Kahwin Dua

Tak berniat merampas cuma menumpang kasih sahaja atau dah jodoh kene terima takdir yang ditentukan. Ayat yang paling kerap didengan untuk kawin lagi satu. Saya bukan lah menentang poligami cuma bila kebanyakan situasi poligami menunjukkan ketidakadilan menyebabkan rase menyampah .

Ayah s merupakan ahli perniagaan yg berjaya. Kerana kesibukan urusniaganya dia kerap outstation. Kami adik beradik dan mak dah biasa , kadang2 seminggu 3 @ 4 hari sahaja bersua. Mak seorang berkerjaya , dan cekap menguruskan hal rumah. Peristiwa berlaku ketika saya menuntut di utara tanah air. Satu hari seperti biasa saya balik bercuti, tiba di rumah saya dapat rasakan mak kelihatan kurang sihat. Malam tu saya tnya mak sakit ker, tiba-tiba sahaja mak menangis , air mata berhamburan tapi tiada suara yang keluar dadanya ditekan seolah menahan kesakitan yang amat dalam. Sehingga ke hari ini saya masih boleh ingt dengan jelas wajah mak pada ketika itu.

Rupanya barulah saya tau, ayah telah membawa mak ke pejabat agama untuk meminta kebenaran berkahwin sekali lagi malah siap mintak peg agama kaunseling mak suruh bagi izin. Mak masa tu terpinga2 tak tau apa- apa. Mak tanya ayah kenapa nak kawin lagi satu, jawapan ayah dia mampu dan dah jodoh ditentukan Allah jadi mak kene redha dengan ketentuanNya. Patutlah dalam sebulan dua sebelum ni ayah kerap beri duit belanja lebih pada saya sebab nak bodek anak2 dulu. Hari2 ayah pujuk mak dan mak pula hari2 menangis dan akkhirnya mak mengalah dan izinkan.

Maka bermulalah kisah hidup kami yg bermaktirikan umur 4 tahun tua dari saya. Mak merupakan wanita paling tabah , mak kerap meningatkan ayah giliran yer utk ke rumah mak tiri,kerana sibuk bekerja kadang- kadang ayah lupa. Saya pun x faham mase nak kawin beria bila dah kawin boleh lupa pulak. Setiap kali tiba giliran mak akan menyiapkan beg baju ayah saya dan barang2 keperluannya yang lain. Dihantarnya ayah saya sehingga ke pintu kereta, siap lambai dengan senyuman. Sebaik sahaja kereta ayah hilang dari pandangan. Mak akan masuk bilik dan menangis semahu- mahunya. Itulah rutin mak sejak mempunyai madu.

Hubungan ayah dengan mak tiri x lama , kerana mak tiri x tahan dengan jadual kerja ayah yang sibuk serta dia kerap mengeluarkan kata- kata kesat pada ayah. Akhirnya ayah x tahan dan menceraikan mak tiri , oh dan kami ade adik tiri umur 3 tahun.

Saya faham disini untuk berpoligami perlulah adil dalam segala hal dari segi kewangan , masa dan kasih sayang. Tetapi percayalah mereka yang kaya raya kebanyakkan yer tidak mempunyai masa yang banyak kerana terlalu sibuk bekerja. Jika masa untuk keluarga sendiri pun kurang apatah lagik jika dah buka cawangan 2 ,3 atau 4. Sahabat saya ramai yang merupakn isteri no 2 @ 3. Mereka selalu merungut kerana suami sibuk kadang- kadang 2 minggu tak berjumpa langsung. Well sepatutnya sebelum kawin dah patut tau kesannya bila kawin dengan laki orang. Saya yang bujang ni jugak takde perempuan nak dengan alasan mereka nak suami yang stabil dan segi ekonomi dan kalau boleh kawin nanti senang.

Bagi saya tak salah berpoligami, dalam Islam pun dibenarkan tetapi sebelum itu fikir dan renungkan sama ada kita betul2 mampu atau tidak. Jangan ikutkan nafsu semata sebab itulah semua binasa. Bukan sahaja isteri, malah anak- anak pun turut menjadi mangsa. Hubungan serta pandangan anak kepada ayah akan berubah serta merta bila ayah nekad untuk menduakan isterinya. Sekian.

– Adam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit