ada duit..

Katanya gajinya selalu habis bayar hutang.. dan dia ada hutang Ah Long jugak.. menyebabkan pembayaran hutang jadi panjang katanya.. (bab nafkah, nafkah lah.. tapi bab urusan rumahtangga, langsung dia tak tolong).. selepas aku bersalin anak ke-2, suami aku yang jaga saya dalam pantang..

Waktu ni aku rasa bahagia sebab suami aku jaga aku dengan baik.. tidak seperti berpantang semasa kelahiran anak pertama.. dia habiskan banyak masa dengan aku.. tapi adakalanya dia tetap balik sedikit lewat kerana melepak di kedai mamak dengan kawannya, dia dah tak persoalkan status anak keduaku..

Cuma awal-awal dulu je dia persoalkan pasal anak tu, entah dari mana hasutan syaitan tu timbul dalam kepala otak dia.. menyebabkan dia tergamak tanya aku soalan macam tu..

Kehidupan aku dan suami terus-terusan begitu, kami seolah sentiasa di dalam kapal yang mengharungi lautan yang bergelora seolah tidak menemui pantai..

Tahun 2016, aku mengandungkan anak ke-3, sekali lagi aku di naikkan pangkat ke gred profesional (Alhamdulillah sekali lagi) aku berjaya dalam kerjaya, namun dalam kehidupan rumahtangga aku masih tunggang-langgang… keadaan masih seperti dulu..

Masalah rumahtanggaku seperti tiada kesudahan.. suami pula, masa ni dah kurang melepak, dan selalu balik awal.. tapi nafkah kepada aku dan anak-anak tetap terabai.. kali ni, mula berjinak dengan forex, 24 jam mengadap fon membelek forex.. tidur pun berasingan kerana melayan forex..

Dan aku masih menanggung semua perbelanjaan dan kerja rumah seorang diri.. masa ni, aku mula menjual ais krim Malaysia Di waktu rehatku, sewaktu mengambil anak dari sekolah.. aku buang perasaan malu, semua tu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak kerana perbelanjaan aku masih defisit walaupun tidak seteruk dulu..

Saja aku lakukannya untuk cari duit lebih.. kerana banyak yang perlu aku tanggung.. selepas aku melahirkan anak ke-3, aku berpindah ke negeri sebelah dan menyewa rumah untuk memudahkan aku Dan suami ulang alik keja, dan rumah aku Yang aku beli tempoh hari, aku sewakan kepada orang lain..

Masalah rumahtangga aku masih sama.. masa ni, masalah aku bertambah.. di tempat kerja, aku tidak sekepala dengan seorang pegawai atasan, hanya kerana aku tidak mahu mengikut arahannya dan berkomplot dengannya, aku dianggap sebagai ancaman terbesarnya dan dia bertindak menukarkan aku ke negeri lain yang jauh ke selatan..

Aku akur walaupun pada masa itu aku sedih dan marah.. pada masa itu hubungan aku dan suami tidak baik.. jadi aku tidak memberitahunya yang aku telah di tukarkan ke negeri lain, dan akan berpindah rumah.. berita itu dia tahu dari kawan-kawan sekerja aku..

Fast forward, kami PJJ lah masa tu, dia kembali menetap di rumah ibunya, manakala aku dan anak-anak berpindah ke selatan.. aku tukarkan sekolah anak-anak ke selatan.. so, suamiku membujang lah.. pada fikiran aku, ok lah tu… selama ni pun,dia hidup macam orang bujang… sesekali suami akan ke selatan melawat aku dan anak-anak..

Sepanjang aku bertugas di negeri di sebelah selatan, dan PJJ dengan suami.. sesekali, suami akan datang menziarahi aku dan anak-anak dengan menaiki bas atau keretapi.. Sebab dia tiada kereta..

Pernah juga dia tumpang lori sepupunya yang menghantar barang trip malam, dan aku perlu mengambil dia sejauh 98km pada jam 2 pg di sebuah tol.. aku hanya bersendirian dengan anak-anak melalui jalan-jalan yang agak menyeramkan..

Tapi semua itu aku tetap harungi sendirian.. masa ni aku berazam nak ajar suamiku mengaji.. aku nak dia pandai mengaji, dan imamkan solatku.. dan aku nak dia bacakan yasin untukku apabila aku dah tak ada nanti..

Tapi, hajat aku tak kesampaian kerana suamiku tiada kesungguhan untuk belajar mengaji.. pada pertengahan tahun 2019, sekali lagi berlaku pertelingkahan antara aku dan suami.. kerana suamiku menuduh aku ada skandal dengan adik iparku sendiri..

Aku langsung tak faham dari mana tuduhan tu boleh timbul.. sedangkan adik ipar yang di tuduh tu adalah yang paling jarang aku bersembang.. aku memang jenis yang suka bergurau.. dan jenis happy go lucky dalam keluarga..

Tapi aku jarang bercakap dengan adik ipar sorang Ni.. dan tak tahu lah macam mana suami aku boleh tuduh aku ada skandal dia adik ipar aku tu..

Masa tu aku Tengah drive balik ke selatan, dah nak sampai rumah dah masa tu, aku dan anak-anak baru saja sampai dari jumpa suami di rumah mertua di utara, tapi di sebabkan marah di tuduh sebegitu,

Tanpa teragak-agak, aku terus pusing stereng dan patah balik ke utara dengan anak-anak dalam kereta untuk bersemuka dengan suami dan adik ipar depan keluarga aku (kebetulan masa tu adik ipar aku ada di kampung),

Letih kerana perjalanan jauh jadi double, memang tak terkata.. aku singgah ambil suami di rumah mertua, dan terus menghala ke kampung ibu bapa aku untuk bersemuka, untuk tahu dari mana timbulnya fitnah itu.. Ibu aku memang naik hantu, mengamuk dengan suami masa tu…

Menyesal pulak aku bagitahu Ibu.. kesian ibu.. boleh sakit jiwa dia dengan masalah runahtangga aku yang tak pernah selesai.. selepas peristiwa itu, suami aku langsung tak balik ke kampung aku sehingga sekarang..

Keluarga aku dah tak kisah dengan peristiwa tu.. pada tahun 2021, aku dapat bertukar kembali untuk bekerja di negeri asalku, so, aku dah tak PJJ dengan suami.. kami kembali duduk bersama..

Masa ni pegawai atasan Yang tukarkan aku dah pun ditukarkan ke negeri lain, dan di tangkap atas kes salah laku.. tahun 2021, suami aku mula bagi nafkah sebulan RM500, itu pun kadang-kadang bagi, kadang-kadang tak.. beberapa bulan kemudian, dia stop bagi nafkah, katanya tak ada duit..

Pada April 2022, aku telah di sahkan mengidap kanser payudara.. pada awalnya suami aku menjaga aku dengan baik.. selepas mengetahui aku sakit, kami mulai meluangkan banyak masa bersama bawa anak-anak berjalan.. kadang, ke pantai.. dalam pada itu, aku masih seperti dulu..

Melakukan semua tanggungjawab menyara rumahtangga.. urusan runahtangga anak sulung akan membantu.. dia pun dah jadi anak dara.. pada September 2021, aku dan anak-anak Plan nak ke zoo dengan suami, tiba hari kejadian, aku dan anak-anak bersiap dan menunggu suami dalam kereta..

Suami aku ketika itu, tiba-tiba berubah Mood dan langsung tak hiraukan aku dan anak-anak yang sedang menunggunya.. apabila di tanya dan di ajak, dia hanya membatu.. (sikap yang sering di lakukannya kepada aku secara tiba-tiba dari dulu),

Akhirnya aku kecewa dengan sikap suami yang aku sangkakan telah berubah bila aku sakit, lalu aku mengambil keputusan untuk teruskan saja Plan untuk bawa anak-anak ke zoo setelah dia bagitau anak aku suruh pergi dengan aku saja.. sejak itu, aku hanya diam.. dan tak bercakap dengan suami..

Pada awal tahun 2023, aku masih tak bercakap dengan suami, dah hampir 5 bulan kami membisu walaupun duduk serumah.. aku dah tak hiraukan makan minum suami, pandai-pandai lah dia Cari makan minum sendiri.. dia kan lelaki.. aku pulak sakit..

Aku hanya sediakan Makanan untuk anak-anak.. kalau tak larat masak, aku akan beli untuk anak-anak saja… namun begitu, aku tetap menguruskan pakaian suamiku.. sediakan pakaian untuk dia pegi keja..

Sepanjang tempoh perang dingin tu, suami langsung tak pujuk aku. dia hanya tidur di Sofa berbulan lamanya.. aku pun langsung tak pandang muka suami.. hati aku rasa tawar.. masa ni, aku pun tak pasti, aku masih sayangkan suami atau tidak, tapi aku tak terfikir nak berpisah dengan suami, Sebab hanya hanya fikirkan anak-anak..

Dalam tempoh cuti keja untuk jalani rawatan kanser, aku ambil peluang untuk buat Business kecil-kecilan untuk mengisi masa Di samping menambah pendapatan.. duit itu lah aku gunakan untuk bawa anak-anak bercuti, Food hunting..

Masa ni, kepala aku dah botak, kening pun tak ada kerana kesan rawatan kimoterapi, pada penghujung tahun 2022, aku merasakan ada sesuatu yang tak kena bila adakalanya suami tak balik sampai 1-2 malam.. adakalanya berlarutan sampai 3 malam..

Aku rasa tak sedap hati.. dan aku hanya simpan dalam hati.. aku langsung tak bertanya ke mana suamiku pergi.. perang dingin masih berlarutan.. aku banyak ke sana ke sini dengan anak-anak, bercuti dengan anak-anak, (aku minta izin dari suami hanya melalui whatsup), aku menjalani 6 sesi kimoterapi dan semua rawatan kanser sendirian..

Tanpa di temani suami, kerana memang aku langsung tak maklumkan pada suami bila aku akan pergi buat rawatan, kenapa aku ke hospital.. dan suami langsung tak tanya keadaan aku.. kami terus-terusan diam sejak bulan 9 tahun 2022.. adakalanya aku mengharapkan suami pujuk aku, tapi hal tu tak berlaku..

Aku perlu menjalani pembedahan pada awal tahun 2023, aku hanya bagitahu suami pada malam sebelum aku menjalani operation.. aku minta untuk ke hospital sendirian untuk menjalani operation. kerana hati aku pada ketika itu rasa ada yang tidak kena dengan suami..

Suami aku datang melawat aku selepas aku menjalani operation.. katanya dia menunggu aku di luar bilik operation, tapi tak perasan bila aku di tolak keluar dari bilik itu.. aku diam, ntah nak percaya atau tidak.. selebihnya, kami hanya diam..

Aku pun tak tahu nak memulakan bicara dengan suami pada masa tu, terasa ada seperti batu dalam mulut dan hati aku.. ada sesuatu yang aku nak sangat tanya pada dia, dan aku sangat merasakan ada sesuatu yang tak kena pada masa tu..

Tapi di sebabkan masa dan keadaan yang tak sesuai, aku hanya diamkan saja.. tapi hatiku pada masa itu rasa sangat benci, dan tawar hati kerana dia mengabaikan aku dan langsung tak kisah pasal aku.. aku rasa ada sesuatu yang sangat besar Yang dah berlaku Dan dia sorokkan pada aku..

Selepas menjalani operation, aku balik sendirian ke rumah dari hospital.. dengan beg darah tergantung di badan. selepas beberapa hari, saya Drive balik ke kampungku dengan anak-anak, dengan botol darah masih tergantung Di badan..

Aku ada ajak suami untuk balik sekali, tapi katanya dia nak ke KL utk urusan business yang dia nak mulakan dengan ‘kawannya’.. selepas aku balik ke Rumah dari Kampung, suami masih di KL, perasaan curigaku bertambah kuat..

Kenapa dia nak habiskan masa sampai 4 hari di KL dengan ‘kawan’ dia? Dia ke mana bila tak balik malam sebelum2 ni? Tidur dengan siapa?

Dia duduk KL dengan siapa? Hotel mana? Kenapa dia boleh selamba habiskan masa ‘bercuti’ dengan ‘kawannya’ tanpa aku dan anak-anak?

Semua tu bermain laju di fikiranku.. apabila dia balik, aku minta dia bersemuka dengan aku.. aku nak dapatkan penjelasan dari dia.. dan ‘YA!, dia mengaku, DIA ADA PEREMPUAN LAIN!!’ Dan dia ke KL dengan perempuan itu.. berpegangan tangan.. aku tak tahu sejauh mana hubungan mereka..

Sebab kata suami ku, mereka tidak terlanjur.. menginap di hotel tapi bilik berasingan sebab nak pegi tengok stock tudung katanya.. ntah la aku nak percaya atau tidak.. seorang lelaki.. yang keluar berduaan menghabiskan masa siang dan malam dengan skandalnya.. tanpa terlanjur?

Perempuan itu seorang DOKTOR yang di kenalinya selepas dia menjalani rawatan di sebuah hospital.. Rupa paras suamiku yang good looking, dan tinggi memang memudahkan perempuan lain terpikat, walaupun dia tak berduit.. selepas beberapa bulan berkenalan, mereka terus jadi kekasih!!

Sedangkan aku masa itu sedang berperang dengan sakit kanser ku.. dan menjalani semua rawatan sendirian!! Ya Allah.. hancur luluhnya hati aku hanya Allah yang tahu..

Aku menangis semahunya.. sedih di hati ku tak dapat aku gambarkan.. selama ini aku berjuang sendirian menyara keluarga dan rumahtangga kami, tunggang terbalik sendirian menguruskan rumahtangga sehingga aku sakit pun, aku masih sendirian menjalani rawatan..

Dan tiba-tiba aku di kejutkan dengan skandal suami aku dengan perempuan lain yang juga seorang Doktor!! Kata suami ku, perempuan itu tahu suamiku telah beristeri, dan tahu aku sakit kanser!! Ya Allah.. terasa aku telah di perbodohkan oleh dua manusia yang yang sangat pentingkan diri!!

Mereka sepatutnya lebih faham keadaan aku.. sepatutnya suami aku jaga aku sewaktu aku sakit, jaga perasaan aku.. dan sepatutnya perempuan itu sebagai seorang doktor tidak terlibat dengan suami aku walaupun dia janda.. sebab dia sepatutnya tahu keadaan seorang pesakit kanser!!

Suamiku jelaskan hubungannya dengan perempuan itu hanya disebabkan business. dia bercadang untuk berkahwin dengan perempuan itu pada hujung tahun ini disebabkan banyak perancangan business yang dah di rancang bersama perempuan itu, dia kata semua itu tak boleh di lakukan dengan aku kerana kami sering bergaduh..

Aku minta suamiku lepaskan aku kerana aku tidak mahu menghalang dia intuk menjadi kaya dan maju dalam hidupnya.. tapi dia tidak mahu melepaskan aku kerana katanya dia sayangkan aku.. tapi bagi aku, kalau dia betul-betul sayangkan aku, dia tidak akan tergamak menyakiti hati aku seperti ini..

Dia meminta aku menerima untuk bermadu, katanya dia akan menjaga aku.. katanya aku juga salah.. kerana selalu minta cerai.. ya, memang aku mengaku, aku sebegitu.. sebab hati aku terlalu sedih dengan sikapnya yang tidak berubah.. aku juga pernah beberapa kali ke pejabat agama..

Tapi niatku sering terbantut.. dan aku masih meneruskan kehidupan dengan suamiku.. dan sekarang, aku benar-benar tidak dapat menerima kenyataan dia mempunyai perempuan lain.. aku telah membuat istikharah selama 6 malam.. aku keliru dengan diriku sama ada nak berpisah atau nak meneruskan hidup bersama suamiku..

Dan aku langsung tak dapat terima perempuan itu wujud antara kami! Aku minta suamiku utk memilih.. tapi dia tak dapat memilih.. aku minta untuk undur diri, sebaliknya dia marahkan aku kerana asyik nak bercerai.. (aku kah yang bersalah??!) habis, apa perlu aku buat?

Terus bertahan dan menahan segala sakit di hati aku? Dalam masa yang sama menanggung sakit kanser ni? Hati aku terlalu sakit dengan perbuatan mereka.. dan aku tak mahu suamiku menganggap aku menjadi penghalang untuk dia menjadi kaya..

Kalau suami aku tak dapat memilih, bermaksud, dia masih nak kan perempuan itu, jadi aku lah yang terpaksa mengalah.. ya lah.. kalau dia memilih aku, aku tak dapat buatkan dia jadi kaya.. jadi aku tak nak sakitkan hati aku, dan tak nak di tuduh penghalang utk dia maju..

Bagi aku, kalau suamiku betul-betul sayangkan aku, dia tidak akan tergamak menyakiti hati aku dan dia tidak akan tergamak meminta aku menerima untuk bermadu.. perbuatannya itu seolah dia sedang menikam aku sambil tersenyum mengatakan dia sayang pada aku.. (boleh bayangkan?) katanya dia akan lakukan istikharah sebelum membuat keputusan..

Tapi sehingga kini dia masih tidak melakukannya.. aku sentiasa curiga atas tingkah lakunya.. aku minta dia hormati perasaan aku, dan jangan hubungi perempuan itu selagi dia belum membuat keputusan..

Tapi dia hanya diam tidak menjawab.. dari situ,aku dapat mengagak situasi yang terjadi, Dan aku Akan menangis lagi.. sungguh pedih tak dapat aku gambarkan.. rupanya masih Ada perasaan sayang yang tebal di dalam hatiku untuk dia..

Setiap kali ditanya pasal hubungannya dengan perempuan itu, jawapan yang diberikan tidak ada kepastiannya pada aku.. jawapan yang diberikan memedihkan hati aku.. dia asyik cakap ‘KENAPA PERLU MEMILIH?’ Hati aku sakit setiap kali ayat itu keluar dari mulutnya..!

Terlalu mudah dia menyakiti hati aku dengan sangat selamba.. sekolah-olah aku patung tak bernyawa yang tak punya perasaan.. tapi dia asyik cakap dia nak jaga aku, dia faham perasaan aku.. dia sayang aku! Aku rasa macam nak lempang saja mukanya setiap kali dia berkata begitu..

Kelakuan dan Kata-katanya langsung tak seiring..! Tingkah lakunya langsung tak menggambarkan dia faham perasaan aku!! Dia pentingkan perasaan dia sahaja! Adakalanya aku nampak dia bosan dengan tingkah laku aku yang sering sedih dengan apa yang dah berlaku pada aku..

Hatiku sakit sehingga terasa seakan nafasku sesak.. kadang, aku seperti ingin menjerit sekuat hati, aku terasa ingin menampar muka perempuan itu sekuat hatiku.. Tapi aku tahu, suami aku tak Akan biarkan aku sakiti perempuan itu, masalah ini aku pendam, dan langsung tak bagitahu keluarga, kerana aku tak nak keruhkan lagi keadaan..

Mana tahu nanti, keadaan suami dan keluarga aku kembali ok, aku tak nak suami aku malu dengan keluargaku.. dan aku tak nak keluargaku marah dengan tindakan suamiku.. kesihatan ibuku juga tidak baik akhir-akhir ini, jadi aku tidak mahu membebankan ibuku dengan masalah kami..

Sejak pengakuan suamiku, aku jadi semakin rapat dengan suami.. aku asyik merap Nak makan sekali, Mandi bersama, solat berimam kan suami.. suamiku layankan aje.. kami seperti pasangan Baru berkahwin.. aku lakukan semua itu kerana ingin meluangkan masa Yang banyak tersia selama 17 tahun kami berkahwin..

Aku ingin mengutip pahala sebanyaknya sebagai seorang isteri sementara masih mempunyai suami.. kerana bagi aku, mungkin suatu hari, aku terpaksa mengundurkan diri dari hidupnya kerana tidak sanggup bermadu.. aku pelik dengan diriku sendiri, kalau orang lain di tempatku, agaknya dah berperang badar dah..

Tapi aku, walaupun sedih Dan pedih diduakan suami, aku tetap baik dengan suami ku.. malah hubungan kami bertambah baik.. dia memujukku untuk tidak bersedih… (gila tak sedih??!!) dia bersikap seolah dia langsung tak melakukan apa-apa kesalahan!! Itu Yang buat aku rasa nak je lempang dia kuat2!!

Aduhhh… sakitnya hati.. aku hanya Berdoa pada Allah untuk dibukakan jalan keluar untukku dari kemelut Ini.. suatu malam, suamiku terlena tanpa off fon kerana melayan YouTube Di sebelah ku.. Aku pada mulanya tidak terfikir untuk memeriksa talifonnya… fon dia selalu lock.

Tiba-tiba suatu saat, aku terfikir.. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu kepadaku.. lantas, perlahan saya tarik fon Di tangannya, dan menggeletar mencari gambar, perbualan mereka.. tapi hampa, saya tak jumpa.. lalu saya teringat, masa dia buat pengakuan tempoh hari, saya minta nak tengok gambar perempuan tu..

Dan whatsup perbualan mereka, dia buka dan tunjukkan pada saya dia tak whatsup perempuan tu, just call.. sempat lah saya tengok, dia Save Nama perempuan tu, NANO? so aku Cari Nama nano, dan jumpa!! Aku tengok history calling…

Ada video call dan calling melalui telegram..!! Tiba-tiba jariku tertekan history Video Call, Dan ‘ter’video call perempuan tu!! Dalam hati aku Kata (alamakk!!!), tapi Tiba-tiba aku terfikir, ‘eh,apasal aku pulak Yang cuak ni??’

So aku relaxkan diri, selepas beberapa deringan, perempuan tu mesej, ‘KENAPA SAYANG CALL VIDEO?’ Aku nampak, perkataan sayang, terus berderau darah aku, gugur air mata, jantung berdebar laju..

Tapi aku teruskan mesej dengan perempuan itu, mungkin dia dapat mengagak, bukan suamiku yang mesej, dia tak membalas, lalu aku terus mesej direct bagitahu,

‘NI ISTERI SAM, TOLONG JANGAN GANGGU RUMAHTANGGA KAMI.. AWAK TU DOKTOR! SEPATUTNYA FAHAM KEADAAN SAYA YANG SEDANG SAKIT NI!! BUKAN MENYONDOL SUAMI SAYA!! TOLONG TINGGALKAN SUAMI SAYA!!

Selepas itu, save no perempuan itu, dan aku terus kejutkan suamiku, semua mesej dengan perempuan tu sengaja aku tak padam, aku tanya suamiku, abang panggil dia SAYANG? (Aku hanya mengagak), dia terkejut melihat hand fonnya di tangan aku..

Dia diam.. aku menangis semahunya, aku kata, dekat isteri sendiri pun tak pernah panggil SAYANG, dekat orang lain boleh pulak berSAYANG-SAYANG?! Aku menangis semalaman sampai bengkak mata, hati aku sakit, dada aku bagai nak pecah dengan drama ni.. dia memujuk aku, kata aku tetap no 1, dia sayang aku.. bla.. bla.. bla…

Aku tumbuk lengannya sekuat hati aku bertubi-tubi.. dia marah aku, aku tanya, SAKIT KE?!! ITU TAK SESAKIT HATI AKU!! dia diam.. sejak peristiwa itu, aku banyak menangis.. aku minta suami lepaskan aku, tapi dia merayu, dia kata dia sayang pada aku, aku tahu, mereka masih berhubung di belakangku..

Tiada apa yang boleh aku lakukan, selain mengadu pada Allah.. agar membantu aku.. boleh je aku jadi SARAH, naik mahkamah, tuntut fasakh, tapi aku memilih untuk tunggu suratan takdir nak membawa aku ke mana.. kalau dia memilih berkahwin dengan perempuan itu kelak, aku pasti akan mengundurkan diri seperti SARAH..

Kerana aku tak mahu ke neraka kerana tamaknya hati seorang isteri dalam meraih kasih sayang dan perhatian suami dan menyebabkan suami tidak dapat berlaku adil dalam poligami, dan aku tak nak terlibat dengan dosa seorang suami yang sangat culas dalam tanggungjawab, tetapi berhajat berkahwin dua..

Aku tahu, aku bukan malaikat atau bidadari syurga, aku juga banyak khilaf sebagai seorang manusia.. tolong doakan ku agar terus kuat menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh ranjau dengan hanya segenggam tabah..

– Assalamualaikum, nama saya cahaya, dan suami saya Sam.. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Berapa lama Anda telah mengulangi perjalanan dari rumah ke tempat kerja setiap hari? Apakah ada perubahan dalam jarak perjalanan yang membuatnya lebih nyaman atau lebih sulit?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *