Assalamulaikum min.
Dah 2 kali aku cuba nak taip tapi tak habis. Kalau admin nak post , boleh post. Thankyou min.
Aku kenal kan diri aku sebagai D. Semester terakhir yang sedang praktikal. In shaa Allah bulan 10 ni aku akan dapat segulung ijazah dalam bidang engineering. Umur aku 23tahun.
Dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Tidak susah tidak senang. Tapi hidup aku susah. Kenapa aku kata susah ? Sebab dari zaman aku belajar dari sekolah hingga la zaman universiti semua aku sendiri. Usaha sendiri. Duit sendiri. Dengan bepandukan hanya duit ptptn tu sahaja aku hidup. Duit tu la untuk bayar yuran, duit tu la untuk bayar sewa rumah dan juga duit tu la untuk bayar segala gala. Hanya yg begelar student saja tahu cukop atau tidak. Aku struggle untuk cukopkan duit ptptn tu. Mana parents aku? Aku ade adik beradik yg masih bersekolah. Aku tak pernah mintak ape ape dari parenta aku. Sebab kalau aku mintak, akan menjadi persoalan bagi mereka. Tatkala ak tgok parents org lain akan ckp , ” kalau bab makan jgn bekire , makan je”. Tapi aku lain. Dari zaman sekolah aku biasa hidup bedikari. Kerja sambil belajar tu biasa.
Bulan lepas aku begelar tunangan orang. Aku bukan nak puji tunang aku min. Tapi aku besyukur sangat. Tatkala aku tengah hidup susah, dia sentiasa ada dibelakang aku suport mcm2- min. Bila dia nmpk aku takda duit, dia akan hulur walau pon tak byk. Tatkala aku menangis tgh malam sebab aku fikir mana nak cari duit beli laptop, dia sanggup support walaupon masa tu dia pon tak banyak duit. Dia setaman dengan aku min. Family kami saling kenal. Dia kerja sendiri tp alhamdullilah setakat ni rezeki dia tak pernah putus sampai kan dia mampu kumpul lebih 20k dlm masa 2 tahun ni.
Konflik nya disini min , aku belajar di satu universiti yg jauh dari rumah. Jujur aku kata min , aku sebenarnya lagi bahagia jauh dari family aku. Bila aku balik, ada sahaja yg tak kena dgn aku dimata mak aku. Bila praktikal ni nasib aku tak baik sebab aku dpt praktikal di area rumah aku. Dari awal ak dah fikir mesti akan ada je pagaduhan antara aku dan mak aku. Kami bukan begaduh mulut min. Tapi masing2 bemasam muka. Aku lebih suka diam dari aku mengeluarkan katakata yg akan menjadi satu dosa.
Sebulan sebelum betunang, aku bemasam muka dgn mak aku atas sebab yg sangat remeh. Masa tu aku tekad aku nak keluar dari rumah ni. Aku stress min. Balik kerja badan letih balik rumah betambah letih dengan sikap mak aku. Masa gaduh tu , ak ckp terus terang biar aku keluar dari rumah ni dari begaduh bepanjangan. Aku cakap aku akan betunang dan akan bekawin bulan 12 ni. Masa tu baru aku nmpk mak aku mcm belembut sikit. Tapi aku tetap dgn pendirian aku.
Bulan lepas aku dengan rasminya betunang. Tapi bukan seperti pasangan lain. Tatkala family tunang aku dtg merisik lain drama mak aku bt. Mak aku menangis min. Dia ckp dia berat nak lepas kan aku. Aku ni takda apa. Duit pon takda. Nak merasa duit aku dlu. Nak aku kerja dlu. Aku masa tu malu sangat min. Malu sebab mak aku yg jemput diorg dtg , tapi layanan sangat teruk. Aku besyukur min sebab ayah aku senang. Simple. Tatkala bincang soal hantaran , ayah ak dah tny aku dlu. Nak hntran berapa. Aku ckp jgn letak mahal2. 10k dah. Masa betunang tu, mereka bincang pasal hantaran . Ayah aku ckp bagi 10k dah cukop. Aku lega min dgr. Tiba tedengar suara mak aku cakap,” mintak la lagi . Sikit sangat tu”. Tapi ayah aku bt2 tak dengar. Alhamdulillah. Selesai soal hantaran , bincang mas kawen, mak aku dengan lantang ” 2Ribu “. Allahu. Total semua 12k min . 12k tu tidak menjadi masalah min sekiranya kami takda komitmen . Kami tgh plan nak bt rumah sndri .
Lepas sahaja sesi betunang tu tanpa sebarang majlis , tanpa sebarang acara sarung cincin. Mak aku hny letak sahaja cincin atas meja dan ckp nah cincin. Family tunang aku sangat tekejut drngan sikap mak aku masa tu sebab mak aku bukan org yg takda agama. Mak aku boleh ibarat muka masjid. Keesokan hari nya, aku tegur mak aku. Kenapa menangis2 depan diorg. Kenapa letak mas kawen sampai mcm tu skli. Tapi lagi sekali min. Tak guna aku cakap sebab mak aku guna hukum ape hukum melawan cakap mak. Aku diam min dan aku biarkan dia dengan 12k yg dia mintak tu. Dan sehingga la kini mak aku masih bemasam muka.
Cukop soal itu. Sambung pulak dengan kakak aku yg sepatotnya kawen bulan 3 lepas. Tapi disaat akhir 2 bulan sebelum tarikh , laki tu ckp takda duit. Kau bayangkan min , lagi 2bulan nak kawen tapi duit satu sen pon takda. Panjang cerita mereka sampai putus tunang dan sampai la skrg sambung tunang balik dan tiba tiba mak aku cakap nak bt sekali kendri dengan aku. Aku tak dapat bayangkan min , ape perasaan kau min, bila kau nak kawen , tapi kau kena support sekali kakak kau kawen sebab tunang dia takda duit . Aku rusing min. Bukan aku tak kesian dkt tunang aku. Tunang aku sendri rasa dianaiya. Dulu dia renovate rumah aku 100% tanpa untung yg tinggi ingtkan bila kawen mak aku boleh budi bicara. Tapi mak aku lagi tekan dia dengan 12k nak support kakak aku skli. Aku taktahu la drama apa lagi min akan jadi bila aku persoal kan hal ni.
Sebelum aku bt keputusan nak kawen tu min , aku dah tepk2 dimana aku nak kerja tolong tunang aku. Kebetulan min, mak tunang aku akan berakhir satu tender di satu sekolah tahun ni. Aku plan nak sambung tender tu tapi atas nama tunang aku. Dan kebetulan juga mak aku kerja di sekolah tesebut juga. Dan sangat rapat dengan guru besar. Aku pernah tny mak aku , aku cuma mintak tlg sikit sahaja, mintak tlg dia rekemen kan aku dkt guru besar untuk ambik tender tu. Tapi mcm biasa min, persoalan nya tetap duit. Mak aku takkan tolong langsung bab duit, bab modal , even nak dptkan tender tu pon mak aku takkan tolong. Sedih hati aku min. Zaman aku belajar aku cukop susah tak mintak langsung duit dia . Terkadang aku tefikir , kenapa aku dilahirkan begini ? Ape sebernarnya salah aku sehingga mak aku begini.
Harihari aku doa min , permudahkan urusan aku . Murah kan rezeki aku. Lembut kan hati mak aku. Doa semua nya selesai min sehingga aku dapat keluar dari rumah ni min.
– D
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit