Kahwin Muda

Assalamualaikum.

Terima kasih admin kalau siarkan artikel ini. Kami ada 6 orang adik beradik. Ayah pesara dan ibu seorang suri rumah. Aku cuma ingin luahkan rasa tentang adik lelaki yang ke2. Adik aku berkahwin ketika usia 19 tahun. Pada awalnya aku jenis tak kisah bila orang kahwin muda tapi bila lihat sikap adik aku, aku rasa biarlah kita ukur baju di badan sendiri.

Sewaktu adik sampaikan hasrat nak kahwin, mak dan abah bantah sebab adik belum bekerja. Tak ada duit lagi nak kahwin. Tambahan pula kami bukan dari kalangan orang senang dan abah masih ada 4 orang tanggungan yang bersekolah. Adik tetap berkeras mahu berkahwin. Malah keluarga perempuan berkali-kali call abah. Siap cakap “Man, jangan berkira sangat dengan anak”. Perempuan tu memang baik . Atas desakan family perempuan dan adik ugut nak pinjam duit dekat along.. ayah benarkan mereka kahwin dan fully sponsored. Dari mana datang duit RM10K?..habis semua akaun2 adik2 yang lain dan apply loan aeon nama abah..Bergolok gadai la cari duit untuk majlis perkahwinan adik. Adik pun janji nak bayar balik duit kahwin. Sampai sekarang ayah simpan resit yang ayah bayar bulan2 utk loan dan wasap kat adik. Tapi sekadar seen shj.

Tapi selepas 6 tahun kahwin, adik masih tak bayar lagi. Bila ayah tanya, dia kata tak cukup duit lagi. Bila tengok fb update pergi oversea dan makan restoran mewah. Minggu lepas alhamdulillah, selepas 6 tahun kahwin adik direzekikan mempunyai zuriat.Adik pulang ke kampung sebab isteri dia nak pantang kat rumah. kami pun tak kisah. Tapi bila adik minta duit kat abah sebab isteri dia nak bersalin hospital swasta sebab nak doktor perempuan. RM4000 adik minta. Yang ni memang ayah tak boleh bagi sebab tak ada sampai banyak tu.

Tapi dia pinjam pula dengan ayah mertua dan dapat RM 4K. Dapat la bersalin klinik swasta yang diidamkan.Malah, nak tempah bidan pun cerewet. Mak kata ambil bidan kampung sebab murah. Tapi adik kata isteri dia tak nak sebab bidan kampung banyak ‘ilmu2 pelik’. Tanpa pengetahuan kami, dia ambil bidan yang ada buat servis maternity care dengan harga RM800. Ya, lepas habis sesi berurut dengan bidan, adik pun minta dengan abah duit sebab dia kata duit dia tak cukup. Ayah pun korbankan gaji bulan ni untuk bayar bidan(sebab bidan memang tengah tunggu payment) .Dari segi makanan pun asyik arah mak masak macam2. Kadang bila mak baru nak tidur, dia kejut mak suruh masak sebab isteri lapar teringin sayur brokoli(sebelum tu mak dah masak tapi sayur sawi biasa) .isteri dia tak nak makan sebab sawi tak ada zat untuk hasilkan susu.

Adik dan isteri memamg baik. Tapi terlalu bergantung pada mak ayah walaupun selepas berkahwin. Aku nampak adik tak matang lagi uruskan keluarga. Adik sekarang umur 25 dan isteri 28. Mak dengan abah ikut sebab takut adik pinjam duit dekat along atau sebarangan orang.

Pernah aku tegur jangan asyik minta duit kat abah. Sebab abah pun pesara yang gaji bawah RM2K. Masih lagi ada adik lain yang sekolah. Tapi dia kata dia memang terdesak dan akan ganti. Kadang malas nak cakap banyak sebab suami tak bagi aku masuk campur sebab tak nak bergaduh adik beradik.

Apa pun moga Allah balas sebaik-baik ganjaran buat mak dan abah yang banyak berkorban. Dan buat adik, lepas ada anak ni moga lebih bertanggungjawab.

– Ayong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *