Kahwin Lewat atau Move On?

Assalamualaikum buat semua pembaca IIUM Confession. Nama saya Lili berumur 22 tahun. Tujuan Lili tulis confession ni semata2 nak dapatkan pandangan dari akak2, ibu, makcik2 yang mempunyai pengalaman yang sama atau seakan macam Lili.

Kalau ada kaum lelaki yang nak beri pandangan pon Lili ok, mana tahu kan pandangan abang-abang berguna untuk Lili.

Sedikit background Lili, sudah bekerja dan sedang sambung belajar secara jarak jauh dalam jurusan bachelor executives busines management. Dan Lili menetap di utara.

Mungkin masalah percintaan Lili ni small matter untuk sesetengah orang tapi takpe. Let’s start the love story untuk awak yang rajin membaca dan mampu memberi kata-kata semangat dan sedikit kesedaran untuk Lili.

Lili dah berkawan dengan seorang lelaki sejak dari bangku sekolah.Lili bersekolah perempuan dan die bersekolah campur. Lili perkenal kan nama die sebagai Abu ya.

Masuk tahun ni kami dah berkawan selama 6 tahun. 2 tahun pertama Lili friendzone die sebab umi tak bagi bercinta dan Lili ada crush dekat someone tapi cara dia macam tak berminat dengan Lili.

4 tahun seterusnya Lili bercinta secara serious dengan Abu. Seperti yang semua tahu bila berdua akan ada yang ketiga iaitu syaitan.

Lili dan Abu telah buat dosa besar waktu umur 19 tahun which is zaman diploma. Waktu tu kitaorang rasa berdosa sangat dan nak bertaubat. Tapi biasa la muda remaja, iman turun naik.

Kitaorang agak kerap berjumpa pada waktu umur 19 tahun-20 tahun. Macam biasala perempuan akan termakan dengan janji manis lelaki dengan sembang masa depan bersama.

Alhamdulillah waktu umur 21 tahun (tahun lepas) Abu dapat offer training & terus bekerja di sebuah company ternama.

Waktu tu kitaorang dah kurang berjumpa sebab Abu menetap di negeri sembilan dan kami bertukar ke video call untuk puaskan nafsu. Allahu, rasa berdosa masa menaip cerita semua ni.

Actually training tu perlukan masa 2 tahun lebih untuk Abu habiskan, tapi dengan effort yang dia tunjukkan Abu berjaya fast track.

Abu bakal bekerja sebagai assistant manager dengan gaji RM2800. Untuk umur macam kami ni, agak loaded dengan jumlah gaji macam tu dan bekerja luar bandar. Bil api, air, rumah semua company tanggung.dan

Kitaorang planning untuk berkahwin umur 25 tahun sebab taknak buat dosa terlampau lama.

Disebabkan terlalu gembira dengan offer tu Abu pon share dengan ibu ayah dia yang die planning untuk berkahwin 3 tahun lagi.

Abu ni anak sulong dari 3 orang adik beradik. Ayah Abu bekerja sama macam Abu dengan jawatan sebagai senior. So keluarga Abu agak senang disitu. Dan cuba teka apa reaction family Abu bila die cakap nk berkahwin?

Reaction nya adalah Dia orang BANTAH SEKERAS KERASNYA. Parents Abu suruh die berkahwin paling awal umur 30 tahun. Dan Lili perlu tunggu lagi 8 tahun.

Parents Abu cakap, Kalau betul Lili cintakan, sayangkan Abu, Lili akan sanggup ikut permintaan kami.

Seriously waktu tu Lili speechless bila Abu cerita semua pasal ni. Lili pernah 2 kali jumpa dengan family Abu dan parents Abu terima je Lili.

Point yang Lili nampak adalah, Abu anak harapan family and parents dia taknak kehilangan Abu. Dan parents Abu tak ready untuk terima orang luar dalam keluarga dia which is menantu perempuan Lili.

Abu bersungguh2 nak kawen dengan Lili paling lambat umur 27 tahun atas alasan takut ada orang masuk meminang Lili. Tapi alasan tu parents Abu ignore dan suruh Abu tenang.

Mama Abu pesan jangan beri harapan dekat perempuan dan kalau betul jodoh tak kemana.

Lili & Abu sedih sangat bila kami nak menghalalkan hubungan tapi cabaran macam ni yang datang. 8 tahun bukan sekejap untuk kami, sedang kan 6 tahun dah macam2 memori dan kenangan yang kami buat.

Lili suruh Abu rilex dan cari jalan untuk kahwin sebelum 30 tahun tapi, Abu lebih kenal parents dia. Abu taknak bila kami kahwin sebelum 30tahun mama tak restu. Abu taknak Lili jadi menantu yang dibenci dan mama selalu cari salah Lili.

Hubungan kami terus hambar sekarang ni. Kami macam rasa tak nampak masa depan bersama. Tapi kami tak mampu nak move on sebab masih ada perasaan sayang, cinta tu.

Abu cakap Abu terpaksa redha kalau suatu hari nanti ada orang yang lebih bagus datang meminang Lili. Sbb bagi Abu restu ibu lagi penting.

The points is kami sama-sama sakit dengan perasan ni semua. Lili selalu nangis bila fikirkan semua yang terjadi. Lili tak nak terima sesiapa selain Abu. Tapi macam Abu cakap, kalau 8 tahun lama untuk Lili, Abu redha kita takde jodoh.

And surprisely, crush Lili waktu bangku sekolah luahkan perasaan yang die cinta Lili tapi tak berani meluah waktu belajar. Dan Lili terus tolak luahan hati tu.

Thank you untuk semua yang berjaya baca sampai habis. Lili nak mintak pendapat, apa yang patut Lili buat sekarang?

Move on tu sakit bagi Lili dan Abu sekarang ni. Kami masih rasa nak perjuangkan semua ni.

– Si Penunggu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *