Kahwin Muda

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Pertama sekali nak ucapkan jutaan terima kasih kepada admin sekiranya coretan ni terpilih untuk disiarkan di page iiumc.

Siapa sini yang umur bawah 25 tahun dan dah nak mendirikan rumah tangga? Korang jawab dalam hati je lah ye. Okey,tujuan sebenar coretan ni ditulis hanyalah ingin meluahkan. Terpulang pada awak yang baca untuk diambil sebagai panduan atau dibuang ke tong sampah. I is okay with that.

Saya berkahwin umur 22 tahun dan telah dikurniakan seorang cahaya mata,puteri hati. Sekarang umur dah 24 tahun pun. Apa sis nak luahkan ni takde lah apa pun,cuma sis terpanggil untuk membuka minda korang,yang mungkin sebaya sis tapi bakal berumah tangga. Alhamdulillah,menangis setan tengok orang muda ramai kahwin kan. Hehehe

Sebenarnya kan,perkahwinan di zaman muda ni sangat lah mencabar. Sis dikeliling sahabat yang kahwin muda jugak macam sis,tapi mostly semua berantakan. Kat sini lah sis nak tekan kan untuk korang yang bakal berkahwin. Please muhasabah diri betul betul, tanya diri “apa tujuan aku nak kahwin?” Kalau jawapan korang nak halalkan hubungan,sis rasa korang kena betulkan niat tu. Sebab sahabat sahabat sis berkahwin sebab niat tu lah,nak halalkan hubungan. (Sis selalu jadi tempat luahan perasaan diorang)

Ketahui lah,alam perkahwinan sangat lah tidak mudah. Sis mula dengan zero. Sampai laa saat sekarang ni pun sis still lagi tak lah kaya,tapi alhamdulillah cukup segala. Yang perempuan,mohon lah jangan mintak macam macam diluar kemampuan suami. Bersyukur lah apa yang suami mampu beri pada awak. Kesyukuran diatas nikmat yang sedikit tu inshaa Allah akan mencukupkan segala yang dirasakan tak cukup tu. Yang suami pun dah ada tanggungjawab,mohon lah rajin berusaha,jangan lah bermalas malasan. Susah tau nak jaga anak orang ni hehehe. Okey,sis dengan suami dua dua bekerja,anak hantar ke pengasuh. Gaji kami kalau campur,tak sampai pun 5ribu,which is susah jugak duduk di Johor Bahru dengan pendapatan gitu. Dengan keperluan asas lagi,barang dapur,pampers anak,susu anak(jangan kata “bagi laa full bf kalau nak jimat” actually anak sis memang full bf dulu,tapi lepas umur 7bulan,dia refused bf,sangat2 refused,so takde pilihan,terpaksa pakai susu formula) Kami duduk kuarters sebab tak mampu nak sewa rumah di JB. Alhamdulillah jugak sis kerja government ada disediakan kuarters. Dulu masa bujang,sis dah biasa semua lengkap,bila kahwin ada jugak terlepas cakap dengan suami,itu tak cukup ini tak cukup. Ada jugak bergaduh sebab duit tak cukup,normal lah pasangan. Tapi korang kalau bergaduh suami isteri,mohon sangat sangat mintak maaf cepat cepat pada pasangan. Kita tak tahu bila ajal tu akan sampai. Mana lah tahu kan masa bergaduh tak bertegur Allah ambil nyawa pasangan,kan menyesal. Hargai pasangan tu sebaik nya.

Satu lagi,mohon tekan kan kepentingan solat dalam rumahtangga. Pada hemat sis,rumahtangga yang bergolak ni pangkal nya pada solat. Suami isteri yang tak solat,rumahtangga selalu bergegar. Suami tu galakkan laa solat di masjid/surau berjemaah. Pahala suami solat berjemaah tu isteri pun dapat sama. Isteri pun jangan galak sangat tak bagi suami solat jemaah,konon nak suami jadi imam awak. Salah tu awak. Lelaki tempat nya memang di masjid. Kita perempuan afdhal nya dirumah. Suami keluar bekerja berjam jam lamanya awak tak bisinv,ni suamk nak solat jemaah yang tak sampai sejam tu awak bising pulak. Banyakkan baca kitab kitab fadilat amal,inshaa Allah awak akan faham kenapa suami wajib solat di masjid. Tapi sis tengok,ramai perempuan persoalkan,kenapa suami kena jemaah di masjid?kalau camtu,tak guna laa masa mengorat “sudi tak awak jadi makmum saya?” Macam sis cakap tadi,sila banyakkan baca kitab fadilat amal,inshaa Allah awak akan faham.

Lagi sis nak pesan,kalau dah ada baby nanti mohon lah korang bekerjasama jaga baby. Masa nak buat anak sama-sama takkan time jaga anak, isteri je sorang sorang jaga kannnnnnn.. suami tu bantu bantu laa isteri. Paling malas pun tolong laa sidaikan baju ke,kemas rumah ke,jaga anak masa isteri masak ke. Anak tu anak awak jugak kan. Isteri bekerja dengan isteri surirumah sangat beza. Sis isteri bekerja. Rutin sis bangun pukul 4.30 pagi untuk siapkan segala keperluan baby nak hantar ke pengasuh,buat sarapan,siapkan baby. Suami sis kerja syif,kalau dia kerja syif petang,dia ada laa tolong tolong subuh tu kan.. kalau dia syif pagi ke malam,sis laa tonggang tebalik buat sorang. Apa pun,pengurusan masa yang baik sangat memainkan peranan. Kalau dulu masa bujang malas gila,bangun tidur pun lambat,tapi dah kahwin dah ada anak jangan harap ye boleh bangun lewat persis sang puteri. Sis rasa sis dah macam superwoman tau,semua benda kena kejar wajib on time. Nak hantar baby,nak redah jammed,nak thumbprint on time. Balik je rumah,sis terkejar kejar pulak nak masak untuk anak,n ak bagi makan anak. Anak pulak main main time makan,sepahkan rumah,luahkan balik nasik yang dah kita suap tadi, berebut sudu ngan anak,dah anak sebok nak tumpah tumpahkan nasi dengan sudu. Seriously,berperang nak bagi makan hewwww. Selalu sis siap semua ngam pukul 11malam. Berapa jam je dapat tidur sebab selalu baby akan bangun dalam 2-3pagi,buat hal ngokngekngokngek,pukul 4pagi baru tidur semula. 4.30pagi sis dah kena bangun settle barang. Suami sis selalu takde so 80% sis buat semua sendiri. Kalau checkup baby semua sis pergi sorang. Masa pregnant pun sekali je suami ikut checkup,lain lain semua sis buat sendiri. Suami kerja swasta,susah nak keluar suka hati. Haaa kat sini pun awak kena kuat dan tabah. Berdikari sangat lah diperlukan. Tapi kalau awak dapat suami yang sentiasa boleh 24jam dengan awak,alhamdulillah. Bersyukurlah.

Takat ni je mampu dinukilkan. Jadi kepada awak2 yang bakal ke alam perkahwinan dalam usia muda tu,sis ucapkan selamat pengantin baru ye. Kesabaran dalam rumahtangga sangat lah diperlukan. Kalau bergaduh,jangan lah canang dalam fecebook ke instagram ke twitter ke,tak baik. Jaga lah aib rumahtangga. Ye,sis faham darah muda. Tapi sebaik nya kalau ada masalah rumahtangga,mengadu lah dengan Allah s.w.t. Dia lah yang menemukan korang,Dia lah yang Maha Mengetahui. Jangan dicerita pada manusia,ada orang yang suka bila tahu kita menderita. Sekian sahaja coretan sis. Maaf kalau ada salah silap. Yang buruk datang dari sis,yang baik datang dari Allah s.w.t

– Young mother

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit