Kad Undangan Kahwin

Assalamualaikum dan hai semua pembaca iium confession. Terima kasih admin jika siarkan tentang luahan aku ni. Sekarang sudah masuk bulan disember ni banyak betul kad undangan kahwin datang sama ada saudara mara atau kawan-kawan. Aku tumpang gembira jika ada yang sudah bertemu jodoh dan sentiasa mendoakan semua bahagia dunia akhirat.

Alhamdulillah sekarang aku sudah bekerja dan kembali semula ke tempat asal setelah sekian lama merantau negeri orang. Aku nak flash back masa aku belajar dulu, aku dapat banyak undangan kahwin melalui kawan-kawan sekolah. Itupun hanya tag kat facebook sahaje. Sekarang teknologi dah canggih. Tapi itula kebanyakkannya masa tak mengizinkan aku pergi ke majlis diorang sebab majlis diorang jauh dari tempat aku belajar.

Siapa tak nak pergi kalau kawan satu sekolah yang dah lama kau tak jumpa, tiba-tiba invite kau pergi ke majlis dia. Disebabkan masa dan wang yang terbatas, kadang aku terlepas pergi majlis diorang. Keluargaku bukan kaya, jadi aku harapkan pinjaman bantu aku masa belajar. Jadi aku fikir banyak kali, mana yang lagi utama.

Oleh kerana banyak kali tak datang ke majlis diorang, banyak mulut-mulut mengata. Satu hari kawan aku ni baru balik dari kenduri salah seorang kawan sekolah, dia kata kat aku “weh kau nak tahu tak, sebab kau tak datang majlis diorang, nanti diorang tak nak datang kenduri kau”. Dengan bangga dia berkata macam tu kat aku. Ialah family kawan aku ni senang sikit dari aku.

Tiba-tiba ada kawan aku seorang ni back up aku, “Takpelah kirana, nanti nur datang kenduri kirana, jangan risau. Biarlah diorang tak datang pun”. Ya Allah aku bersyukur sangat, Allah hantar seorang untuk tenangkan jiwa aku. Diorang (kawan sekolah) mana ada masa aku hidup susah duit cukup2 tak makan, pointer jatuh dan masalah lain2 lagi. Sedih rasa hati. Bukannye tak nak pergi.

Sampai sekarang ni aku masih ingat apa yang diorang cakap kat aku. Jadi aku tak ikut perasaan sangat. Aku buktikan dekat diorang, masuk je alam pekerjaan dan ada duit sendiri, setiap kali ada je undangan kahwin, aku akan pergi. Baru-baru ni kawan aku kahwin, aku tak nampaklah kawan2 sekolah yang mengata aku dulu. Rupa-rupanye diorang pilih bulu jugak. Mana yang tak geng dengan diorang masa sekolah, tak ada maknanye nak pergi. Elok lah tu perangai masing-masing.

Aku ingat bila dah masuk ipt perangai geng budak sekolah ni dah ditinggalkan atau bahasa sekarang “move on”. Sangkaan aku meleset rupanye. Bila time aku kahwin nanti, aku nak buat sederhana je dan jemput kawan yang masih contact. Tolong doakan aku. InsyaaAllah tahun depan giliran aku pula.

Jadi pesan aku:

1. Kalau kawan tu tak datang majlis kau, janganlah cepat menghukum dan terus kata tak nak dah datang majlis dia nanti.

2. Bagi yang dapat kad kahwin dari bakal pengantin sendiri, kau kenalah save date siap2 dalam henset. Kecik hati kawan tu. Maksudnye kau orang penting dalam hidup dia.

3. Janganlah pilih bulu, mentang2 dulu tak geng, tak nak pergi pulak. Elakkan perangai macam tu.

4. Mungkin dia ada masalah tak dapat nak dielakkan. Mungkin dari jauh dia doakan perjalanan majlis kau berjalan dengan lancar mana tahu.

5. Move on untuk 2019 yang bakal tiba.

– Kirana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *