Assalamualaikum wbt
Terima kasih buat admin sekiranya kisah ini disiarkan.
Pada asalnya fasa bercinta ni dibuat adalah untuk saling mengenali. Tapi sedarlah wahai kawan-kawan lelaki mahupun perempuan, walau berapa lama sekalipun fasa bercinta anda ianya tak akan sama dengan fasa selepas anda berkahwin. Sesetengah wanita pula ada yang terlalu taksub dengan frasa cinta selepas nikah. Tunggu dulu…takkan lah kita sacrifice our whole life begitu sahaja. BIG NO!
Perasaan cinta itu tidak salah. Ianya adalah fitrah yang suci lagi murni. Yang salah adalah orang yang bercinta. Oh by the way, saya saya memang tidak pernah bercinta. Sehinggalah ketika saya berumur 25tahun, saya diperkenalkan oleh pihak yang ketiga dengan suami sekarang and now dah ada anak sorang pun, Alhamdulillah.. In other words, my first love is my husband.
Apa yang perlu kita buat bila ada seorang lelaki yang ingin kenal dengan kita? Atau ada seorang perempuan yang kita berminat untuk kenal? Cerita ini adalah hasil gabungan tindakan-tindakan kami laki bini untuk elak bercinta sebelum nikah tapi pada masa yang sama kenal diri masing2 agar yakin dapat hidup bersama kelak.
1)Doa. Sejak aku sekolah menengah lagi aku selalu doa diberikan jodoh yang baik. Aku selalu doa agar aku terhindar dari perkara2 yang boleh menyebabkan aku jauh dengan Allah. Aku selalu doa agar aku tak diberi ujian berbuat maksiat. Aku selalu berdoa dapat suami Yang boleh terima aku seadanya sebab aku tak cantik. Tak pandai nak bergaya. Tak pandai make up. Muka pun ada jerawat, gelap pulak tu. Tambah pulak aku makan banyak, kawan2 selalu cakap aku makan macam aku bela saka. Aku memang makan banyak weh. Benda2 macam ni selalu buat aku rasa rendah diri. Mana ada orang laki yang suka bini dia makan banyak. Dah la tak de rupa, ada ke orang yang akan suka aku dan boleh terima aku seadanya. (Alhamdulillah…doa aku terjawab ketika usia aku 25 tahun..Allahuuu Allah maha besar)
2) Stalk. PERINGATAN. Dont waste your time stalking people unless you want to get married with her/him. Inilah perkara pertama yang aku buat bila ada orang yang ingin kenalkan aku dengan dia (suami aku sekarang). Well, zaman sekarang kan media sosial berleluasa. Aku mulakan dengan google nama dia maka keluarlah zaman dia pernah ada blog dulu2 dan segala apa yang ada kaitan juga akan keluar. Akaun fb, twitter, instagram. I even stalk every conversation he had with his friends. Make sure he dont know untill you both get married. Hahaha
3) Basic question. Bila lepas stalk. Aku pun bersetujulah untuk berkawan dengan dia. Seriously, kawan macam korang mula2 nak kenal kawan masa darjah satu. How was the conversation? Nama sapa? Tinggal mana? Adik beradik berapa? Kerja apa? What is hus plan in future? Just about the basic things. NO lagha2 conversation. And the most important things, nak kawan ni untuk apa? Then when you feel okey, enough for today. Stop. Look at his answer. Kalau mereka jawab, saja nak kawan suka-suka then move on. Umur 25 bukan lagi masa untuk suka-suka. If dia jawab nak kawan sebab nak cari calon isteri then you can move the next step.
4) Minta pendapat ibu bapa. Lepas aku dak kenal sikit-sikit dengan dia maka aku pun mulakan lah sesi minta pendapat dengan mak aku. I just need to inform my mother and for sure my abah will know it soon. Aku send gambar and cerita serba sedikit latar belakang orang yang aku kawan tu. and after that, abah aku pula yang main peranan. Maybe because he used to be a detective so his inquiries is quiet high. Abah tanpa pengetahuan aku telah pun ke kampung suami aku untuk duduk2 dikesai kopi sambil bertanya2 dengan orang kampung. “Kenal ke dengan bla bla bla..saya ni sedara jauh tengah cari rumah tak jumpa ni..lama tak datang sini…” (I only know about this a few monts before we both get married). Dipendekkan cerita, after abah aku dah puas hati dengan hasil penyiasatannya dengan bertanya pada orang2 kampung sekitar maka abah aku izinkan. And now we move to the next step.
5)Bawa jumpa family. Okey benda ni aku suggest kalau ko perempuan, suruhlah lelaki tu datang sorang. Kalau ko lelaki, ko pergilah ke rumah perempuan tu seorang, it will be much gentlemen. And during this time is not for both of you talking okey. Just your parents and that guy lah. Banyak benda yang ko boleh observe time ni especially lelaki. Tengok rumahnya. Tengok ibu bapa nya. Tengok adik beradik dan keluarganya. Agak2 boleh masuk tak dengan dia? Buat pengetahuan korang, suami aku datang rumah ketika kami baru sebulan kenal.
6)Bertunang. Okey kalau dah lepas semua step diatas dan ko rasa okey maka what are you waiting for? Bertunang lah kerana dalam islam, tempoh perkenalan adalah selepas korang bertunang. No need majlis grand2 lah cukup sekadar mak ko pergi sarung cincin ke jari manisnya. And after that bermula lah fasa berkenalan dengan lebih rapat lagi. Aku bertunang 8 bulan. Pada awalnya 6 bulan je tapi kena ubah tarikh sebab nak buat time cuti yang saudara mara semua boleh balik. Time bertunang memang banyak cabaran nya. Macam aku, ada lelaki yang dulu nak tanya khabar pun susah tiba-tiba je cakap rindu dekat aku. Tapi aku yakin, bila kita nak buat baik maka makin menjadi-jadilah syaitan ingin menghalang nya. I just ignore everything lah.
Akhir sekali, walau apa pun yang kita buat selalulah amalkan istikharah. Bukan untuk tentukan jodoh sahaja, masa dapat tawaran belajar, tawaran kerja, atau nak buat apa-apa pilihan sekalipun amalkan lah buat istikharah. Kadang-kadang Allah tak bagi jawapan macam muncul dalam mimpi sebab mimpi kita boleh jadi terpengaruh dengan apa yang kita fikir dan buat apatah lagi mimpi tu kadang-kadang permainan syaitonnnirrajimmm… Kadang2 dengan cara hati rasa lapang, urusan dioermudahkan, rezeki rasa senang masuk itu juga adalah tanda yang jalan yang kau ikuti itu adalah jalan yang betul. Apa pun betul kan niat dahulu, nak kahwin kerana apa? Kalau kita ikhlas kerana Allah maka apa pun kekurangan pasangan kita akan dapat kita terima seadanya. InshaAllah amin..
Conclusion nya, nak kahwin bukan boleh tangkap muat sahaja, dan bercinta tak boleh tanpa ikatan. Renung-renungkan dan selamat beramal. Okey itu sahaja yang boleh dikongsi. Harap ianya bermanfaat.
– Ummu Ameena
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit