Assalamualaikum…
Aku Bebel. Terima kasih kepada yang sudi membaca dan tak kurang juga yg komen dalam confession aku yang lepas (https://iiumc.com/kahwin-nak-elak-maksiat/). Sebenarnya, aku dah lama perasan ada segelintir yg kurang bersependapat dgn aku. Tapi aku okay je sebab..well biasalah tak semua kata2 dan perasaan kita difahami orang lain kan, lagi-lagi strangers. Sampailah aku terbaca 1 confession dari cik ‘Aria’, yg mana dari apa yg aku faham dia explain kpd pmikiran spt aku which like tak encourage orang nak kawen, even utk elak maksiat demi redha ALLAH. Aduhhh..
Jadi, kat sini aku ingin jelaskan bahawa confession aku yg lepas..aku nak highlight niat kawen and maksiat tu itself, bukan aku tak sokong orang kawen..hope jelas. Dan sebenarnya title yg aku tulis lain, tidak seperti dipublish. Aku eja kahwin tu mulanya..’kawen’ dan min betulkan, TQ. Tapi aku ada letak tanda soal (?) di hujung title aku, maybe masa min edit title aku..dia terdelete tanda soal tu..so title dia adalah persoalan yg aku ingin kita semua fikir..berbunyi..”Kahwin Nak Elak Maksiat?”. So persoalan ni, aku bertanya..adakah kahwin satu2 cara utk elak maksiat? Ok kali ni, aku tak nak bebel dah tp aku akan ceritakan apa yang terjadi di sebalik persoalan aku di atas…
START…
Aku dan Jana bertunang hampir 2 thn. Ok kenapa lama sgt bertunang? Selepas bertunang, aku dihantar oleh company dimana aku berkerja ke luar negara atas alasan KERJA selama setahun lbh. Jadi, pertunangan kami ditangguhkan beberapa bulan dari tarikh sebenar.
Long story short, Jana kantoi dgn aku ada lelaki lain. Bukan sekali tetapi berkali2. Weh!! Aku kat oversea, KERJA, bukan foya2. Aim aku time tu utk hidup dgn dia, beri keselesaan utk dia..and kerja di sana hanya SEMENTARA. Dan paling menyedihkan, aku setia dgn dia! Walaupun aku ada rupa, gaji aku besar, aku mmg setia dgn Jana, kenapa? Sebab aku dah tekad she is the only girl in my life, tu sebab aku melamar and bertunang dgn dia.
Tapi tidak utk Jana. Aku pun tak tahu kenapa dan mengapa Jana bersikap begitu, walhal dia awalnya aku kenal sbg seorang perempuan yang baik, tutup aurat dan solat. Mmg tak dpt berfikir aku jadinya. Dgn aku jauh dari family lg. Buntu weh! Kemain bersungguh aku kerja time tu semata2 utk ada better life antara aku dan Jana. DOWN.
But, 3 bulan sebelum tarikh nikah aku dan Jana, Jana minta putus sebab dia nak kawen dgn lelaki lain. And aku masih di oversea. Tersepit weh masa tu. Kenapa aku tak balik? Sbb situasi kerja time tu, pjg pulak nk cerita nnt. Mak aku pulak dah prepare mcm2 utk perkahwinan aku. Nak gila weh aku kat sana. Sebaik ada kawan2 la aku masih ada sedikit semangat.
Jadi, aku mmg sokong org nak kawen ni, sbb dari cerita aku ni pun..aku pun ada niat nak kawen kan. Takkan sbb aku jauh reason dia utk curang or xblh elak maksiat? If aku dekat pun masih belum halal..still kena elak maksiat juga kan? Ke mcm mana Jana?
Tapi Jana tak berhenti setakat tu. Alhamdulillah dia selamat nikah dgn pilihannya. Aku pun dah selamat pulang ke Malaysia waktu tu, dan dinaikkan pangkat. Alhamdulillah. Malangnya si Janam ni masih cari aku selepas beberapa bln nikah. Tiberrrr! Dia ckp dia sayang and still nak berhubung dgn aku. So aku nak tanya korg, patut tak aku masih berhubung dgn dia even as a friend?
Bagi aku, aku mmg tak ready nak lepaskan dia disaat dia minta putus, sbb aku mmg syg dia, aku nak kawen dgn dia. Aku dah separuh gila kat oversea dan cari kekuatan sebelum aku balik Malaysia..tetiberr Jana ni nak kawan dgn aku lepas dia dah kawen. Time tu aku rasa mcm Jana main2kan aku, kejap syg, kejap tgl, pstu syg balik, pstu kutuk2 aku, pastu nak kawan dgn aku balik? Mmg lelaki tak ada perasaan? Btw, aku tak berdendam, tp aku masih sayangkan dia..boleh ke aku syg bini org??? Jadi, aku takut..aku and Jana menghampiri kpd perkara tak baik, yelah aku pun bkn malaikat and aku pun nak redha Allah. So aku fikir better aku jauhkan diri dari dia. Yes, aku tahu mesti ada yg akan ckp..”lek arr bro, dia nak kwn je pun, nak berbaik dgn kau”. Yes tu blh diterima. Tp hati aku belum baik and aku kenal dia as well as aku kenal diri aku. Sbb aku tak nak aibkan sesiapa, so tang tu aku simpan. Skali lg aku highlight, aku bukan malaikat and aku pun berusaha nak redha Allah. Ok.
And yg aku rasa bersalah dgn suami dia, Jana cari aku tanpa pengetahuan suami dia. Jadi, aku makin tak faham Jana sebenarnya nak kan aku or suami dia? Dia dah buat keputusan nak kawen and tinggalkan aku, so supposedly aku dah tak ada dlm hidup baru dia. Now aku rasa dia patut focus pada keluarga and taat kpd suami dia..tp ini yg terjadi. Mybe tak bahagia? Itu bukan masalah aku dah. Aku and Jana kenal lbh lama dari Jana kenal suami dia, dan kami amat rapat. So tu yg buat aku sure, she and I can’t just be a friend. Mybe yg lalui mcm aku lalui akan lbh faham apa yg aku maksudkan. So aku ambil langkah selamat utk tidak jadi org ketiga dlm hubungan baru Jana.
Yg nak elak maksiat sbb cari redha Allah, Alhamdulillah..aku pun nak weh. Aku mmg nak kawen, tapi dah jadi mcm ni, so aku anggap belum jodoh utk aku..and aku respect sgt org yg niat nak kawen, go on. Kawen ni mmg 1 perkara yg mulia dan dibenci syaitan, teruskan ok. Tapi jgn jadikan kawen satu2nya alat utk mnutup maksiat tu or kotorkan perkara mulia ni dgn buat benda2 yg Allah larang dlm perkahwinan. Kahwin tu mmg elok, tp pondan and lelaki nak berkawen…apa cer? Elok tak perkahwinan tu. SO tlg jgn slh erti message aku. Macam cik Aria ckp lah, ujian kita lain2 tp curang sampai ke pelamin tu ambil steps and decisions yg besar dan banyak. Aku blh maafkan dia curang, mybe tak sengaja. Tapi ada ke kes tak sengaja kawen? Or terkawen? Mcm terjatuh lalu terkawen, blh gitu?
Dan recently, ada a girl approach aku..kenal dia dari zaman belajar dan aku pernah suka dia. Kira hot girl la kat kampus aku time tu. Tapi aku fikir..agak2 perempuan ni mcm Jana or Janam, ke jahanam? Ok, bukan nak fikir buruk..tapi aku tak blh tipu diri sendiri, AKU TRAUMA. Tak give up, tp careful this time..take it slow and safe. So now aku berdoa je pada Allah tntg jodoh aku, sampai skrg dia tak tahu aku suka dia..so gais nampak tak aku pun struggle to move on and wake up T_T. Tak semua org sama kan jln ceritanya. Maafkan aku kalau salah bahasa, hati dan jiwa aku masih rabak, aku cuba dah tulis sehabis baik supaya tak ada dah yg terbelit baca. Korg doakan aku kuat dan jumpa jodoh yg baik.
Kpd cik Aria,
“Sudi tak cik Aria kawen dgn sy? If dah kawen, cerai dulu dgn suami. Lepas sebulan kita kawen, sy nak get back dgn bekas tunang sy. Then later if sy bosan, sy cari perempuan lain. Cik Aria sudi? Sbb sy kawen pun nak elak buat maksiat secara haram je, tak lebih. Ok ke tu Cik Aria?”
Marah atau suka if cik Aria dpt kata2 di atas..ini lah yg sy maksudkan dgn ‘kahwin yg semata2 nk tutup maksiat, instead of nak dpt redha Allah’. Sy faham cik Aria nak bgtahu kahwin sbb nak elak maksiat demi redha Allah tu bagus, tp ada situasi dan golongan yg mmg dia nak puaskan nafsu dia semata. Contoh yg sgt jelas..pondan n lelaki nak berkawen tu la. Dan betul ckp cik Aria tu..ujian kita lain2, harap cik tak diuji mcm sy la ye? Tapi later kalau diuji nanti, confess la kat iium ni, sy akan komen to motivate cik Aria on how to move on. Because u don’t know hard a person struggles dgn manusia ‘acah2 elak maksiat versi tak cari redha Allah’. Peace.
So gais, jom komen..apa cara lain utk elak maksiat sebelum parah? Mybe kita blh bantu org yg nak berubah tp tak tahu cara/mula, dari kita membawang judge org (kan cik Aria pesan jgn JUGDE..huhu). Assalamualaikum.
p/s: nama watak dan jln cerita diubah/tak details demi mnjaga aib, highlight pengajaran agar kita tak buat bnde yg sama.
– Bebel
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit