Kahwin

Thank you admin sudi siarkan cerita aku.. Hi aku Moon.. umur aku hujung 20an.. aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita.. aku harap korang faham lah yaa.. aku tak ada tempat untuk meluah..

Soalan yang aku selalu dapat dari sanak saudara dan jiran tertangga “bila nak kawin” “dah ada calon ke belum” “nak tak kenal dengan anak makcik” dan soalan soalan yang seangkatan dengannya..

Selama aku hidup, aku cuma ada 2 lelaki yang betul betul ada dalam hati aku iaitu first love aku masa sekolah dulu dan second love aku yang kami berkawan 5 tahun..

First love aku ni biasalah bercinta zaman sekolah kan, mana nak bertahan nya, haha, cinta monyet maybe.. tapi aku still teringatkan dia sampai sekarang..

Dia pun belum berkawin lagi dan kami masih saling menyimpan contact.. aku boleh tengok status dia dan dia boleh tengok status aku..

Family dia pula sangat baik dengan aku.. kalau aku terjumpa dengan mak dia, soalan yang pertama kenapa lama tak datang rumah mak.. kalau anak mak tak ajak pun datang jaa, tu rumah mak bukan rumah dia..

Untuk second love pula, kami bercinta 5 tahun tetapi aku tak penah di kenalkan dengan family dia.. cuma arwah mak dia yang aku pernah jumpa itu pun sekali atau dua kali macam tu saja dekat hospital sebab mak dia sakit..

Aku tahu serba sedikit tentang family dia.. yang basic saja macam dia ada berapa adik beradik, rumah dia kat mana, sapa nama mak dan ayah dia.. kami putus sebab dia tak serius dengan aku.. 2 tahun kemudian dia dah kawin dengan orang lain..

Lepas daripada dua lelaki ni aku single sampai lah umur aku 26.. aku cuba untuk buka hati, untuk mengenal lelaki lagi tapi aku selalu gagal..

Lelaki A, di kenalkan oleh family, gagal sebab dia tak setuju dengan hantaran yang ayah aku letak..

Lelaki B, kenal dari kawan aku, juga gagal sebab dia ada trauma dengan perempuan and dia cakap aku tak serius pun dengan dia so dia angkat kaki..

Lelaki C, kenal dari husband kawan aku, juga gagal sebab dia badboy tapi aku agak kecewa sikit dengan C sebab dia dah datang jumpa family aku then dah bawak aku jumpa family dia.. tapi aku okayy jaa mungkin bukan jodoh aku lagi..

Lelaki D, kenal dari kenalan aku juga, kami bertahan 7 bulan, dan berpisah secara baik atas permintaan dia.. aku pun dah malas nak serabut jadi aku lepaskan dia..

Now aku tengah mengenali lelaki E, masih dalam fasa mengenali and kalau still tak sesuai aku chaw.. so untuk A B C D dan E mungkin fasa aku try and error kot..

Aku sebenarnya dah putus ada untuk mengenali lelaki lagi.. korang doakan aku yaa semoga aku jumpa jodoh sebelum umur 30.. maaf kalau penulisan aku berterabur.. terima kasih korang sudi baca..

– Moon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *