Ini bukan cerita aku, tapi cerita yang berlaku kepada seorang dari sekian ramai kenalan ku.
Watak utama aku namakan sebagai L dan P je, malas nak type. Hehe.
L seorang duda yang kematian isteri beberapa tahun lepas.
Kemudian tak lama selepas itu, L berkenalan dan menjalin hubungan dengan P sewaktu P masih bergelar isteri orang tetapi rumahtangga nya sudah retak menanti belah.
Kisah cinta mereka begitu indah bagai romeo dan juliet ceewahhhhh. Berbagai rintangan dan onak duri mereka hadapi bersama. Keluarga juga tak terkecuali dibelakangkan semata mata kerana cinta mereka.
Dipendekkan cerita, P pun selamat bercerai dan dapat keluar dari azab rumahtangga lama nya (konon nya lah) dengan bantuan dan sokongan dari L hero barunya.
Makin galak lah mereka bercinta tanpa halangan dan rahsia lagi, kesana kesini bagai suami dan isteri.
Tidak tertahan menunggu P menghabiskan iddah yang berbaki. Berkhalwat, dan berpeluk tak ternanti.
Usia percintaan lebih kurang 2 tahun (sejak dari P masih bergelar isteri).
Setelah memilih tarikh yang cantik, mereka pun disatukan sebagai pasangan suami isteri yang sah dalam satu majlis yang begitu sederhana.
Keluarga yang asalnya menentang hubungan yang dulunya terlarang sekarang sudah menerima dengan alasan Alhamdulillah mereka dah jadi pasangan halal. Barang yang lepas jangan dikenang.
Langit tak sentiasa cerah begitu juga dengan kisah mereka. Malangnya yang menimpa bukan hujan renyai biasa, bahkan tsunami yang maha besar melanda.
Dalam sebulan tempoh perkahwinan, beberapa episod drama pertengkaran besar suami isteri berlaku.
Belum pun sampai dua bulan, P telah angkat kaki dan segala harta-hartanya keluar dari rumah L. Cerai dan talak pula menjadi perbincangan mereka.
Okey gaisss, tarik nafas dalam-dalam dulu. Haha.
Cukup sampai situ je cerita aku. Habisssss.
Sekarang ni masuk part ulasan pulak.
L dan P tu hanya kenalan aku je dan aku just memerhati dari jauh langsung tak terlibat dengan kisah mereka.
Aku belum berkahwin lagi dan perkara yang berlaku ni menyebabkan aku ada sedikit trauma untuk berhubungan dan berkahwin.
Tapi bukan trauma teruk lah, cuma ada sedikit kerisauan lah nak menghadapi alam perkahwinan ni. Hehe.
Yang membuat kan aku berfikir adalah berkaitan dengan tajuk aku kat atas tu.
Apa yang jadi pada mereka ni, adakah merupakan kafarah (balasan)? Atau ujian untuk mereka? Atau takdir yang memang tak dapat dielakkan jodoh mereka tak panjang?
Wallahu a’lam (Allah lebih mengetahui)
Aku teringat ceramah ustaz yang aku pernah dengar gais berbunyi macam ni:
“Makin manis hubungan pasangan sebelum bernikah, maka makin pahit mereka akan rasa lepas bernikah. Kerana manis tu sebenarnya untuk suami isteri tetapi telah dihabiskan sebelum mereka halal.”
Ok gais, sampai sini je aku punya coretan kali ni, apa yang baik jadikan tauladan, yang tak baik jadikan sempadan.
Bye gaissss.
– Pemerhati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit