Aku tak tahu nak luah kat siapa. Aku berkahwin dengan bekas abang ipar. Aku namakan dia A.
Aku ada 3 beradik and aku bongsu. Sebelum ni, A berkahwin dengan kakak aku. Jarak umur aku dengan kakak 7 tahun, aku dengan A 10 tahun. Kakak berkahwin dengan A waktu aku umur 22 tahun.
Aku ada anak sedara umur now 3 tahun. Kakak aku meninggal time lahirkan Ayra setelah bertahun tunggu sebab ada komplikasi.
Aku dipaksa kahwin dengan A oleh mak aku sendiri. Dipaksa ye bukan rela hati. Aku pun nak kahwin dengan pilihan aku sendiri. Tapi Ayra kecik sangat, semua tak nak orang lain jaga. Aku pun tak paham A boleh aja hire private nanny untuk jaga Ayra.
Once kahwin, aku betul2 ubah diri aku nak jadi isteri and ibu yang baik. Aku masih tahu dosa pahala. Tapi sikap A tu memang aku takleh terima. Dari awal kahwin sampai sekarang masuk 2 tahun perkahwinan, aku rasa lagi banyak dosa dari kutip pahala.
A ni jenis pendiam. Tak banyak cakap and jenis tenang2. Sepanjang aku kenal A waktu dia suami kakak lagi, dia bukan jenis lelaki yang marah2, bising. Tak pernah aku nmpk dia naik suara lagi setakat ni.
Dia memang disayangi keluarga aku. Sebab dia ni pemurah, suka tolong, jenis suka balik kampung rumah sedara2. Dulu aku selalu fikir bertuah kakak aku dapat suami macam abang A ni complete pakej. Baik, hensem, sopan, kaya lagi.
A kerja IT consultant. Kakak aku kerja accountant dalam bidang Oil and Gas. Memang selalu la A and kakak aku keluarkan belanja kadang sampai berpuluh ribu untuk aku and family.
Ingat lagi dia bagi aku £500 time aku dapat fly study luar negara dulu untuk Master. Kakak aku bagi £300. Pastu every month masukkan lagi duit belanja. So memang aku boleh cakap diorang ni gempak la sekufu and sama2 sepadan.
Maybe kena paksa kahwin dengan aku, dia tak rela juga kot. 2 tahun kitaorang tak pernah nak bergurau ke apa. Memang macam orang asing. Dia kalau kena tidur sebilik dengan aku, dia akan tidur bawah. Kalau kadang2 lewat sangat, dia akan tidur kat sofa dalam bilik Ayra.
Bab2 hantar ambik Ayra dari pengasuh memang dia settlekan. Cuma Ayra ni manja sikit. Pantang nampak aku mesti nak mommy2. Tak boleh berenggang langsung. Aku pulak nasib kerja office hours so malam memang mostly aku dengan Ayra.
A memang pemurah. Setiap bulan, aku dapat RM4000 untuk aku. Hal Ayra, bil apa dia settle lain. Boleh kata memang aku banyak saving plus gaji aku lagi. Tapi sampai bila aku nak hidup macam orang luar.
Sebelum kahwin, memang kitaorang tak berbual sangat tapi sekurang2nya bercakap. Tapi lepas kahwin kalau aku jujur, kitaorang tak de interaction sangat. Aku tak tahula nak start macam mana sebab aku tak pernah bercinta atau ada apa2 relationship sebelum ni. Zero knowledge.
Diala orang pertama aku kena hadap dalam hidup aku. Family aku and dia dah start usik2 bila Ayra nak ada adik. Tapi aku dengan dia tak pernah bersama. Aku tahu dia masih rasa sayang and bersalah kat arwah kakak aku.
Hampir setiap malam jugak aku nampak dia pegang gambar kakak aku pastu cium2. Untung kalau dia tak menangis. Tapi jauh sudut hati aku, aku cemburu juga. Kalau berjalan atau travel mana2, aku nak la rasa macam satu family yang complete.
Aku pernah menangis dalam toilet sorang2 sebab hati aku sakit sangat. Sedih rupanya bila suami tak sukakan kita. Kakak takde, tapi aku rasa macam jadi penghalang untuk dia.
Aku nak ada suami yang boleh jadi pelindung, dengar celoteh aku. Aku kadang nak cerita apa jadi kat ofis aku. Dulu aku selalu call mak and kakak aku.
Mula2 kahwin aku hari2 call mak aku tapi lama2 aku takut nak call selalu sebab takut terbuka aib rumah tangga aku. Aku tahu dia tak suka aku tapi sebab tanggungjawab dia dahulukan aku and Ayra.
Aku pulak 2 tahun hadap dia je, of course aku dah mula sayang tapi senyap2 jela. Maybe sebab aku tak sepadan and tak complete pakej macam kakak aku.
Raya ke 3 aritu aku cakap aku nak cerai. Aku cerita semuanya yang aku tak puas hati. Last2 tu aku nangis depan dia sebab aku rasa aku macam sorang2, sunyi and aku nak kahwin dengan lelaki yang boleh terima aku seadanya.
Dia macam terkejut sangat lagi2 bila aku cakap aku tahu dia sayang lagi kakak aku, pastu tatap gambar kakak aku tiap malam semua.
Aku cakap aku tak salahkan dia tapi bagi aku peluang untuk aku capai kegembiraan aku. Aku nak ada lelaki pelindung, yang appreciate aku, yang sayang aku and aku pun nak ada zuriat sendiri. Ayra kita boleh bergilir.
Dia minta maaf 2 kali lepas tu dia keluar. Aku nangis sorang2 dalam bilik sampai tertidur. Nasib Ayra tu tidur dengan atuk nenek dia.
Ni dah masuk 4 hari aku memang mengelak dari dia. Tapi dia sibuk nak nyendeng2, tanya aku macam2. Entah, aku malas nak jawab. Tak pernah pulak dia nak ramah macam ni.
Aku tahu dia rasa bersalah la tu kat aku. Aku memang tawar hati pun. Aku dah nekad nak bercerai. Aku takut nanti makin sayang, lagi susah aku nak move on. Dah orang tak suka, tak payahla berharap. Hopefully lepas ni aku dapat lelaki yang nak hidup sama2 dengan aku sampai tua.
Kalau nak kata aku tak jaga dia betul2, aku buat dengan penuh kasih sayang. Aku selalu masak untuk dia hatta breakfast ke dinner. Tapi sekadar masak pastu panggil dia makan. Dia tak banyak kerenah. Makan je apa aku masak.
Dari cara dia kalau sedap/lapar dia tambah. Kalau tak, dia makan sekali je sampai habis pastu dia akan kemas sendiri meja. Lebihan letak dalam peti.
Pakaian memang aku gosok semua hujung minggu. Kadang aku gosok baju2 dia dulu baru esoknya aku and Ayra. Senang guna phillips iron tu, terus boleh gosok banyak.
Ada first time aku gosok dia kata tak perlu, dia boleh buat. Tapi aku cakap takpe biar aku gosok mulai dari harini. Pastu dia tak respon apa2.
Bilik pula memang kitaorang tido asing. Mula2 pindah lepas kahwin dia bgtau yang ni bilik aku and opposite bilik dia. Sebelah bilik aku bilik Ayra.
Kalau tetamu/keluarga datang biasanya tido floor paling bawah. Atas pejabat dia and lagi satu floor bilik kitaorang bertiga. So boleh imagine tak betapa dullnya hidup aku.
Dah mcam robot. Bangun tido siapkan sarapan, pergi kerja, balik kerja, masak dinner kadang2, layan Ayra, tepuk2 dia sampai tidur. Call mak and masuk tido.
Aku rasa dah cukup 2 tahun aku tahan perasaan aku berada dalam perkahwinan ni. A memang ayah and suami yang baik tapi bukan untuk aku. Aku harap nanti kalau kitaorang jadi bercerai, next time dia berkahwin dengan orang yang dia sayang.
Aku mohon korang doakan A lembut hati nak lepaskan aku. Aku tunggu dia bincang pasal hal ni tapi maybe sebab kitaorang kat kg, dia buat2 biasa je. Tapi aku dah tak kisah. Ini memang betul2 pengajaran buat aku. Doakan aku kuat ye.
– Saleha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
sisss …..nk hug!!! be strong sis. semoga yang baik2 untuk kamu
Adik Saleha, cubalah bawa berbincang sekali-dua lagi untuk selamatkan ikatan pernikahan yang dibina. Nyatakan apa yang Saleha mahukan daripada seorang suami – lelaki yang betul2 hidup bersama sehingga akhir hayat & hingga ke Jannah. Ayra juga semakin besar, nanti dia akan melihat hubungan tidak normal, tiada kasih-sayang antara ayah dan ibu.. Jika masih juga tiada perubahan selepas tempoh tertentu, maka mohon suarakan kepada mak-ayah – hakikat bahawa Saleha seolah2 janda berhias.. jangan lupa juga bangun di sepertiga malam untuk minta kepada-Nya.. semoga suami Saleha berubah menjadi suami idaman insya-Allah.
masih ada ruang lagi ni nk jadi pasangan bahagia, jgn terburu-buru bercerai, klu suami dh mula mengendeng, awak pun sama la, kena la bagi peluang kt dia, syg rumahtangga dh hampir sempurna tu, ramai kt luar yg struggle nk dapatkan apa yg awak ada, semoga Allah lembutkan hati suami awak dan awak jugak
Sis moga dipermudahakn urusan awak. kalau boleh try dulu selamatkan perkahwinan awak, manja2 dengan suami, dan transparent apa yg sis nak dari dia. Jangan pendam sesorang. saya rasa suami awak nak je dengan awak tu, try heart to heart. dah tiba masa dia utk move on and focus to new family.
Btw nanti tlg update ye life awak, saya doakan dipermudahkan urusan awak
Dh nampak mcm dia ada effort nk berubah tu apa kata sis bagi dia peluang sekali lg..tengok dlm 3-4 bulan kemana hala tuju perubahan dia tu. kalau slps bg peluang tu sis masih rasa jauh dgn dia & dia pun masih tak berubah maka istikharahlah utk diberi petunjuk. buatlah keputusan utk kebaikan & kebahagiaan sis.
Dia gini. ko kena pandang dari sudut dia. Bila ko kata ko pun kawen sebab terpaksa dia sebagai lelaki baik sanggup ke dia nak paksa ko layan dia sebagai isteri? rasa bersalah tu masih ada. Buktinya bila ko bagi hint kat dia yg ko pun nak kat dia terus dia cuba berubah kan? Sebab dia dah faham ko bukan terpaksa jadi bini dia dah. ko memang nak jadi bini dia dan nak dilayan sebagai bini. Benda2 gini kena bincang la ni ko simpan sorang2 dia pun simpan sorang2 tiba2 nak cerai.
Peluang datang sekali shj ya… sekali terlepas seumur hidup akan menyesal… buka buku baru..lembutkan hati..pasti bahagia… adoi… hati kau keras dik… Nasihat aku, jika berterusan dengan keras hati, tindakan ini hanya akan melukakan hati sendiri pada masa akan dtg… kau tak kan jumpa lagi org mcm dia… tiada yg semporna dik
Mungkin dia segan je tu, sebab awak pernah jadi adik ipar dia. Salah awak jugak kenapa nak tunggu 2 tahun baru nak berterus terang. bagi la dia peluang untuk dia buktikan diri dia. Masalah kecik je ni bukannya dia curang ke ape. Emosi tak stabil tu otak dok nak pikir cerai je. Pendek betul akal.
A belum reda lagi fasa ‘grieving’ dia masa kahwin dengan sis.. Yalah lepas saja anak dia dilahirkan, isterinya (kakak sis) meninggal. Lepas tu tetiba kena kahwin dengan sis dalam masa yang sangat cepat. Berdasarkan apa yang sis cakap masa tu Ayra masih sangat kecil, jadi mungkin tak sampai setahun lepas anaknya dilahirkan, dia dah kena kahwin? Nak bersedih, nak slow2 kumpul semangat nak move on pun tak sempat tetiba kena kahwin. Itu sebab bila kahwin dengan sis, dia masih tak boleh nak jalankan tanggungjawab sebagai suami sis, sebab dia masih belum boleh move on. Bukan mudah nak move on dalam masa even 2 tahun.. Lagi2 isterinya meninggal mengejut, bukan nya awal2 dah sakit lama yang dia mungkin dah boleh ‘ready’ kalau ajal isterinya sampai..
Cuma yalah, saya rasa silap A juga kenapa boleh setuju kahwin je dengan sis awal2 dulu.. Tp tu lah, agaknya dia pun tak dapat buat keputusan yg rasional sebab masa tu tengah sedih sangat, so dia setuju je bila maknya cadangkan (paksa?) untuk kahwin dengan sis.. Dia pun mungkin ingat sis setuju pun sebab lebih kepada ikut cakap mak jaga hati mak dan nak jaga Ayra sebagai ‘mother figure’ . Dia ingat sis bukannya nak kat dia kot sbg suami.. So dia masih hormat sis sebagai adik ipar, tak sentuh sis selama ni..
Bila sis betul2 meluah time raya ke3 tu, rasanya dia pun baru sedar perasaan sebenar sis.. Orang laki ni kalau kita tak beritahu apa yang betul2 dalam hati kita, dorang memang tak faham.. Jadi sekarang nampak juga dia cuba nak mula nyendeng2, rapat2, jadi ramah.. Saya rasa tu permulaan yang baik.. Bagi lah dia peluang dulu.. Bantu dia untuk ‘move on’. Mungkin dia akan sebut pasal kakak sekali sekala sebab teringat contoh cam “Dia suka kuih ni..”, tapi sis cuba layankan.. Mungkin itu sebagai ‘closure’ untuk dia move on..
Selain tu banyakkan juga doa untuk Allah bagi segala kebaikan untuk sis sekeluarga..
Minta maaf, tp utk ‘bertahan’ dlm mse 2 thn tu, satu tempoh yg agak lama.. spatutnya dlm thn pertama lg awk dah ‘confront’ dgn dia.. mngkin dia kawin utk gantikan ‘ibu’ kpd ank dia, sbb tu dia x ‘sentuh’ awak, dan mngkin rasa ‘sayang’ kpd arwah kakak awk masih menebal dlm diri dia, & tak boleh terima sesiapa lagi dlm hidupnya.. tapi klaw dia faham hukum agama, secara x langsung dia telah menafikan hak awk sbg ‘isteri’ dan sedang ‘menyiksa’ batin awak sbg wanita yg normal.. sejujurnya, apabila wanita tu dah mula ‘tawar hati’, amat sukar utk memujuk, dan perlukan ‘effort’ yg sangat ikhlas dan memakan masa yg lama (klaw saya la..), klaw stakat ‘berlakon’ atau sesekali mnyendeng tu, x brp jln rasanya.. tp klaw awak masih ada rasa ‘sayang’ kpdnya, cuba la pupuk rasa tu dan bgi peluang kpdnya, utk membuktikan keikhlasan nya sbg suami.. buatla solat istiqorah, mohon petunjuk, adakah benar dia calon yg serasi dgn awk.. walau kaya dan ‘baik’ macamna pon, klaw hati tu x serasi x jln juga.. ada yg pernah kawen dgn raja yg kaya sekali pon, akhirnya dpt ‘bahagia’ dgn org biasa shj.. wallahu a’lam bissawab..
Nobody is perfect. The fact dia dah mula nak menyendeng awak maksudnya dia dah mula buka hati. Mungkin dia baru tersedar, atau mungkin dia takut selama ni awak terpaksa. Cuba bagi dia peluang, bincang lg ke mana hala tuju perkahwinan awak. Bagi both of u time to reconsider and reconnect.
Kahwin sebab cinta pun, belum tentu akan cinta dan Setia sampai ke tua, tapi.. kalau lelaki itu bertanggungjawab dan ada Ihsan, InsyaAllah dia akan jaga isteri sampai ke tua walau macam mana pun keadaan.
Sanggup perjudikan nasib demi cinta yang tak tahu akan kekal berapa lama?
Bab tanggungjawab batin: suami baru tersedar dari mimpi Dan nak Cuba berubah, bagi peluang..
Comment section is vibing great! Kami semua sependapat. Sila try pertahankan rumahtangga awak ni. You’ve got a man yg bertggjwb. Silapnya mungkin sbb masing² block diri and masih letak boundaries/blockage sbg adik/abg ipar and not more than that. Ubah setting minda. Perhaps dia malu mcm dlu sbb masa jd abg ipar pn u guys bercakap tp tak berborak. Mksdnya ada limitation. But now dh nikah sisss. Ckp la kat dia yg ngko tak kisah pn dia nk kenang arwah kakak. Tp jgn la lupa kat aku yg berdiri sebelah kau ni – di dunia. Istikharah la sis. Your life is nearly perfect. Just work it on just a lil bit more, and you’ll be more than happy. Bg peluang pd diri sis n pd suami. Jgn terus nk cerai.
Assalammualaikum Dik.. cam ni lah.akak kematian suami yg pergi secara tiba². Sakit dik..tak mudah utk terima hakikat tetiba kehilangan pasangan. 2018-2025 tapi sakitnya masih terasa. Wlw ada yg nak jadi pengganti tapi tak mudah nak terima.
Pokok ceritanya..awak dah bersabar dgn pernikahan terpaksa awak. Akak dpt bayangkan betapa awkward nya bila kalian mula hidup bersama.hehehe.. dua² mesti rasa terpaksa & dipaksa. Tapi Dik, suami tetap utamakan tggjwp dia PADA awak & anak. Tu kata² awak, kan.. bermakna dia lelaki yg TAHU tggjwp cuma tak tahu cara nak jadi suami kepada “Adik ipar”. Kekok.. sama mcm awak.
Dik, bila awak dah bersuara & suami mendadak berubah sikit..mgkn sikit sebanyak dah terjawap juga persoalan dlm diri dia. Baru dia tahu, awak juga dah mula menerima. Mgkn dia juga dah mula boleh menerima marriage kalian. Cuma masing² tak pernah bicara hati ke hati sblm ni.. jadi semua perkara jadi tergantung.
Tahniah sebab awak dah suarakan isi hati awak. Wlw dlm emosi yg tak stabil. Dlm marriage, communication paling utama, Dik. Akak dgn Arwah suami – kami bestie. Bercakap semua perkara. Terkadang bercakap mcm suami isteri, terkadang mcm gang, terkadang mcm musuh hehehe.. tapi mmg selalu bercerita, meluah.. sampai kadang² anak² pun pelik. Depa kata Mak Ayah tak penat ek?
Cuba bawa berbincang. Ajak suami pergi ke satu tempat..or ajak bercuti..tanpa anak.. berbincang lah. Bersuara lah. Luahkan lah.. in Shaa ALLAH bebaik saja akhirnya.
Akak percaya awak org baik, suami org baik. Tu mmg jodoh kalian. Cuma nak perbetulkan jalan sikit je.
Akak doakan yg bebaik saja buat kalian.
aku sedih dan kesian kat korang berdua. masing-masing tak salah. kalau berpisah itu dapat damaikan, redha.. patutnya dari awal ibubapa jangan campur dan paksa bab kawin. ayra tu boleh ja dapat kasih sayang dari mak sedara
Hai sis, sy pernah alami keadaan yg hmpir sama dgn awak… Lepas sesi luahan perasaan, 5 tahun sy bg peluang pd dia.. tp xde perubahan.. jd kami berpisah thn lepas… Tp utk awak sy rse, dia nk berubah, tlg bagi peluang pd dia.. mn tau, lepas ni bole bahagia… Ape pon, saya harap awak bahagia dgn ape pon keputusan awak lepas ni.. ❤️
awak bertenang dulu dik, bagi dia sedikit masa lagi & peluang, please.. dia terkejut tu.. dia ingatkan awak mcm xde perasaan kat dia selama ni.. so now, bagi dia pujuk awak, & awak jangan keras hati sgt.. awak & dia dua2 sangat bertanggungjwb.. suami awak tu antara jenis most wanted.. kalau bercerai pun, belum tentu awak akan jumpa yg lebih baik daripada suami awak skrg.. ketepikan, jgn bandingkan kakak awak & awak.. kalau dia boleh terima awak, just go ahead.. try g holiday berdua je tanpa anak..
Komen yang bakal kena kecam. Cuba sis pakai lingerie, pakai apron sahaja dalam rumah. Anak tu suruh keluarga awak jaga kejap. Semoga melekat.
“To break the ice, let it melt”.
Gunalah apa2 cara utk selamatkan rumahtangga. Dari cerita tu, suami seorang yg baik. Awak pun x kurang. Ajak dia berbincang secara serius. Klu buntu juga minta bantuan pihak ke-3 dgn persetujuan bersama. Sesi asing-asing pun boleh.
Walaupun perkahwinan atas keterpaksaan, bukan bermakna ianya tidak layak diteruskan. Kalau bercerai, apakah awak sangat pasti akan bahagia selepas itu?