Assalamualaikum, saya sebenarnya tak tahu nak mula dari mana. Kisah hidup saya mungkin tak seteruk yang lain, tapi bagi saya ini lah kali pertama saya rasa perkara sebegini dan saya cuba ringkaskan kisah saya ;
1) Saya berumur 22 tahun. Belum bekerja. Belum berkahwin, anak bongsu dari 4 beradik. Saya pernah kerja di satu syarikat tapi saya berhenti atas sebab saya perlu jaga mak saya untuk chemotherapy di hospital.
Saya ok sahaja tiada masalah untuk itu. Tapi selepas selesai saja urusan mak, kakak saya, dia marah marah (tak tahu sebab apa) sampai satu tahap dia tengking, “kamu ni bukan jaga mak kat hospital pun!!” saya terdiam.
Untuk pengetahuan semua, saya ni mudah terasa. Walaupun perkara kecil saya tetap akan terasa dan menangis didalam bilik.
Selepas saya dimarahi kakak, saya tetap tidak mengungkit dan tidak marah dia balik. Saya tak nak bergaduh. Saya tak boleh nak bersuara untuk menjaga hati dia.
2) Kadang-kadang, bila saya baring dibilik saya selalu teringat peristiwa yang saya sendiri tak sangka waktu saya berumur 15-17 tahun.
Waktu itu saya dan abah diluar rumah nak tangkap kucing masuk sangkar, tapi kucing tu garang dan saya perlu kejar untuk menangkapnya.
Tapi bila saya cuba untuk tangkap kucing itu, tiba tiba kucing terlepas dari tangan. Abah terus tengking cakap “eehhh lembab!!”.
Saya terkedu. Tapi ketika itu saya boleh mengawal perasaan terasa saya. Tapi perkataan lembab itu masih terngiang- ngiang dalam kepala saya & sekarang membuatkan saya rasa sangat sedih & terkilan.
3) Selepas habis sekolah, saya memilih kolej kerajaan untuk saya sambung belajar, dalam jurusan multimedia. Saya happy sebab itu adalah antara jurusan yang saya sangat minat.
Tetapi, sebelum saya memilih untuk belajar dikolej itu, saya sebenarnya mendapat banyak tawaran yang lain lagi dan agak jauh dari tempat tinggal saya.
Setengah dari tawaran saya sahaja saya beritahu kakak, tetapi semua tawaran itu dihalang untuk saya pergi. Abah, mak, kakak semua menghalang saya. Saya buntu ketika itu, sebab ketika saya bersekolah abah selalu pesan, “adik belajar rajin-rajin, nanti boleh masuk university”.
Saya cuba sedaya upaya saya untuk melayakkan diri saya ke university. Sampai satu tahap, saya senyap-senyap apply university yang saya nak, dah keputusannya saya layak!
Walaubagaimana pun, keputusan itu saya diamkan saja. Saya tetap dihalang untuk pergi. Sedih + kecewa, saya menangis sorang diri didalam bilik.
4) Pada tahun 2017, saya mengenali seorang lelaki, dan bercinta dengannya. Tapi perhubungan kami terhenti pada hujung tahun 2018.
Saya happy dengan keputusan yang saya buat ini. Dia tak layak untuk bersama dengan saya. Dia masih sayang akan ex-girlfriend nya, tapi masih mahu ada hubungan dengan saya pula. Saya kecewa hingga memendam perasaan lamanya.
Sampai satu tahap saya rasa diri saya ini tak berguna, tak dihargai, kenapa takdir saya macam ni, apa salah saya. Boleh dikatakan setiap percintaan saya dengan lelaki lain juga lebih kurang begini. Saya ditipu, dan terus ditipu.
Sampai ke hari ini, di tahun 2020. Saya masih tidak mahu ada hubungan dengan sesiapa. Saya terlalu takut dengan lelaki dan memilih untuk terus sendiri.
5) 2020, Tahun dimana saya rasa stress, kecewa dan marah hingga fikir yang mati lebih baik. Selepas saya berhenti kerja, saya sentiasa ada dirumah. Saya memang jarang keluar, jumpa orang.
Kawan saya tak ramai, cukup 3 orang saja yang rapat. Saya sunyi, perlukan kawan untuk mendengar masalah. Bila saya sedih saya selalu duduk didalam bilik.
Selalu terfikir, abah selalu puji anak anak kawan dia, tapi jarang sekali nak puji saya. Selalu marah saya bila dia tak nampak saya buat kerja rumah (sedangkan saya dah buat sebelum dia balik dari kerja lagi).
Selalu serious bila dengan saya, tapi bila dengan abang saya, boleh pula bergelak ketawa. Mereka semua tak tahu yang saya selalu menangis malam-malam dibilik.
Kadang-kadang bila saya sorang dirumah, saya akan menangis sekuatnya. Saya ni tak cantik ke?, kenapa orang taknak hargai saya? Kawan kawan pun tak ada!
Saya benci diri sendiri, nak sayang diri sendiri pun dah tak mampu! Saya cuba tahan amarah saya untuk tidak mengamuk!
Rasa nak baling semua yang ada depan mata, nak toreh tangan, nak gantung diri, tapi saya masih boleh kawal semua perasaan tu. Saya takut satu hari nanti, saya tak mampu nak kawan diri saya.
Terima kasih sudi baca :)
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit