Sebagai seorang yang semakin menginjak dewasa dan sudahpun berkahwin, aku rasa perkahwinan bukanlah untuk semua.
Perkahwinan tu ibadah sekiranya kita betul-betul memahami peranan masing-masing sebagai seorang suami-isteri atau ayah-ibu.
Tapi macam mana kiranya kalau kita kahwin sebab orang lain pun kahwin atau sebab mak ayah dah jodohkan?
Kalau kedua-duanya ada niat ke arah jalan yang betul ; saling berusaha menjadi suami-isteri atau ayah-ibu yang lebih baik, then it’s good.
Tapi kalau salah seorang atau kedua-duanya sejenis ego apatah lagi kalau ada sikap Narsissistik, maka jahanam lah rumah tangga kau!
Kalau terhenti dengan penceraian, penderitaan terhenti dah kat situ.
Kalau tak? hidup lah pasangan tu dengan dengan segala ketoksikan yang akhirnya bagi kesan buruk yang mendalam kat anak.
Kalau anak tu “aware” Alhamdulillah. Kalau tak, maka berantailah masalah.
Orang putih kata, “hurt people hurt people, heal people health people”
Bagi aku lah, kalau hidup korang semua okay cuma jodoh je tak jumpa lagi, pilih lah baik-baik.
Kalau rasa boleh hadap cabaran, pastikan sekurang-kurangnya pasangan tu seorang yang ada misi & visi untuk keluarga yang bakal dibina.
Bukannya nak repeat balik apa mak bapak masing-masing buat.
Banyakkan membaca dan tambah ilmu supaya tak Tertipu dengan orang yang kononnya terlebih makan garam.
Kebanyakannya cuma nak rewrite story diorang balik. Tak salah nak dengar tapi kau sendiri kena cari ilmu dari sumber sahih supaya kau boleh tapis.
Aku bagi contoh mak bapa puaka (toksik) yang nak rewrite story diorang balik.
a) Diorang nak anak diorang kahwin sebab diorang nak cucu je. Sebab masa anak-anak diorang kecik, diorang kerja bagai nak rak. Anak-anak bagi atok nenek jaga.
So sekarang diorang nak tebus balik. Aku tak cakap pada yang betul-betul struggle cari duit.
Ni yang sejenis tak cukup-cukup dok hadap harta dunia.
So bila diorang dapat cucu, dibuat cucu macam anak sendiri. Kalau ajar benda baik-baik tak apa jugak lah. Ni perjudikan budak tu demi nak gula-gula kan budak tu.
Mak bapa seolah macam tak ada hak nak atur anak. Kalau rela lain cerita.
b) Bagi mak bapak atau bakal mertua yang Narsissistik, perkahwinan anak ni cuma penyambung kepada aktiviti ketoksikan diorang tu je.
Jadi, dalam nak mencapai visi dan misi yang atas tadi ;
1) Kedua-duanya mestilah “firm with boundaries”. Bukannya keluarga mertua senang-senang nak langgar batasan.
Kita kahwin untuk bina keluarga “baru”. Bukan ulang balik benda sama apa mak bapak buat. Yang baik ikut, yang tak baik tu kena guna otak untuk fikir.
2) Komunikasi sangat penting supaya bila ada penghasut atau talam dua muka beraksi, dua-dua boleh bawa bincang tanpa ada bias kepada keluarga besar masing-masing. Yang salah tetap salah.
3) Dan yang paling penting, dua-dua mesti kahwin niat kerana Allah. Kalau tak, semua goyah. Tu yang boleh terjebak jadi Narsissistik tu.
Tu aku cakap paling minimum nak kahwin cari pasangan macam ni. Tapi kalau nak extra, tengok sekali bakal mertua. Sebab once kalau kau bertembung dengan mertua toksik, sesak dada dibuatnya.
Haha, pastu kau kena study pulak macam man nak hadap orang macam tu. Bukan boleh rempuh je. Silap-silap mental kau dibuatnya.
Kalau tak jumpa lagi jodoh kat dunia, jangan lah berduka lara. Jaga diri, jaga kehormatan, jaga Iman, Insha Allah kat syurga nanti minta lah apa nak minta termasuk pasangan.
Siap boleh demand lagi. Dunia ni sementara je. Semua pun ada bahagia ujian masing-masing. Moga kita berjaya melepasinya.
– Indah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit