Kahwin Muda

Saya tertarik untuk berkongsi kisah dugaan untuk kahwin awal. Lebih-lebih lagi bila ada yang mengutarakan isu rezeki, pendapatan untuk menanggung isteri.

Saya berkahwin saat masih bergelar pelajar. Apa yang menyebabkan saya berkeputusan untuk bernikah adalah berdasarkan kisah lalu saya yang mudah terpengaruh dengan ajakan.

Sama ada teman biasa atau teman lelaki, hubungan yang bebas untuk keluar ke sana ke mari. Zina kecil tetap ada walau jutaan ikhtiar untuk mengelakkannya.

Perkenalan dengan suami sangat singkat. Terus saya berkeputusan untuk kahwin tanpa fikir langsung mengenai duit, sumber kewangan atau pendapatan. Kerana waktu itu matlamat saya hanya untuk menghalalkan hubungan.

Saya dan suami masih belajar. Urusan pernikahan tidak ditanggung mana-mana pihak dan tidak berhutang langsung. Kami adakan majlis sederhana semampu kami.

Alhamdulillah… syukur sangat-sangat.

Mana kami dapat wang? Suami kerja di kedai makan. RM30 sehari. Dia kumpul. Saya tak dapat kerja sebab nak fokus pada tesis.

Lepas kahwin, bermulalah cabaran hidup sebenar. Alhamdulillah… rezeki orang berkahwin. Kan Allah dah janji? Hehe.

Suami dapat buat bisnes kecil-kecilan. Saya mula berniaga online sebagai ejen biasa. Tapi pendapatan kami sangat-sangat banyak. Rezeki luar dari sumber lain pun banyak… yang kami tidak terduga.

Kadang-kadang rasa semua ni istidraj. Saya tak layak untuk terima rezeki yang cukup banyak ni.

Suami mampu menanggung saya, rumah, kereta, keperluan dan kehendak kami berdua, bercuti di sekitar Malaysia dan luar negara, dan menampung belanja adik-beradik.

Kami berdua masih bergelar pelajar.

Buat semua… yakinlah, akan ada limpahan rezeki buat mereka yang yakin dan sentiasa berdoa.

Kahwin awal bukan sekadar cerita di ranjang sahaja, tapi mematangkan kita dalam meneruskan hidup. Yakin pada Allah… Allah ada tiap masa untuk kita.

Alhamdulillah dengan nikmat yang tak terhingga.

– Puan Nutella (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *