Kahwin Cerai

Assalamuaaikum, ini merupakan confession aku yang ketiga. sebelum ni dengan tajuk lain, aku jadi suka menulis confession bila aku baca komen-komen tak kira positif atau negatif. Aku sentiasa amik dalam keadaan yang positif, sebab pada aku setiap orang buka sama jalan cerita hidup mereka, ada yang boleh memahami ada yang tak. Stuktur bahasa aku agak berterabur dan mungkin ada typo, harap-harap faham dan maafkan aku. Berbalik pada topik.

Sebenarnya kisah aku kali ini lebih pada fobia atau takut. Aku sendiri pun tak boleh digest apa yang keadaan yang aku alami. Aku datang dari keluarga yang biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, kami sekeluarga masih tenang. Tapi itu hanya keluarga kecil aku maksudnya dari mak ayah sampai adik aku yang bongsu. Bila masuk keluarga besar yamg termasuk pakcik makcik semua, macam-macam hal boleh cerita. Paling comman ialah masalah rumahtangga kakak dan abang supupu aku. Aku ceritakan satu-satu ya.

Pertama sekali, kisah abang sepupu, aku gelarkan namanya Ali. Ali ni yang aku nampak lelaki yang baik, kiranya untungla siapa dapat dia ni. tapi apa jadi lepas beberapa tahun kahwin, isterinya control duit dia, anak terabai. last sekali pilih jalan becerai, masing-masing baru berumur 30an.

Kisah kedua, kakak sepupu aku, berkenalan dengan husband dia dari laman facebook. Bila dah kenal-kenal rupanya jiran sekampung. Berkenan dan berkahwin la mereka. Iyala, adat ujian rumah tangga. Aku tak tahu apa masalah antara husband and wife sampai satu masa kami diberitahu dorang dalam proses bercerai tetapi, kakak sepupu aku tengah pregnant anak sulung mereka. Penceraian mereka berlangsung lepas settle bersalin dan yang paling sedih, bekas suaminya tak tengok langsung anak mereka. Anak tu dijaga oleh keluarga pakcik aku. Umur kakak sepupu aku lingkungan 26 tahun.

Kisah ketiga, kakak sepupu aku juga, tapi ini sebelah mak aku. Aku gelarkan siti. Ceritanya siti ni dulu pensyarah di sebuah universiti swasta, lepas tu berkenalan dengan seorang lelaki ni. Rupanya satu universiti dekat utara tanah air dulu. Cumanya waktu belajar dulu tak kenal. Dalam proses berkawan tu akhirnya sangkutlah sampai kawin. Sanggup berhenti kerja sebab ikut suami. Ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari. Baru beberapa bulan kawin, lelaki tu buat hal. Apa yang aku diberitahu, lelaki tu hidup mewah atas pinjaman ahlong. Mana taknya, baru kawin kakak sepupu aku dah dapat rumah 3 tingkat dekat selatan tanah air. kereta mewah. kami sepupu yang duk cakap untungnya kak siti dapat lelaki macam tu, basuh kaki je masuk rumah. Sebelum kawin semuanya nampak indah, pijak semut tak mati. Adik beradik lelaki tu pun cerita abang nya ni baik belaka. Padahal, siti kena hadap macam mana ahlong datang rumah cari dia. pernah kena pukul dengan husband dia. Tak masuk setahun umur perkahwinan mereka dah bercerai. dan lelaki tu dah pun kawin lain dan mungkin mencari mangsa baru. Waktu ni kakak sepupu aku umur dalam lingkungna awal 30an sebab dia pun kawin lambat padahal dia cantik kut. kerja-kerja rumah pun pandai buat.

Kisah ketiga, abang sepupu aku, kisah ni dah lama. dulu waktu abang sepupu aku ni nak kawin, maknya sanggup gadai barang kemas nak buat belanja kawin, sayang betul. Lepas kawin, kene control dengan wife tak jenguk mak langsung dan dah ada 2 orang anak, at last bercerai. Abang sepupu pun dah kawin lain, anak dengan isteri baru umur nak masuk setahun dah. umur abang sepupu aku lingkungan 30an waktu bercerai dengan first wife dia. Sekarang abang sepupu aku dah berubah. lebih bertanggungjawab dengan makpak dia.

Kisah keempat ni bukan dari keluarga aku, tapi dari kejiranan dan merupakan kawan kakak aku. aku gelarkan dia sarah. Sarah ni alim baik, dah berkerjaya. kiranya kalau zaman sekolah dia dengan kakak aku, dia ni ketua pengawas la dekat sekolah agama. Dapat pulak suami ala-ala ustaz gitu, serious tak tipu. Suami dia ni ada rupa. Perkahwinan mereka pun bergolak. Isu orang ketiga. Suaminya sampai abaikan tanggungjawab dekat anak-anak padahal punyalah warak, tahu hukam hakam. At the end dapat tau, ada perempuan lain. Bercerailah mereka dan Sarah yang jaga 2 orang anak mereka. waktu ni umur Sarah 27 tahun.

Kisah kelima sama kisah keempat, bukan dari keluarga aku, tapi dari kejiranan. Aku gelarkan akak ni mas. Mas ni anak sulung dalam keluarga. Mas ni kawin dengan askar. Setelah dikurniakan 2 orang anak mereka berpisah. Berkenaan ni aku tak tahu sebab apa. Umur mas sekitar awal 30an.

Jadi, itu sedikit sebanyak sebab kenapa aku takut untuk mempunyai sesuatu hubungan yang istimewa dengan lelaki. semua kisah-kisah yang aku cerita sentiasa bermain difikiran aku. Sejujurnya aku ada berkawan dengan seorang lelaki, aku gelarkan dia abu, dan tahun ni merupakan tahun ke9 kami berkawan. Kiranya berkawan sejak zaman sekolah. masing-masing dah tahu latar belakang keluarga masing-masing. dan abu ni juga banyak kali sampaikan hasrat nak memperisterikan aku lepas aku tamat ijazah nanti.

Aku jadi takut untuk hadap semua tu. Jujur juga aku cakap abu ni baik orangnya. tapi ye lah. kita tak tau akan datang macam mana. Sebaik-baik ustaz pun main kayu tiga. Contohnya kisah keempat tentang Sarah tadi. Tapi aku takkan judge semua orang adalah sama ya. Abu ni juga anak sulung, jadi tentunya keluarga dia dah bersedia menerima menantu. Banyak kali juga aku dah pesan dekat dia, suruh cari lain dan jangan tunggu aku. Tapi abu ni degil. aku dah cakap aku tak sedia. dia kata, boleh tunggu 4 tahun lagi. lepas aku habis belajar aku nak stablekan ekonomi aku, nak bantu mak ayah aku. Aku jadi risau. plus aku takut nak hadap. aku takut antara kisah-kisah yang aku cerita tadi ada terpalit dekat aku. Aku tak pasti ini fobia untuk berumah tangga atau takut. tapi perasaan aku mengatakan aku ni takut.

Dengan abu ni pun ada juga kisahnya. Disebabkan aku dan Abu ni hanya memegang title kawan sahaja, kerana aku tak minat nak couple maple ni, dia juga pernah buat aku sedih. Dia pernah ada perempuan lain waktu aku busy tak contact dia berbulan-bulan, dah dia pun tak cari aku. sampai satu tahap nak bertunang tapi tak jadi. Tapi perempuan kan, aku ni hati lembik sangat. atas dasar sayang aku maafkan dia, dan kami tenga baiki hubungan kami. aku tak minta pun untuk berada dalam situasi ini. Aku harap ada pengakhiran yang baik untuk aku. Penting juga aku nak bagitau, aku tak tolak qada’ dan qadar Allah. semua yang jadi ada sebab. Apa pendapat yang lain tentang hal aku.? Maafkan aku, doakan aku. Terima kasih.

– Qashaf

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *