Kad Pengenalan Penghalang Semuanya

Aku dari Sabah. Aku kenal seorang lelaki dari Tawau. Lama jugalah kami kenal.

Masuk sekarang bulan August, hampir 6 bulan kami kenal start dari Februari 2024.

Layanan dia baik. Pandai mengaji. Dia boleh perbetulkan tajwid aku. Dia bekerja keras. Pandai masak. Memang tepati ciri-ciri keinginan aku.

Namun, dia jujur padaku.. dia tiada IC.

Ada surat beranak cop nya daftar lewat.

Mama nya orang seberang. Berkahwin dengan ayahnya di sini.

Ayahnya ada IC. Ibunya saja tiada.

Entah kenapa, ibubapa nya berpisah. Ibunya bawak mereka ni ke negara seberang.

Ayahnya pun memberikan uang untuk ibunya urus dokumen mereka.

Malangnya, ibunya tak dengar kata ayahnya dan menyalahgunakan duit itu.

Hingga akhirnya ibunya meminta seseorang yang tak dikenali membawa pasangan saya ni balik ke sempadan Sabah.

Dinantikan oleh ayahnya yang menyekolahkan mereka.

Pasangan saya ni, kesian kat ayah dia. Jadi dia memutuskan berhenti sekolah masa tingkatan 1 (kalau tak silap).

Ayah dia pun tolong juga usahakan buat IC. Mereka 3 orang tiada IC.

Abang dia pulak sekarang berusia 21 tahun alhamdulillah dapat sambung sampai tingkatan 5.. Tapi selebihnya dah tak boleh sambung la. Sebab takde IC.

So mereka dah ulang alik JPN, MAHKAMAH.. still sama.

Kenapa ya?

Ayah dia warganegara sini. Ada IC lagi. Apa lagi yang kerajaan mahukan?

Bukannya diorang ni terlahir dekat negara seberang then tiba” datang ke Malaysia.

Kesian. Nak kerja susah. Sekolah tak lanjut. Kahwin susah.

Berapa ramai agaknya kat luar sana yang menderita macam ni. Kesian mereka.

Kadang” yang salah parents…

Anak jadi mangsa.

Aku bercadang ingin menikah hujung 2024 tapi.. sayangnya… Ibu aku suruh habiskan degree. Barulah.

Dia kata kalau kahwin masa belajar takde guna.. Sedangkan ada ja yang PHD pun dah ada 2 anak.

Pastu masuk ja bab IC.. muka pun berubah.

Aku yang akan tanggung semuanya.

Aku. Sebab aku pilih dia. Menyesal atau tidak, kemudian hari.. aku serahkan pada Allah dan takkan salahkan sapa”.

Tolong aamiin kan ya? Semoga kami dapat bersama dan urusan dia berjalan lancar. Moga dia dapat IC secepat mungkin. Minta sangat didoakan.

Doakan juga biar parents saya lembut aamiin. Aamin Ya Allah Ya Allah Ya Latiff.. lembutkan hti ibubapaku menerima nya dan lancarkan urusan kami aamiin.

Itu sahaja dari saya, 

– Maira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Teruk sangat nie pasangan ada major red flag pun tak kisah nampak sangat angau bercinta gatal kelam kabut nak kahwin macam dah tak waras dah tak kisah menyesal kemudian hari katanya dasyat nie.. saya simpati dengan mak awak ada anak macam nie buat keputusan ikut hawa nafsu semata mata.. takda masalah jangan cari masalah ingat nie

  2. kalau takde IC, dia ada passport atau ada sijil lahir semata mata? entahla saya taktahu apa sis kena buat, semoga urusan sis dan dia dipermudahkan untuk menghalalkan hubungan dan semoga kehadapanyya lebih baik untuk kalian. yup, sebab ibu bapa tak uruskan dokumen ikut cara yang betul, anak anak yang jadi mangsa. ramai je sis orang orang dekat sabah (yang saya kenal) ada kes macam ni. nasib baik diorang ni bila dah besar, pandai cari cara nak uruskan dokumen sendiri biar tak kosong tanpa negara. berapa ribu duit habis untuk uruskan dokumen je, belum lagi bab kena tipu jumpa dengan yang ambil kesempatan..

  3. Warak bukan jaminan ya. Ramai je yg belajar agama tapi tak praktik pun. Tak kena lagi batang hidung susah ke depan tu mcm mana mmg la mudah ckp skrg nk tanggung sendiri. Belajar pun kau tak habis lagi dik non. Dah susah nanti mak ayah kau tu jgk yg kau heret cari mintak tolong. Sementara nak tunggu kau habis belajar tu.. suruh la dia usaha dapatkan dokumen tu. Dah dapat IC kawen la korg. Kau nak nikah pun mmg nak kena pakai IC dia kan? Ke kau nk nikah kt siam sana tu? Kau jgk ckp salah mak ayah dia tak bagi settle dari dulu. Habis tu yg kau nak buat ni tak ke ulang balik cycle untuk keturunan kau jgk nanti? Mana logik pikir kau dik non? Aiii…

  4. Baca semua komen di atas macam negatif saja. Haha. Assalamu’alaikum dik, akak juga tergolong org yang berkahwin dgn orang tiada IC di Sabah. Berjaya dinikahkan di pejabat JHAEINS dengan menggunakan pasport suami. Nasihat akak kepada adik… jangan putus asa. Semua ada jalan kalau memang jodoh kuat dengan pasangan adik dan semoga dipermudahkan.

    Kisah perjalanan kami mudah, suami akak tiada IC tapi ada surat beranak. Dgn surat beranak itulah dia memohon pasport dari negara asal tp dlm kes ini konsulat negara dia (Filipina) yang datang Sabah utk memberikan pasport atau sijil lahir kepada mereka yang tiada dokumen. Suami akak antara yg bertuah berjaya dapat pasport.

    Dengan pasport itulah kami selamat menikah dan kini ada sijil nikah sah JHAEINS. Sekarang tengah tunggu untuk memohon Spouse Visa dan itu perlukan cooling period 6 bulan. InsyaAllah semua akan lancar. Takda bendanya nk habiskan duit beribu ringgit pun. Kalau pandai ikut prosedur benda ni jadi mudah. Semoga berjaya ya adik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *