Saya merupakan pelajar lepasan degree yang baru bekerja di sebuah syarikat di KL.
Saya telah bekerja dalam setahun lebih. Sama juga dengan pasangan saya.
Dipendekkan cerita, saya dan pasangan dah bercadang untuk berkahwin pada tahun 2026.
Tapi, tiba-tiba ibu kepada pihak lelaki minta untuk kami awalkan. Saya telah consider untuk tunaikan tapi memilih pada hujung tahun 2025.
Pada awalnya ibu dia okay tapi rupanya ibu nya telah menangis dan merajuk dengan anaknya.
Akhirnya, dia telah meminta saya untuk awalkan lagi perkahwinan kami.
Saya tak bersedia kerana ibu saya ibu tunggal dan saya telah merancang untuk bawa dia berjalan dan banyak lagi.
Tapi at the end saya mengalah dan turutkan untuk kahwin.
Lepas memberitahu pasangan, dia cakap kalau saya tetap berkeras, dia sanggup tinggalkan saya daripada melihat ibu nya menangis.
Jujur, saya rasa ibunya manipulatif dan pentingkan diri. Saya sedikit buntu dan sedih.
Saya masih tak bersedia nak tinggalkan ibu saya sendirian.
Adakah dia sebenarnya tak layak dijadikan suami? Atau sebenarnya saya yang tak layak untuk dia?
Kenapa saya tak rasa happy pun untuk berkahwin? Kenapa saya rasa sungguh murung sejak semua ini terjadi?
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Bahagiakan dulu ibu awak dan buat seperti yg awk rancang.kalau seolah2 bakal suami seolah tak boleh bertolak ansur nanti kawen mungkin awak akan banyak makan hati sebab ibu dia .kahwin ni ibadah sepanjang hayat.kalau awak rasa murung dan tak xcited maksudnya awak belum ready ke arah tu.enjoy dulu diri sendiri dgn ibu.jodoh mesti yang tepat pada waktuyang tepat.jangan buat keputusan terburu buru semata2 nak puaskan pihak orang lain.
Jangan terburu2 dik. Ikut perancangan awal. Mesti ada sebab tersembunyi ibu dia nk awalkn. Belum kahwin dah nampak lelaki tu mendahulukn ibunya drpd awak. Takut dah kawin ibunya manipulatif rumahtangga awak. Bahgiakn ibu dulu yg melahirkn awak. Ibu mertua boleh cari ganti tp ibu sendiri tidak. Bahgiakn diri awak dahulu drpd fikirkn kebahgiaan orang luar.
Sis.. clue dah terang2 bakal suami tu bagi. DIA SANGGUP TINGGALKAN KAU DAN PILIH IBU DIA.
Belum kahwin bakal mertua dah buat perangai.. lepas kahwin kau rase?? Sanggup nak hadap?? Perangai mertua dgn suami yg tak kan back up kau.
Tinggal je lah. Fokus jaga mak dgn kumpul harta dulu.
Belum kawin lg senang nk putus. Klau dh kawin payah nk brcerai jika alasan suami lebihkn & perihatin pasal perasaan mak dia. Sebab mmg tgjawab dia jaga mak dia, sb dia anak llaki. Tp bkn brmakna xanbil kira perasaan awak plak. Blm jd isteri, awak ada hak lbhkn diri & perasaan awak. Jgn teragak2 utk mleraikn hubungan sb blm kawin lg. X brdosa pun sb awak dh rs x sedap hati & x seronok bila belah sana gesa2 minta cepat2kn hari nikah. Dah knp awak perlu ikutkn klau hati, juwa & fizikal awak belum brsedia lg. Dahulukn ibumu. Ibumu, ibumu syg. Lelaki ni payah utk berunding bila dh mlibatkn ibu yg dia jaga byk prmintaan. X diikut, merajuk, menangis, mbeku x bercakap. Tu semua ‘drama’ je lebih. Mmg ada org tua begitu… Dia nk anak2 ikut apa dia mahukn. X dilayan, tu la dia .. tantrum mvm baby. Msk2 mertua, bakal2 mak mertua yg perangai seangkatan yg Angah sebut tadi, watch out. Sila hadam. Hal anak2 biar dorg yg buat keputusan. Dorg yg nk hidup besama sampai mati, klau panjang jodih. Dorang yg nk kawin, dorg yg nk hadap alam pkahwinan dorg, biarlah dorg yg decide nk kawin bila. Ada paham!
klu dah nampak ada red flag, jgn teruskan sbb tu dah nampak tanda2 yg bakal suami awak dan ibunya cam nak mengawal awak, klu lepas kawin, lagi la teruk, jadi sebelum terlambat, elok la awak tarik diri, utamakan ibu awak sbb dia yg jaga dan lahirkan awak, sbb bila dh lepas kawin, awak dah dibawah kawalan suami awak, jadi awak dh tk boleh nak buat apa2, carilah calon suami yg memahami keadaan awak dan ibu awak
Sebelum kawin dh terang-terang red flag nya. Belum apa2 lagi mak dia dh nk control hubungan awak & BF awak sendiri pun terang2 sebelahkan mak dia. Lari jauh2 selamatkan diri awak. Sblm ada apa2 ikatan ni senang nk lari. Awak sndr pun dah rasa tak happy dengan semua ni kan. Rasanya dah cukup ‘sign’ yang diberi tu.
takde akal yg komen kat sini suruh tgglkan laki tu. dik jodoh da depan mata, ko pulak byk cekadak. konon boleh dapat laki lain pasni. tuptap da masuk 30an masih single xlaku pastu mulala menyalak kat sini kenapa laki semua xguna.
cari suami yang sayangkan kita , bukan kita terlebih sayang dkt dia.. setiap masalah ada jalan penyelesaian , tp dah awk murung tak happy untuk berkahwin..baik awk batalkan terus.. tak apa kahwin lambat , dari salah pilih pasangan.. harap awk baca ni , tlg tengok siri NETFLIX – THICHA, awk tengok layanan lelaki tu dkt thicha , dan apa dia buat bila kena memilih antara mak dia dan gf dia tu..
sis, pls ikut plan sis buat tu
pls bahagiakan ibu awak, red flag tu . belum apa2 bakal mertua dah serabutkan hidup.