Dengan sedikit ilmu yang diberi oleh Allah ku ingin titipkan sedikit kaedah yang diajarkan oleh ulama’ dlm meningkatkan amalan kita. Sebabnya aku bnyk baca confession pasal tahajjud, sedekah, and so on y relate dgn amalan. Firstly, memang bagus apa yg korg2 sume lakukan. Dan dlm hal y sama share something yang akan menarik kita utk lebih beramal. Di sini hamba y faqir nie nak kongsikan kaedah utk tingkatkan amalan kita. Okay. Mula2 ini ialah ilmu tasawwuf iaitu satu ilmu y penting utk ihsan. Wajib utk dipelajari. Sebabnya hanya ilmu tasawwuf y ajar kita cara nak khusyuk dlm solat. So the first is apa apa amalan kita buat mestilah niat utk dptkan REDHA Allah, itu yang penting. Bnykkan sebut dan lintaskan dlm hati ‘ilahi anta maqsudi waridhoka matlubi athinii mahabaatika wa maarifatika’ maksudnya ‘Tuhanku..Engkaulah yg ku maksudkan dan keredhaan Engkau lah yg ku tuntut..Cinta Mu dan makrifat terhadap Mu yang kami mohon’..sebabnya kita amal bkn sbb ganjaran dan nak faedah semata mata dari amalan itu. Hinggakan kalau kita amal sbb nk dpt sesuatu seperti kita melakukan ‘bisnes’ dgn Allah. Umpamanya seperti kanak kanak yang tunggu ayah nya pulang dan bila ada anak kecil tu cpt2 dtg ke ayah. Padahal bkn sbb kasih sgt kt ayah tapi mau apa yg akan disediakan oleh ayah itu berupa coklat kew apa. Kalam ulama’ lain bicarakan ‘amal tanpa cinta itu penat’. Jgn fikir ganjaran apa kita y kita dpt. Dpt redha allah itu sudah cukup. Carilah cintaNYA. Kedua, jika kita dpt lakukan sesuatu ibadat itu. Ucaplah alhamdulillah ingt pada Allah. Hadirkan dlm hati kita ‘aku dpt solat ini sebab Allah izinkan’ sebelum takbir itu ucapka hadirkan ‘lahawlawala quwataillah billah hil aliyil aazim’..sedarkan pada hati kita bahawa tiada kekuatan kita ini utk lakukan semua ibadaf melainkan dari Allah. Itu pelajaran pada hakikat. Tenggelamlah pada kalimah hauqalah itu. Ketiga, bila kita dah lakukan ibadat selalu ingatkan diri bahawa ibadat ini bukan ibadat yang kita lakukan. Senang nak faham ini ibadat Allah y punya. Juz tukar ‘nama’ jek pada kita. Hakikatnya dari Allah. Serius bila kita dh sedarkan mcm nie mudahlah kita nak lakukan ibadat, y malas jadi rajin.. dan apa yang penting kita akan dpt keikhlasan dlm ibadat. Kita ibadat kerana cinta padaNYA sebagai pengabdian dan mahukan DIA. Sehingga wali Allah iaitu Rabiatul Adawiyah seorang sufi mengatakan dlm munajatnya ‘aku ibadat ini bukan takutkan neraka dan bukan ingin kan syurga tapi kerana inginkan Engkau’ kerana syurga dan neraka itu makhluk y diciptakan oleh Allah. Jadi benarkan lah diri dlm abdikan diri pada Allah. Analogi nya seseorang bila sudah rapat ngn seseorang ikhlas dgn nya, pastilah tak perlu meminta minta, pastilah dia akan memberi dgn baik dan tanpa terpaksa. Ku titipkan ini semua dari kalam2 ulama’, ku hanya hamba kpd ilmu mereka. Ku harapkan korang doakan aku supaya istiqomah. Dengan sedikit ilmu y ku kongsikan ini semoga Allah redha dgn aku. Sebabnya aku masih dlm rantaian nafsu syahwat. Assalamualaikum wbt.
– Al Faqir
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit