Aku malas nak intro panjang-panjang. Isu yang aku nak tulis ni mudah je, tapi ramai tak nak faham.
Kisahnya bulan lepas, kawan aku kahwin. Dia nikah masa PKP tahun lepas. Sekarang baru dia nak sandinglah kiranya. By the way umur kami 29 tahun.
Dalam batch kami (geng universiti), hampir 90% dah kahwin. Mostly ada juga jenis kahwin lepas SPM. Ada juga yang kahwin masa zaman degree. Kahwin lepas grad. Hanya berapa ketul saja yang belum kahwin termasuklah aku.
Nak dijadikan cerita, aku dah ambil cuti awal untuk datang ke majlis kahwin kawan aku ni (Aida) sebab nak drive jauh. Dia ajak jadi pengapit. Aku siap beli baju nak sedondon dengan pengantin. Siapa tak excited wey.
Malangnya sebab aku ada urgent urusan kerja, plan terpaksa dibatalkan. Aku di Kedah, dia di Johor. Bukan kejap kalau nak drive pergi balik. Weekend pula ada urusan kerja awal pagi, memang tak sempat nak datang. Masa clash & tak cukup.
Hadiah pun aku terpaksa pos dari jauh. Betul-betul minta maaf tak boleh datang. Aida pun tulis OK je. Aku tahu ia sedih aku tiada, tapi itulah dah on-call kerja nak ubah macam mana. Kita staff bawahan je bukan taukey.
Tiba-tiba beberapa hari lepas, aku tergerak nak jengah akaun Twitter aku. Aku memang tak aktif. Boleh kata sebulan 2-3 kali saja lepak di Twitter. Itu pun cuma nak tahu apa yang tengah trending dan tweet best.
Username aku guna nama pelik-pelik. Jadi orang mungkin tak berapa ingat sangat. Bila skroll, tiba-tiba aku nampak status Aida mengutuk aku.
Walaupun dia tak sebut nama, aku tahu luahan dia tu merujuk kepada aku.
Dia kecik hati aku tak datang majlis dia. Siap ungkit dulu zaman U dia bawa aku naik kereta jalan sana sini. Susah senang bersama. Kenapa kahwin tak datang. Lebih kurang macam tu la cerita dia.
Mula-mula aku tak nak overthinking. Tapi ada kejadian spesifik yang dia cerita dalam tweet tu, memang kami sendiri lalui.
Jadi takkan dia cakap pasal orang lain pula? Kalau semua kata-kata tu memaksudkan kepada diri kita, nak sangka baik macam mana lagi?
Tak taulah dia memang ada niat atau tak perasan.
Aku geram tapi jadi serba salah dengan Aida. Aku bukan tak sudi datang, tapi kita punya life kan berbeza sekarang. Kerja aku pula kadang-kadang ada on-call.
Weekend kalau perlu masuk office, aku kena patuh arahan. Bila kita kahwin umur lebih 25-an ni, kena faham kehidupan masing-masing dah tak sama.
Yang bujang sibuk dengan kekangan kerja. Yang dah kahwin, kena tunggu suami mereka free ke nak drive jauh jauh? Yang ada anak, lagilah entah budak tu sihat ke tak masa tarikh kejadian tu.
Sekarang covid & influenza lagilah asyik demam je. Kena isolate diri. Aktiviti luar pun terbatas tak bebas macam dulu. Kena jaga kesihatan.
Kalau kahwin muda, geng masih ramai belum kahwin. Takde sibuk urusan kerja. Bolehlah pakat tong-tong minyak bedal 2-3 kereta pergi serentak. Macam raya dulu la, pulun kayuh basikal ramai-ramai raya rumah orang.
Aku tahu ada yang akan kata, “aaala orang lain kerja juga. Alasan je tu tak nak datang”.
Jangan anggap macam ni. Memang kita semua kerja, tapi kerja Isnin-Jumaat 8 jam (9am-5pm) kadang-kadang mitos semata je guys.
Kau pernah tak fikir mungkin kawan kau kena OT ke? Dapat jenis bos susah nak bagi cuti? Dapat kawan selfish taknak cover hari cuti?
Dapat company yang tiada ehsan pada staff? Kena cuti ikut turn merepek? Tak boleh cuti kecuali ada kematian? Haaaaa kau listkan sendiri.
Jangan kata nak cuti berjalan, entah-entah sakit nak MC pun susah dia nak dapat.
Dia dah cukup struggle nak teruskan hidup. Kena kerja di tempat kerja toksik sampai takde life balance. Tiba-tiba kau pula cop bukan-bukan bila dia ni taknak datang majlis kau.
Itulah yang aku rasa bila Aida perli. Bayangkan rupanya dekat gambar FB pun, dia sempat perli member yang tak boleh datang.
Umur 28, bukannya 20. Sekarang semua ada urusan masing-masing. Kau nampak sebelum ni member kau pergi holiday, lepak dengan family, cuti vacay.
Mungkin itulah satu-satunya peluang cuti yang kawan kau dapat. Jangan sebab dia tak datang majlis kau, kau sangka buruk keterlaluan.
Perlu ke buktikan kita ni sibuk? Tak perlu pun. Takkan kita kena update life kita macam mana? Oh hari ni bos bagi cuti. Oh hari ni sakit sebab tu ada kat rumah. Oh hari kawan boleh cover sebab tu ada masa pergi makan-makan.
Tak perlu perangkap kawan kita sampai dia rasa bersalah. Susah nak explain benda ni. Patutnya faham-faham sendiri. Hanya sebab kawan kita masih bujang and kau rasa dia FREE 24 jam?
Salah. Sangat salah. Mungkin life dia sekarang terikat dengan kekangan kerja. Susah dapat cuti, bila ada masa mestilah dia utamakan keluarga.
Lain orang, lain bidang, lain syarikat, lain masa, lain tempat, lain pe’el dia guys. Please fikirkan juga aspek yang macam ni ya.
Kalau ada masa, mestilah kawan nak datang majlis kita. Tak dinafikan memang ada jenis yang sengaja taknqk datang. Biarlah, orang lain ada datang. So fokus yang itu sahaja.
Korang pernah tak dalam situasi aku? Nak kena buat apa ni? Serba salah dibuatnya haihh.
– Hushna (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit