Kahwin dan Belajar

Hi and assalamualaikum..

Macam tajuk yang dekat atas sis nak kongsi pasal “kahwin dan belajar” , is it easy? Tipu la kalau pasangan bercinta dekat luar sana tu takde rasa nak kahwin muda, kahwin masa belajar or whatsoever yang orang panggil sekarang yang boleh kata macam ramai sangat orang kahwin awal..

Yes it’s good tapi jangan fikir seronok je, sebab once dah melangkah masuk ke alam perkahwinan it’s not about fun and enjoy. It’s more about responsibility, tolerance, patience and also time management, hampa ingat senang ke kahwin time belajar?

Hampa ingat mak pak hampa nak tanggung hampa lagi? Eh dah jadi bini orang laki orang tak kan nak minta duit dengan mak pak lagi, bukan setakat malu tapi tanggungjawab tu dah ada. Susah senang hampa dengan pasangan hampa bukan libatkan mak pak.. i got married when i was 22 (takde la gatal sangat nak kahwin) tapi it was unexpected, sebab tak terlintas pun akan kahwin umur macam tu.

The power of du’a tu betul, setiap kali lepas solat aku doa pada Allah “Ya Allah sesiapa je yang masuk mintak aku lepas ni aku akan terima”(ni pasal selalu kecewa) dan tak lama lepas tu Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidup aku yang boleh kata kami kenal tak smpai setahun, takde bercinta bagai mak pak dia datang merisik 6, 7 bulan lepas tu kami kahwin. Kalau Allah dah kata tu jodoh kita nak buat macam mana kan.

Kahwin dan belajar dari situ banyak yang aku belajar. Tak senang untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri dan juga seorang pelajar. Kami pjj tak duduk sama even sampai sekarang (tak habis2 lagi belajar). Tapi alhamdulillah Allah tak uji kami dengan perempuan atau lelaki lain dalam perkahwinan kami tapi Allah uji kami degan rindu dan sejauh mana kami yakin padaNya.

Kalau hampa rasa tak ready nak pikul tanggungjawab jangan gatal nak kahwin. Tak senang nak belajar dan kahwin. Kahwin tu bukan macam main masak2 kahwin tu bina satu masjid yang asasnya kena kukuh.. Jangan hanyut dengan perasaan sebab hampa masih lagi ada tanggungjawab sebagai anak yang mak pak hampa nak tengok hampa berjaya (tu la yang aku pegang selama hari ni). Bila dah kahwin ada la makcik2 bawang tanya “bila nak ada anak?”.

Mula la si isteri ni nak stress dengan soalan makcik bawang ni. Biasa la kalau tak kahwin tanya bila nak kahwin, kalau dah kahwin bila nak ada anak (typical soalan). Tipu la pasangan mana tak mahu anak kan tapi kena sedar yang diri masih belajar, tapi Allah uji kami dengan hadirkan zuriat dalam perkahwinan kami. Sedang aku belajar nak habiskan final semester aku tahu aku pregnant (sekarang aku berjauhan dengan puteri kesayangan), ingat senang ke?

Hampa ada anak tapi hampa kena tinggal anak hampa dekat kampung sebab kat sini hampa sorang2, tak mudah.. aku tinggalkan puteri aku waktu umur dia 2 bulan. Dia tak kenal pun sape mak dia, tapi tu je aku mampu. Pengorbanan yang aku terpaksa lakukan untuk laksanakan tanggungjawab aku, tanggungjawab sebagai pelajar yang masih aku pikul.

Ulang alik balik ke kampung tu perkara biasa, berpenat atas jalan, balik siapkan assignment, test, quiz tu dah sebati. Penat tu dah jadi perkara biasa sampai aku rasa aku boleh buat semua ni sebab tu aku ada kat tempat aku sekarang ni.

Jangan kerana cinta, perkahwinan pelajaran tu diabaikan. Jadikan pelajaran tu sebagai prioriti kerana walaupun pelajaran tu bukan tali pengukur untuk kemewahan hidup seseorang tapi pelajaran tu adalah tali pengukur kepada ilmu seseorang.

Tak dapat tengok anak membesar depan mata, berjauhan, rindu, menangis tu perkara biasa tapi hati kena kuat sebab kahwin waktu belajar itu adalah pilihan yang aku buat. Kalau hampa rasa dah ready nak hadapi semua tu, segala dugaan, sila la bina masjid. Semua terletak pada diri pada hati bukan pada mulut makcik bawang.

– Cikbungaa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *