Kahwin Nak Tapi Pemalas II

Assalamualaikum. Aku tak sangka confession aku ada yang nak komen. Dan aku tak sangka ramai makcik-makcik yang butthurt atau panas punggung baca confession aku. Paling tak sangka ramai yang mempersoalkan dan berminat nak tahu perangai abang aku. Actually confession tu nak bagi nasihat secara public je dan takda niat langsung nak menunding jadi dekat makcik-makcik sekalian ni, tapi tak tahan lah tengok diorang duk bertelagah je. Chill la makcik-makcik. Senyum ciked baru comey gituh.

1) Tak kahwin lagi jadi tak tahu apa-apa

Aku rasa tak salah pun orang yang tak kahwin lagi nak bagi nasihat. Ke tak boleh terima teguran kita2 ni? Boleh pula macam tu eh. And aku rasa benda ni tak perlu berkahwin pun kita boleh faham yang kita ni kena ada COMMON SENSES dan sikap PRIHATIN TERHADAP ORANG TUA apatah lagi ibu kita. Terima kasihlah yang mendoakan aku bila aku dah kahwin nanti dengan kata-kata kesat, tapi insyaAllah dengan bimbingan mak aku, aku takkan buat macamtu dekat mak orang lain aka bakal mak mertua aku. Doakan eh :)

2) Suami yang pemalas dan taknak tolong jaga anak

Laki makcik-makcik ni aku tak tahulah macamana yang depa duk meroyan teruk sangat, tapi abang aku seorang yang sangat bertanggungjawab. Buat susu anak, tukar lampin anak, masakkan bubur untuk anak. Jaga anak? Tengah malam buta budak tu duk menangis abang aku yang pusing satu rumah bagi tidur balik. Akak ipar aku suruh buat dia buat je. Dengan mak aku, dia tak pernah berkira pun nak buat kerja rumah. Cuma silap abang aku, dia tak nasihat isteri dia untuk ringankan tulang. Maklumlah, orang perempuan ni kalau salah tegur nanti bergaduh. Aku rasa makcik-makcik yang complain laki diorg pemalas ni ada masalah communication antara diorang laki bini (ops tak kahwin lagi nanti kena kecam hehe jangan maree).

3) Akak ipar yang sibuk nak jaga anak

Mostly aku tengok part ni la yang orang sentap sekali. Mungkin salah aku sebab aku tak specifickan jaga anak yang macamana. Kalau rasa mcm anak tu tak boleh tinggal, its totally okay for me and my mom. Jujur kteorg okay je kalau betul anak tu memerlukan penjagaan rapi dari seorang ibu. Jadi untuk yang marah tu kalau rasa awak buat benda yang betul kenapa perlu terasa (butthurt lagi)? Yang saya maksudkan disini adalah ibu tersebut dari baru kahwin, dari tak ada anak, sampailah dah mengandung, sampai dah beranak, dan beranak lagi dan lagi tak pernah sekali pun nak masuk dapur mahupun bertanya apa yang boleh dibantu. Get my point? Lepas tu aku tak tahu lah macamana boleh merebak cerita jadi salah suami pulak haha (part ni sila baca balik point yang atas ok).

4) Kenapa tak tegur sikap akak ipar?

Kita tak tahu orang tu macamana, boleh terima ke tidak teguran. Lagi-lagi kalau abang kita ni sayang benor dekat isteri dia nanti-nanti kita pulak yang digaduhkan. Aku taknak lah sampai bermasam muka tak cakap bertahun-tahun, nanti mak aku pun sedih kalau gaduh adik-beradik. Jadi apa yang aku boleh buat, aku confess dekat sini and in the same time yang lain pun tahulah hati dan perasaan seorang adik ipar dan mak mertua macamana. Boleh sama-sama perbaiki. Boleh amik pengajaran dan lihat pada sudut yang POSITIF, bukannya respon benda kesat2 gituh.

Aku sayaaaaang aih kakak-kakak ipar aku, terima kasih kerana melahirkan anak-anak buah yang comel sangat untuk aku. Cuma, kadang-kadang geram tu adalah sikit. Dan confession ni tujuan dia untuk pengajaran bersama, tak dendam cuma luahan je. Namapun confession kan. Now aku okay je happy happy tapi bila mai masa nak kena masak kemas rumah tu haa mulalah mai kepala angin aku haha gurau je okay. Tamo marah-marah dan butthurt lagi eaaaa makcik-makcik muah ciked.

– Anak gadis mak

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit