Assalamualaikum, terima kasih admin kerana sudi post. Ini merupakan sambungan untuk https://iiumc.com/kahwin-semua-sweet/ sebulan yang lalu di-postkan. Kita selalu dihebah-hebahkan dengan syoknya atau manisnya kahwin di alam media sosial atau pun di mana-mana media tetapi isu-isu pergaduhan dalam perkahwinan dimasukkan di bawah hal peribadi dan disorok tepi.
Hari tu ada orang tanya, bukan ke kes-kes di mahkamah syariah ialah kes-kes yang tertutup? Tak semua kes adalah kes tertutup. Yang dimasukkan di bawah kes tertutup hanyalah kes di mahkamah tinggi syariah dan mahkamah rayuan syariah. Jadi, mahkamah rendah syariah handle kes terbuka. Jadi, sesiapa yang nak menenangkan kegawatan gelora diri asyik nak kahwin, bolehlah lawat mahkamah rendah, dengar perbicaraan. Mahkamah rendah memang handle kes cerai berai ni.
Kalau dalam kes perceraian persetujuan bersama, Hakim akan panggil kedua-kedua supaya bersalaman terlebih dahulu atau nak minta maaf ke apa. Jadi, ada lah drama-drama yang kita sendiri pun macam sebak pulak nak tengok. Tunduk sahaja lah. Tengoklah, ada kes, suami itu sendiri sebak/menangis semasa nak lafazkan cerai kepada isterinya.
Berbalik kepada janji asal saya nak bagitahu proses pendaftaran pernikahan poligami yang dilakukan di Thailand tanpa kebenaran. Banyak kes poligami dinikahkan di Thailand (Narathiwat, Yala, Songkhla. Dll) Sangat banyak. Dan saya isytiharkan bahawa statement yang ustaz-ustaz suka berpoligami dengan ini statement tu SALAH. Yang bukan ustaz pun ramai yang berpoligami. Cuma ustaz-ustaz ini lebih berbangga dengan poligami. Yang bukan ustaz, kahwin poligami senyap-senyap, Sebentar, nak claim. Tak salah nak poligami. Cuma berlaku adil lah. Yang si perempuan pun, tak perlulah mengorat menggatal jugak dua kali lima.
Kalau nikah di Thailand tanpa kebenaran Malaysia, kena denda RM1,000. Bernikah tanpa kebenaran itu pun satu kesalahan jugak. Lagi RM1,000 kena. Jadi, dua kesalahan. Kena lapor diri kat Jabatan Agama Islam yang kita ada buat kesalahan tu. Nikah di Thailand boleh jadi masih anak dara atau poligami. Mana-mana yang nikah kat Thailand tu, saya nak tanya, dah daftar nikah kat Malaysia belum?
Prosedur nak daftar pengesahan nikah poligami nya memang lama. Bukan setakat ada cop-cop, salinan sijil nikah settle. Manusia semakin bijak. Bijak lagi nak buat tiruan punya supaya mahkamah sahkan nikah kedua sedangkan isteri pertama tak tahu. Buat pengakuan palsu pun ada. Bila suami mati, isteri pertama tak tahu laki dia ada isteri kedua. Kemudian, berebut harta. Ha, drama.
Pemohon (pengantin lelaki) kena buat akuan sumpah saksi, wali dan jurunikah. Maksudnya, kena cari balik saksi, wali, jurunikah masa nikah tu, cakap kat mereka, tolong buat akuan sumpah kat Konsulat Thailand. Surat mengatakan memang mereka ada jadi saksi, jurunikah, wali masa nikah tersebut. Ini yang jenuh. Masa ini lah orang akan berkata, ‘Poligami itu Sunnah. Kenapa menyusahkan?” Cantekkk.
Pernah ada kes nikah sindiket. Dia hire agent untuk nikah di Thailand. Terpengaruh dengan ajakan kawan untuk nikah Thailand. Beberapa minggu lepas nikah, baru perasan saksi tak cukup. Ada satu je saksi. Ha, masa ni nak tuding jari kat sesiapa pun tak boleh. Kawan yang ajak nikah tu dah tak angkat phone. What to do? Mentah-mentah kena tipu dengan nikah sindiket. Nikah sindiket ni pun banyak. Kat suratkhabar pun boleh jumpa iklan dia.
Alasan pengantin perempuan untuk mengetepikan wali adalah dengan menikah di Thailand. Kononnya, jarak antara wali dengan pengantin perempuan lebih 200-300 km. Jadi, wali susah nak datang. Padahal tahu wali tak setuju. Memanglah kalau ikutkan hukum syarak, nikah itu sah. Tapi meh sini saya nak cerita, kalau lah selepas nikah, wali tetap tak bagi persetujuan/redho untuk pernikahan tersebut, wali boleh pergi ke mahkamah untuk faraq-kan/pisahkan ikatan tersebut. Jangan main-main. Tak bermakna dengan jarak wali jauh, kita boleh ketepikan kebenaran wali.
Itu sahaja. Nanti bila-bila saya berkesempatan, saya sambung info tentang harta sepencharian/undang-undang kehakiman syariah. Senang cerita dalam part akan datang, sebelum kahwin, perempuan atau lelaki kena lah ada ilmu tentang hak masing-masing semasa dan selepas penceraian. Lagi-lagi isteri yang tak bekerja, bila cerai tak tahu nak tuntut apa untuk hak dia padahal boleh tuntut harta sepencharian, boleh tuntut tunggakan nafkah (sekiranya ada). Assalamualaikum.
– Hita Mulle
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit