Kahwin Kena Sekufu?

Salam semua pembaca. Pertama sekali, tujuan aku menulis hanya sekadar luahan lama yang terpendam dan juga minta pendapat dari pembaca2 sekalian. Ada ayat yang mungkin agak mengguris tapi harap jangan kecam ye.

Aku dah berkahwin selama 2 tahun. Belum ada anak lagi, doakan jugak aku dapat rezeki anak walaupun korang tak kenal sapa aku.

Aku kenal suami kat tempat kerja. Awal2 memang aku dah tahu, dia seorang duda anak dua. Dia kahwin muda waktu tu sebab aku kenal dia umur dia masih 20an.

Aku ok je waktu tu takde masalah nak berkawan dengan dia, tambahan lagi yang kenalkan kitorang adalah kawan satu tempat kerja tu jugak.

Jujurnya, sebelum ni aku tak pernah ada hubungan istimewa (bercinta) dengan lelaki sebab aku pemalu. Aku agak menjaga batas aku dengan lelaki.

Kadang2 nak berbual pon aku malu nak bertatap mata dengan lelaki. Aku lebih banyak kawan2 perempuan yang sebaya dengan aku waktu tu.

Entah kenapa bila kawan aku kenalkan dengan suami aku ni, aku macam terbuka hati nak berkawan dengan dia. Walaupun masa tu aku ada crush yang aku sangat suka dari zaman belajar sampailah aku dah bekerja.

Aku cuma mampu minat dan tengok dari jauh saja, tak mampu luahkan. Tambahan lagi aku perempuan, malu nak mulakan perbualan.

Aku sampai doa kat setiap solat aku supaya crush aku tu jadi jodoh aku. Jawapan dari doa aku tu memang aku dapat, iaitu bayangan dan orang tu semakin menjauh (mimpi).

Pada waktu ini lah yang aku start berkawan dengan suami aku ni. Hati aku macam didekatkan dengan dia untuk kenal lebih jauh.

Nak pendekkan cerita, aku start berkawan dengan suami aku ni, tambahan kawan aku cakap dia memang dah ada perasaan lama kat aku.

Aku pon ok, awal2 lagi dia dah cakap nak teruskan ke fasa bertunang. Jadi, aku dah anggap yang dia serius dengan hubungan ni.

Aku sekadar bertanya pasal nafkah anak dia saja, sama ada dia ada bagi atau tak. Selebihnya masa berkawan, aku tak ambik tahu sangat pasal life dia sebelum ni.

Cuma yang aku tahu punca dia bercerai dulu sebab dia kata ex wife nya dah kantoi curang lebih dari 2 kali jadi dah tak ada sebab dia nak bertahan lagi. Itu jelah yang aku tahu.

Waktu yang paling teruk bagi aku adalah bila hubungan kami dah masuk fasa bertunang. Kat sinilah hati aku betul2 diuji.

Suami aku ni dah mula tunjuk sikap dia yang sebenar, iaitu panas baran dan cemburu buta. Aku tak pernah jumpa lelaki yang paranoid macam dia tapi itulah hakikatnya.

Perangai dia ni efek dari kisah silam dia dengan perkahwinan dulu. Bayangkan aku sampai ambik keputusan berhenti kerja cabut sebab dia selalu mengganggu kerja aku.

Dia tak boleh tengok aku berdiri sebelah lelaki, aku bercakap dengan lelaki, walaupun hakikatnya aku tengah buat kerja, aku gelak dengan kawan2 pon dia memang cemburu gila2 . Pandangan mata dia macam nak makan orang waktu tu.

Kesannya, bos aku pon perasan, dia kata prestasi kerja aku menurun. Aku hanya mampu diam dan termenung. End up aku cabut, berhenti kerja tanpa notis sebab tak tahan nak kerja sambil nak handle perangai suami aku ni yang cemburu buta.

Tambahan lagi semua orang kat tempat kerja pon dah start tak suka aku sebabkan kerja aku dah terganggu.

Masa ni aku balik kampung. Tenangkan diri, aku cakap kat suami aku masa tu kalau dia serius nak teruskan hubungan ni, dia kena tunjuk yang dia komited nak kumpul duit dan ubah perangai dia.

Lama2 dia pula yang tak senang, dia pon berhenti kerja dan ikut lari balik ke kampung aku.

Kononnya nak kerja satu tempat dengan aku lagi. Sikap panas baran dan cemburu buta dia memang meluap2 waktu ni. Kalau boleh, dia nak aku kerja yang tempat tu takda orang lelaki. Waktu ni jugak, aku dah start tahu, kisah silam suami aku ni.

Dia ni rupanya bekas penagih dadah, main judi, minum arak , main perempuan tu dah perkara biasa bagi dia. Aku mampu istighfar saja dalam hati. Sambil aku sentiasa berdoa tuhan tunjukkan jalan yang betul pada aku. Betulkah dia ni jodoh aku.

Aku tahu kalau orang mesti cakap ni red flag, apa nak tunggu lagi tapi lillahi taala. Aku menangis setiap hari, berdoa pada tuhan, dan yang aku dapat adalah, hati aku ni makin dekat pada suami aku. Semakin kuat rasa nak teruskan hubungan ke arah perkahwinan.

Aku masih cuba terima kisah silam suami aku. Waktu dia kawan dengan aku ni, dia dah tak menagih dadah lagi, atau main judi. Cuma ada sekali waktu kami bergaduh.

Dia ada minum arak. Astaghfirullah.. tapi lepas dari tu dia dah stop semua benda tu sebab aku nampak memang dia nak hidup dengan aku dan nak berubah.

Apa kena mengena cerita ni dengan tajuk kahwin kena sekufu? Ni aku nak ceritakan, pertama sekali maaf kalau ayat ni kedengaran agak rasis. Suami aku ni berasal dari negeri sebelah Borneo, pandai2 korang lah nak teka.

Jadi, sepanjang aku kenal dia, aku nampak orang sana gaya kehidupannya agak bebas. Maksud aku, walaupun mereka yang Islam, tapi jarang yang pakai menutup aurat, pergaulan lelaki dan perempuan ibarat takda batas.

Aku nampak semua benda ni dari diri dia dan sebelah keluarganya. Bayangkan, mencarut dah jadi benda biasa dalam perbualan . Lagi satu, kalau ada antara diorang yang dah mengandung sebelum bernikah, tu dah jadi perkara biasa bagi diorang.

Suami aku pernah kata, kat negeri dia sana senang, boleh nikah dulu daftar kemudian disebabkan banyak perkara2 terlanjur macam ni lah. Wallahualam. Lagi satu, aku nampak ramai yang jadi janda@duda waktu muda2 .

Aku pernah terdengar perbualan suami aku dengan mak dia. Mak dia siap tanya kenapa tak duduk sekali dengan sepupunya yang dah berkahwin tu.

Pada diorang hidup bercampur dalam satu rumah tu takda masalah tapi pada aku it’s a BIG NO. Aku takkan pernah setuju nak hidup campur dengan saudara-maranya dalam satu rumah. Lebih baik berjumpa sekali sekala daripada berjumpa hari2 setiap masa.

Berlainan dengan keluarga sebelah aku. Kami memang tak alim, tapi kami masih menjaga adab sopan, halal dan haram. Kat sini aku boleh cakap, gaya hidup aku dan suami memang berbeza 100%. Sejak kenal dia pon aku macam dah hilang diri aku sendiri.

Kalau dulu aku jenis pendiam, pemalu, selalu senyum dan happy. Sejak hidup dengan dia aku dah jadi pemuram, pemarah, cakap pon dah tak pandai sopan. Kadang2 aku jadi kesal dengan diri aku.

Ada masanya aku macam terpaksa terikut2 dengan cara diorang disebabkan aku dah terikut acuan suami aku ni. Maksud aku, aku tengok orang sebelah negeri sana cakapnya kasar2. Cakapnya suka membesar2kan cerita.

Ada tu aku dengar orang2 tua sebelah sana bercakap benda2 lucah macam benda tu normal. Kalau ada saudara mara diorang yang bercouple. Orang tuanya siap tanya ‘dah dapat “tu” nya ke belum?’. Korang boleh bayangkan tak??.

Yang aku tambah hairan. Mereka ni selalu mengaku sebagai orang miskin, tapi aku selalu jadi salah anggap, bukankah kalau orang yang terbiasa hidup susah tu gaya hidupnya lebih merendah diri, adab sopan terjaga tapi sebaliknya.

Sepanjang perkahwinan pon , boleh katakan aku lebih banyak moment bergaduh dibanding moment happy dengan suami aku ni. Dia memang suami yang bertanggungjawab dan sentiasa terima aku seadanya.

Kasih sayang pon dia selalu tunjuk pada aku. Cuma yang selalu buat aku terkilan dan makan hati hanya pada gaya hidup dan pemikirannya yang selalu berbeza dengan aku. Keluarga aku sederhana saja, tak kaya dan tak miskin.

Dari kecil kitorang terdidik untuk majukan diri sendiri. Berlainan dengan keluarga suami aku. Gaya hidup diorang bukan kearah kemajuan, tapi lebih pada nak enjoy.

Kalau aku, waktu kerja dulu boleh beli kereta dan pasang niat nak beli aset atau berniaga untuk majukan diri tapi diorang lain. Kerja harini untuk enjoy esok harinya. Gaji dah habis enjoy, baru pergi cari duit balik.

Satu lagi, bila kahwin dengan orang yang tak berapa sekufu ni. Aku rasa macam tak ada orang yang nak didik aku kearah lebih baik dalam agama.

Yelah, gaya hidup suami aku pon dulunya memang tak ambil berat soal agama, terumbang-ambing. Sudahnya aku sendiri je yang didik hati aku dan sentiasa berdoa supaya ditetapkan iman.

Persoalan aku kat sini, betulkah kahwin kena cari yang sekufu atau tak sekufu pon takpa sebab hidup ni saling melengkapkan? Macam tu?

Sekarang ni aku bukan menyesal dengan pilihan hidup aku, cuma aku sentiasa berdoa moga hubungan kami suami isteri lebih bahagia dan diredhai oleh Allah s.w.t. Suami aku bukan orang yang jahat cuma dia pernah tersesat di jalan yang dia pilih.

Lagi satu, fakta lelaki baik untuk perempuan baik,

Lelaki jahat untuk perempuan jahat tu betul ke?

– BAIDURI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *