Kahwin Atau Single?

Hai semua. Confession aku ni pendek je. Lebih kepada nak minta pendapat sebenarnya.

Aku dah tanya pendapat family terdekat tapi aku perlukan view orang yang tak kenal mana mana pihak untuk judgement yang lebih tidak bias.

Sedikit intro, aku Amazon, awal 30, perempuan.

2021 aku berkenalan dengan Netflix. Lepas lebih 3 bulan berkawan, aku decide untuk undur diri sebab dia dah mula serius dengan seorang perempuan.

Nak dijadikan cerita selepas almost 7 bulan berlalu, kami berkawan balik dan dia ajak aku kahwin. Cuma langit tak selalu cerah dan dia tinggalkan aku lagi June 2023.

Sebelum Netflix tinggalkan aku, kawan aku tanya kalau aku nak kenal dengan Disney. Masa tu aku tanya Netflix, aku patut kenal ke dengan Disney. Dia jawab kenal je la mana tau Disney tu lebih baik dari dia ke.

Aku sedih gila sebab dia jawab macam tu dan aku pun kata dekat kawan aku yang aku okay untuk berkenalan dengan Disney. Tak lama lepas tu Netflix tinggalkan aku dan aku pun menghilangkan diri.

Disney ni baik. Resume cantik. Family aku pun suka. Aku sendiri memang belum jumpa sebab untuk tolak Disney selain dari diri aku yang tak berapa nak betul.

Selepas beberapa bulan tak bertegur, Netflix contact aku balik, elok sehari selepas Disney tanya aku kalau dah bersedia untuk next step. Masa Disney tanya, aku cakap sekarang aku belum bersedia dan aku perlukan masa untuk fikir, istikharah dan jawab.

Dalam masa yang sama, sekarang aku tanya Disney soalan soalan yang biasa orang tanya semasa taaruf untuk bantu aku buat keputusan.

Netflix contact aku bukan untuk getback, tapi dia ajak aku buat aktiviti yang aku memang tengah plan nak buat. Dia tak tau pun yang aku ada plan tu. Aku buat plan tu pun selepas dia tinggalkan aku dan aku hilangkan diri.

Aku tau kalau aku tolak Disney untuk Netflix, belum tentu Netflix nak ke arah sesuatu yang serius pun dan mungkin buka ruang untuk aku patah hati sekali lagi.

Kemudian aku duduk sendiri dan fikir. Aku happy sebenarnya single. Duduk sendiri, boleh buat apa aku suka bila bila pun.

Tapi bila aku cakap macam tu family aku kata tu bukan apa yang dianjurkan agama. Agama galakkan perkahwinan.

Tambah lagi bila alasan aku untuk stay single ialah aku sekarang bebas dan tidak ada restriction selagi benda tu tak bercanggah dengan agama.

Sedikit background, aku bukan orang senang. Selama ni, aku ada keinginan yang tak tercapai. Sejak aku kerja, ada duit dan stabil, aku baru slow slow dapat merasa apa yang aku nak buat selama ni.

Kalau ditanya, aku nak berkahwin. Tapi aku tak tau aku dah cukup ready ke untuk tanggungjawab baru, hidup baru.

Mungkin bila aku kahwin, keinginan aku yang tak tercapai tu akan kekal tak tercapai sebab suami, anak semua. Aku boleh ke terima Disney? Atau aku patut berkawan semula dengan Netflix?

Atau lebih baik aku hidup single dan enjoy hidup aku (walaupun bak kata kawan aku, kau nak enjoy sampai bila? Dunia nak kiamat dah, Amazon)

Aku tanya keluarga aku, ada yang cakap kalau kau nak enjoy nanti kau ajar la Disney supaya boleh sesama enjoy. Cuma aku tak puas hati la sebab family aku dah berkenan kat Disney jadi tak aci jawapan tu.

Nak pula ada yang nampak betapa teruknya aku broken masa ditinggalkan Netflix jadi ada yang anti Netflix walaupun tak kenal dia.

Jadi pendapat yang aku perlukan kat sini, adakah aku salah kalau akhirnya aku malas fikir semua benda dan jadi manusia single yang bahagia? Walaupun aku tau salah tolak lamaran orang baik tanpa sebab yang kukuh.

Atau adakah aku patut ikut saranan keluarga aku dan proceed dengan Disney? Macam mana nak ukur tahap kesediaan aku untuk komitmen?

Jasa anda amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

Pesanan ikhlas: kalau ada yang kenal aku based on article ni diam diam je ye. Jangan la beritahu aku yang kau tau ni aku. Diam diam je ye aku segan. Thanks.

– Amazon (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Salam cik Amazon .. Memang dalam Islam digalakkan untuk berkahwin .. Tapi perkahwinan tu sendiri ade hukum2 nya .. Biasalah mentaliti org2 yg dah berusia ni mmg dalam takuk yg lama (perempuan tak kahwin , dipandang serong , jadi anak dara tua) .. perkara biasa .. Cik Amazon boleh la berhujah kepada ibu bapa tentang hukum2 perkahwinan dalam Islam .. Wajib , Sunat , etc .. Bilakah perkahwinan tu jadi hukum Wajib , bilakah perkahwinan tu jadi hukum Harus , etc ..
    sekian pandangan sy …

  2. Setuju dgn komen sebelum ni. Kawin tu x wajib kecuali utk situasi tertentu cth xbole control nafsu. Silap besar kawin semata ‘semua orang kawin’ atau ikut norma masyarakat. Lgpun saya percaya kalau Allah nk bagi, jodoh tu akan sampai. Tolak terima lamaran adalah hak kita, x salah pun tolak sebab tak bersedia atau tak ada perasaan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *