Kahwin Paksa

Assalamualaikum semua. Aku terpanggil untuk bagi confession kat sini. Jujur aku cakap, semua ini aku tanggung sorang dan keluargaku pun tak tahu apa yang aku lalui..

Kahwin Paksa? Ya.. tapi bukan aku. Aku hanyalah mangsa dalam kisah kahwin paksa ini..

Pertengahan tahun lepas, aku mengenali seorang lelaki yang aku namakan Reed (bukan nama sebenar). Kami kenal kerana kerja.

Cinta pandang pertama? Mungkin.. Tapi rupanya beberapa hari lepas kami berwasap, dia bagitahu aku dia dah lama usha aku since April katanya, waktu aku mula-mula kerja di sini. 

Reed kata dia ternampak aku waktu ada photoshoot raya di jabatan kami. Jabatan kami besar dan lain-lain tempat, jadi susah nak jumpa. Dia kata dia tak ada keberanian nak kenal aku sebab pangkat aku lagi tinggi dari dia.

Aku pun bagitahu dia aku langsung tak kenal dia sehinggalah Julai yang mempertemukan aku dengan dia.. Waktu tu kiranya dia dah berani la haha.

Lepas sekian lama then okay we were in a relationship. Sebab aku awal-awal dah cakap, aku trauma pernah dipermainkan oleh lelaki yang nak test market semua tu dan aku nak hubungan serious.

Dia pun aware pasal ni and memang dia nak aku dan aku pun nak dia. Okay la kan, suka sama suka.

Everything was okay till October 2022.. Dia bagitahu mak dia nak jodohkan dia dengan orang lain..

Demi Allah, hatiku waktu tu remuk sangat. Dia kata dia dah cuba fight semua tu tapi mak dia kata mak perempuan tu selalu push..even perempuan tu pun tak percaya bila Reed cakap dia dah ada aku. 

Semua ahli keluarga Reed suruh Reed kahwin dengan perempuan tu.. Orang baik-baik katanya. Habis aku?

Aku terlampau patah hati kerana kami berdua memang dah merancang untuk berkahwin, dah cari tempat tinggal semua tu dan.. dia dah jumpa ibuku..

Bermula dari sini, hidup aku makin tak menentu.. Aku selalu sakit dan beratku semakin susut. Hatiku terlalu hancur. Kenapa Allah takdirkan hidupku begini?

Bulan Mei lalu, dia officially putus dengan aku kerana dia dah tak mampu nak pujuk ibu bapanya. Keluarganya tetap berkeras dan tak mahu dia malukan keluarga.. Macam Drama TV3 kan? Haha..

Ya la, aku faham.. anak mana je yang sanggup tengok ibu sendiri keluarkan air mata.. 

Aku pun selalu nasihatkan dia jangan kurang ajar dengan keluarganya.

Tapi dia bagitahu aku, keluarganya memang toksik seolah-olah dia hanya sekadar wujud, hati dan perasaannya tiada yang memahami. Dia satu-satunya anak lelaki..

Aku pun sedar yang aku akan kalah. Aku terlampau patah hati sehingga aku selalu jatuh sakit, dan murung. Setiap malam aku menangis..

Keluargaku tak tahu mengenai keadaan aku dan aku pun cuba elak untuk tidak pulang ke rumah. Aku taknak ibu aku risau.. Alasan aku kerana weekend pun aku kena kerja dan memang jadualku padat.. anak yang jahat kan aku..

Dan Ogos lalu, mereka sudah selamat berkahwin. Ini pun aku tahu setelah Reed dah kahwin. Itu pun setelah diasak olehku..

Waktu tu cuti sekolah, dan merdeka jadi dia terus cuti seminggu. Dan tepat jangkaanku.. dia sudah selamat akad nikah dengan perempuan tu. 

Ingat lagi, sebelum ni dia praktis akad nikah namaku haha.. Reed bagitahu aku dia terpaksa dan dia benci perempuan itu. Tapi kerana ibu bapanya, dia akur.

Luluh hati aku.. Dia langsung tak fight untuk aku! Sumpah aku kecewa sangat.

Adakah ini semua hanya alasan dia? Adakah dia sememangnya hanya mempermainkan aku? Entah, aku tak tahu. Tapi aku dah tak percaya mana semuanya.. 

Terlampau banyak penipuan Reed, katanya untuk jaga hati aku (tak payah la aku bagitau sini pasal semua penipuan tu. Nak ingat pun buat aku sakit hati, inikan nak taip kat sini..)

Keadaan aku makin lama makin teruk. Aku pun tak tahu sama ada aku memang betul murung ke apa tapi aku selalu cuba kelar tangan aku. Asyik fikir nak bunuh diri semua tu.

Mungkin orang akan kata aku takda iman.. tapi percayalah, aku pun sakit melihat diri aku sekarang. Aku sedih kenapa Allah takdirkan aku macam ni? Aku terlampau kecewa. 

Ramai juga yang bertanya kenapa berat aku makin susut dan muka asyik muram.. alasan aku kerana stres kerja. Aku cuba senyum dan ceria semua tu, tapi tetap tak mampu tutup apa yang terbuku dalam hati.

Sebenarnya kisah aku ni panjang lagi tapi cukuplah korang tahu aku sakit sekarang ni. Aku terlampau sakit sampai setiap masa aku harapkan aku mati. 

Aku sekarang tidur bertemankan pisau di sisi. Kadang tiba-tiba aku akan menangis aku jadi tak betul semua tu haha.. Gila, mungkin? Entah la.

Aku terfikir nak berhenti kerja dan lari jauh dari sini. Aku sakit sangat nak hadap semua ni. Orang yang aku sayang sepenuh hati ahirnya berkahwin dengan orang lain..

Buat Rin (bukan nama sebenar), aku tahu kau tahu Reed dah ada aku tapi kau tetap tak hirau pasal aku. Aku tahu kau dah lama kenal dia dari zaman diploma lagi.. Tapi dia langsung tak cintakan kau.

Kalau la kau perempuan yang baik, kau akan cuba fahami perasaan aku yang sangat cintakan Reed dan bahkan kami dah berjanji untuk berkahwin. 

Puaskah hati kau berkahwin dengan lelaki yang langsung tiada perasaan pada kau? Dan puaskah hati kau dapat menghancurkan hati perempuan lain? Tapi tak apa lah, kau menang kerana ibu kau dan keluarga Reed.

Aku harap kau dapat jaga Reed dengan sebaiknya. Aku ikhlas sayang dan cintakan dia dan dia la cinta pertama aku. Dan mungkin terakhir.

Buat Reed, terima kasih kerana hadir dalam hidup saya.. Terima kasih kerana cuba bantu saya untuk ceria dan move on. Tapi saya minta maaf, saya penat nak pura-pura. Saya tanggung semua ni sorang dan sangat sakit.

Awak minta saya cuba buka hati untuk lelaki lain.. tapi hati saya dah mati. Saya terlampau sakit dengan apa yang jadi antara kita. 

Mungkin nasib saya bujang sampai mati. Rezeki awak dapat bahagia. Selamat Penganti Baharu, Awak.. Terima kasih untuk setahun ini..

Andai umur saya masih panjang dan awak masih tak bahagia dengan dia.. Awak cari la saya, Reed. Saya memang dah tertutup hati untuk kenal mana-mana lelaki. Saya dah putus asa..

Tapi kalau awak masih sayangkan saya, awak carilah saya Reed. Tapi kalau ajal saya sampai dulu, ketahuilah awaklah cinta pertama dan terakhir saya.

Buat pembaca, maaf kalau terlampau panjang. Aku hanya ingin meluah. Aku terlampau sakit pendam semua ini seorang diri.

Aku masih boleh bekerja tapi aku penat. Aku tak tahu selama mana aku mampu bertahan. Ada je masa aku menangis tiba-tiba waktu bekerja semua tu, waktu drive. 

Aku penat.. Hatiku dah hancur. Dan aku dapat rasakan ajal aku dah tak lama.

Aku berharap andai aku dah tak mampu lagi, aku mati dalam keadaan aku sendiri tidak waras dan tak sedar apa aku buat. Semoga Allah ampunkan segala dosa aku.

Terima kasih sudi membaca.

– Maira (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Percayalah, Allah sudah menyiapkan seseorang yang akan membahagiakan kita di waktu yang tepat. Jangan tersakiti dengan harapan sendiri. Allah tahu siapa dihati kita.

  2. Buat Maira, berdamai lah dgn takdir, dia bukan jodoh awak, awak buat cmna pun , dia bukan jodoh awak, jgn sesekali mati kerana cinta dan jgn letak sepenuh kepercayaan kepada lelaki, jgn percaya Reed tu kawin paksa, ni cam movie, pusing sana sini nak cover line supaya kesalahan dia dapat ditutup rapat, move on ja, cari ja kenalan lain supaya awak tak tertekan lagi, elakkan bersendiri dan terus memikirkan kekecewaan, selalu berada di linkungan kawan2 supaya awak tk sunyi dan terus buat perkara2 diluar batasan, sy doakan agar Allah temukan awak dgn lelaki yg baik, soleh dan bertanggungjawab, Allahumma aamiin

  3. Maira.. nak tahu saya pernah ada dan mungkin masih ada dalam situasi tu.. apa yang awak dapat kalau awak bunuh diri.. dunia tak dapat.. akhirat pun xdapat.. dia seronok dengan life dia tiba2 awak habiskan life awak.. kita nak bahagia after life okay.. sorry kalau bitter tapi ni cara saya nasihat diri dan terus kuat.. i wish u for the best too..

  4. Sis maira, bangkit dan move on, tak berbaloi sis terlampau bersedih hanya utk lelaki, sis percaya la disetiap yg berlaku ade hikmah nye allah tu maha baik sis, allah jauh kan sis dri Rit sbb allah nak ganti kan jodoh yg terbaik buat sis..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *