Kadang-Kadang Stress Sebab Tak Dapat Penuhi Expectation Su4mi

Assalamualaikum semua. Haritu aku terbaca confession brother ni tak puas hati dengan isteri dia yang bare minimum dan pemalas tu, (https://iiumc.com/seksa-dapat-pasangan-yang-hipokrit-pemalas-bare-minimum/).

Aku rasa perasaan tu lebih kurang je dengan isteri yang bela biawak hidup, tapi sebab dia suami dan tanggungjawab dia lain seperti yang difitrahkan sebagai sesorang lelaki, aku geram jugak bila dia confess gitu.

Tak nak komen la sebab ramai dah komen dan kita tak ada di dalam kasut dia, cuma aku nak share kisah aku.

Sebelum tu, zaman sekarang ni lelaki yang expect wife bekerja tu benda biasa, especially kalau korang memang kenal masa zaman uni, aim nanti nak kerja, kumpul duit, kawen, beranak pinak, dan sama2 memajukan kewangan keluarga.

Benda ni normal bagi aku, walaupun suami menanggung tanggungjawab menafkahi keluarga. Cuma, throughout our journey, Tuhan akan turunkan macam2 ujian.

Ada yang suami hilang kerja. Ada yang isteri hilang kerja. Ada yang 2-2 hilang kerja. Dan macam mana kita hadapi ujian tu bersama, menentukan future kita.

Aku ada beberapa kawan lelaki yang sama macam aku kerja profesional (sebelum aku berhenti kerja). Aku tengok, pasangan yang suami isteri berkerjaya dan diorang takde masalah dari segi naik pangkat etc, means perjalanan career diorang smooth.

Hidup diorang makin lama makin maju/ kaya/ mewah. Ni aku cerita pasal mereka2 yang asalnya membesar dalam keluarga B40, tapi berjaya keluar jadi M40/T20 asbab pendidikan yang baik dan kerjaya + sikap bekerja yang bagus.

Kita tolak part ujian lain seperti berselingkuh atau curang, atau masalah keluarga yg lain2 ya. Tu ujian lain. Kita cerita pasal kerjaya dulu.

Then aku ada juga beberapa kawan lelaki yang isteri mengalami masalah kerjaya. Yang sorang ni, brother ni start keje daripada bawah, then naik pangkat sikit, kawen. Tapi wife kena retrench. Brother ni cakap, tak apa.. jadi housewife, jaga anak2 elok2. Biar dia sara keluarga.

Bertahun aku kawan ngan diorang laki bini. Husband drpd pangkat rendah, sekarang dah jadi orang penting syarikat. Wife masih housewife.

Jaga anak, jaga famili elok2. Sesekali meroyan bila orang pertikaikan dia belajar tinggi2 tapi end up habiskan duit suami. Peduli apa laki dia bukan laki kau hahaha. Biasa la tu.

Hidup diorang nampak biasa je, takde kereta besar atau rumah mewah. Tapi nampak dari air muka diorang dan anak2, diorang bahagia.

Dan both of them, husband and wife, kalau aku jumpa dan bual2 ngan yang husband atau yang wife, takde sekelumit mengutuk atau mengadu pasal each other.

Aku ada lagi sorang kawan. Brother ni budak pandai, work ethic sangat bagus. Kerja sungguh2 kat office. Executive level dan makin lama makin naik lah. Ego tinggi.

Wife sama pandai. Dulu wife kerja sama level, tapi ada masalah, asyik kena buang. Tapiii, ada tapi. Wife dia ni punya bersungguh cari kerja, cari duit, aku sangat respect. Walaupun tak semua menjadi, tapi dia bersungguh.

Cuma dia tak sampai expectation husband dia. Kena maki, direndah2kan, disalahkan. Semua wife dia kena. Belasah je laki dia tak buat.

Kadang2 aku pelik. Brother ni kan, kau boleh maju dalam kerjaya kau sebab wife kau jaga anak2. Hantar ambil sekolah. Sakit dia yang jaga.

Makan kau dan anak2 wife kau yang jaga. Kau tak payah fikir apa kat situ. Kau pergi kerja, dapat gaji, bayar apa perlu bayar. Wife kau tak minta kau belikan dia sekecil2 barang even pads atau bra pun.

Kau boleh pergi lunch dengan kawan2, habis kerja kau boleh lepak lagi. Sebab wife kau uruskan rumah. Tu pun kau nak seksa mental fizikal perempuan tu. Belum lagi aku dapat tau dia pasang skandal.

Lelaki dan perempuan, kalau kau suami dan isteri, ibu dan ayah yang baik, kau orang takkan sempat nak ada skandal. Kau tau tak betapa penat kemas rumah dan jaga anak?

Nak main ngan anak, nak berbual dengan anak? Kau nak menjawab soalan bertubi2 anak kau setiap hari, kau nak bernafas pun tak sempat, faham? Kau takkan ada masa extra la nak berskandal2 ni.

Kalau kau memang ada masa nak pasang atau makan luar, means kau tak tunaikan tanggungjawab kau dan pass semua kerja kat pasangan kau. Kau. Adalah. Cibai.

Ok cukup kutuk orang lain. Now nak cerita pasal aku pulak.

Aku budak pandai, kerja bagus. Dulu aku tengok housewife, aku cakap, eh aku takleh la bayangkan aku tak kerja. Sebab kerja bagus, gaji lebat kan dulu.

Memang Tuhan bayar cash. Satu masa, aku dah takleh move on. Resign atau depression. Aku resign. Tapi masa tu aku dah ada better side income. Cuma struggle dia lain la.

Kat sini kembali kepada point aku tadi. Dalam alam perkahwinan, kita akan diuji. Macam2 cara. Dan bagaimana kita suami isteri hadapi sama2, akan determine future kita.

Untuk aku, masa nak kawen dulu, suami memang dah aim awal2 macam brother tu la. Husband & wife kerja. Tapi suami aku aim dia bukan nak jadi kaya. Asalkan makin ke depan dan cukup. Bukan makin ke belakang.

Beberapa tahun aku struggle dalam kerja aku (aku kerja sendiri as freelancer lepas tu, cuma aku tak buat company, bayar tax and carum kwsp sendiri), Alhamdulillah kami takde la makin ke belakang, tapi slowly ke depan.

Dari segi cash, bagi aku, kami mewah sebab makan cukup. Kalau dulu nak makan luar, kena tengok harga. Sekarang boleh masuk mana2 restoran dan takyah fikir pasal harga.

Dari segi harta, kami ambil yang secukupnya sebab aku takde slip gaji. Beli kereta dan rumah sesuai dengan gaji suami yang M40 walaupun aku sendiri income T20.

Tapi kan, nak menuju ke sini, banyak suami aku korbankan. Kawan2 dia improved a lot dalam hidup, dia kat situ je dengan aku haha. Dan aku pulak, dalam 5 tahun ni, macam2 dalam fikiran aku.

Aku la kerja sendiri struggle cari projek dan duit sebab kami still bayar 50-50, aku la handle hantar anak amik anak, budak masuk hospital aku yang jaga, sampai kerja aku terbengkalai and duit tak dapat.

Husband stress kalau rumah bersepah sebab aku tak sempat nak kerja sambil uruskan budak dan rumah.

Sampai satu period ni aku tak redha sangat. Kenapa semua aku? Kita sama2 kerja dan bayar bil semua sama2.

Memang la suami balik rumah dia buat kerja rumah, tapi kenapa aku kena kerja berat2 sampai sakit kepala dan jiwa dan raga walhal nafkah tu patutnya atas tangan dia?

Bertahun untuk aku capai redha tu. Semua simpan dalam hati. Aku still kerja keras, untuk penuhi expectation suami. Tapi hati aku meraung.

Kau orang para suami, kadang2 tengok kat isteri korang yang penat bekerja tu. Aku tau korang pun penat, korang laki bini sama2 kerja untuk famili. Tapi, perempuan kudrat dia lain.

Kudrat perempuan sebagai ibu memang melebihi bapa. Semua diorang boleh buat. Bangun lagi awal daripada korang untuk masak sarapan.

Siapkan anak2. Kerja. Balik rumah uruskan anak, kemas dan buat dinner. Petik jari lah!

Tapi kadang2 hati isteri tak redha. Tu je. Memang dia senyum kat luar, tapi dalam hati tu macam2.

Lepas tu mula la suami cakap isteri buat perangai la, tak layan la. etcetera..

Macam aku cakap, aku nak capai redha tu susah. Lepas tu aku baca kat mana ntah, ujian kepada individu ni.. Macam2. Jangan harapkan apa yang pasangan boleh beri pada kita, tapi kita beri apa yang kita boleh beri dengan mengharapkan keredhaan Allah.

Kenapa aku nak persoalkan benda aku takleh nak control pun. Adakah aku nak suami aku bayar semua benda?

Tak. Sebab aku cintakan suami aku. Aku nak dia senang, tak penat. Tenang kat tempat kerja. Perform. Aku nak bos dia sayang dia. Aku nak dia naik pangkat. Aku nak dia capai aim dia.

Adakah suami aku jahat? Adakah suami aku abaikan tanggungjawab? Tak. Dia baik sangat. Aku sakit, suami jaga. Aku nak apa2, suami belikan. Aku yang selalu emo ada la.

Kalau aku nak suami aku bayar semua benda, adakah aku okay untuk downgrade hidup aku sekarang?

Tak. Anak2 aku cukup. Anak2 aku happy sentiasa dapat apa diorang nak. Anak aku nak masuk kelas swimming, taekwando, tuisyen, kami boleh bayar sama2. Aku dapat hulur belanja kepada parents aku.

Aku cukup makan pakai. Dan ada duit lebih untuk belanja. In the end, aku yang mahu level kehidupan macam ni. Dan kalau aku letak semua atas suami aku, aku tak dapat level kehidupan yang aku nak.

Jadinya, aku bekerja keras untuk keluarga kami, sama macam suami aku bekerja keras untuk keluarga kami. Cuma aku twist sikit cara aku. Dulu aku tak minta nafkah, sekarang kalau aku nak keluar me time, aku mintak husband aku duit.

Aku nak keluar makan, mintak duit. Skincare aku habis, mintak belikan. Aku mintak mintak mintak. Lama2 bila aku nak ke mana2, husband aku sendiri hulur cash hahaha.

Aku perlu modal untuk buat apa2 projek, aku pinjam duit husband. Kalau kena korek tabung dia atau jual harta dia pun aku still minta.

Sebab suami aku boleh ada simpanan atau kumpul harta disebabkan aku dah tunaikan 50% nafkah yang patutnya atas bahu dia. So, hartamu, hartaku jua.

Lepas tu dah dapat balik modal aku bayar la balik.

Aku mula perasan rezeki mencurah2 start aku let go perasaan tak puas hati tu dan redha pada suami aku. Rezeki suami aku pun luas lepas tu. Bukan senang ya benda ni sebab iman tak tebal.

Cuma sekarang, bila duit tak masuk, projek takde, instead of nak stress2 , aku serah kepada Allah. Aku taknak sakit jiwa dah.

Untuk individu yang tak redha kepada pasangan, try to let go apa yang anda tak boleh ubah. Try to give more kerana Allah. Tapi jangan lah bagi sampai diri kau dah takde apa. Sayangi diri sendiri dulu.

– Hanaa Hanii (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *