Kahwin Semua Sweet III

Assalamualaikum, terima kasih kepada admin sekiranya confession ini disiarkan. Confession ini merupakan sambungan kepada Kahwin Semua Sweet?

Part I ( https://iiumc.com/kahwin-semua-sweet/ ) berkisar tentang hak penjagaan anak selepas penceraian dll dan Kahwin Semua Sweet?

Part II (https://iiumc.com/kahwin-semua-sweet-ii/ ) yang berkisar tentang pengesahan nikah atau nikah poligami di Thailand.

Maaf kerana saya terpaksa tukar tajuk sebab tajuk Kahwin Semua Sweet macam cliche, orang tak nak baca disebabkan tajuk macam ditulis oleh couple baru kahwin sebulan. Padahal isinya penting terutamanya untuk yang dah berumah tangga. Berbalik kepada janji saya dalam Part II iaitu untuk membuat confession seterusnya tentang tuntutan harta sepencharian selepas terlerainya ikatan perkahwinan.

Harta sepencharian itu ialah harta yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan. Contohnya, kereta, rumah, tanah (immobile asset) atau piring, mangkuk cawan, perabot, phone (mobile asset). Apabila bercerai, salah seorang baik isteri atau suami yang duduk di rumah tu. Terbit isu bila salah satu pihak nak tuntut hak harta sepencharian.

Nak bagitahu, bila ada isteri atau suami yang nak tuntut harta sepencharian, janganlah kita cakap dia ni terhegeh-hegeh nak harta. Dah itu memang hak dia. Dan selalunya jadi isu bila, yang menuntutnya adalah seorang bekas isteri yang dahulunya hanya suri rumah. Hahhh, pening saya dengar jawapan laki dia. Selalunya kes-kes macam ini daripada pasangan yang dah berumur yang mana isteri hanya suri rumah masa mereka masih berkahwin dulu.

Yang lakinya boleh pulak cakap, “Dia ni suri rumah. Duit bayar rumah ditolak daripada gaji saya, elektrik apa semua saya yang bayarkan. Dia mana ada bayar apa-apa.”

Pegawai mahkamah balas, “Tapi sepanjang 30 tahun perkahwinan, bekas isteri kan yang jaga rumah, yang jaga makan minum encik dan anak-anak? Itu pun dikira juga sebagai menyumbangkan kepada harta sepencharian secara tidak langsung.”

Bekas suami balas semula, “Tapi saya tak ada duit! Saya ada banyak hutang. Kereta, rumah apa semua. Saya tak boleh nak bayar.”

Pegawai mahkamah akhirnya menjawab, “Kalau encik tak mampu, tak apa. Bayar perlahan-lahan tapi jangan sampai menafikan hak bekas isteri encik untuk tuntut harta sepencharian.”

Bekas suami itu terdiam. Jadi, senang cerita, kalau suami dan isteri itu kedua-duanya berkerjaya dan menyumbang kepada pembelian, menaiktaraf dan maintenance rumah, maka, portion untuk harta sepencharian akan jadi satu per dua bahagian untuk kedua-keduanya. Suami dapat satu per dua. Isteri pun dapat satu per dua.

Tambahan: Saya fikir hmm ada baiknya kalau perempuan berkerjaya. Duit poket sendiri sudah ada. Kalau ada penceraian dalam perkahwinan, portion pun boleh dapat lebih sekiranya ada menyumbang kepada pembelian, maintenance rumah secara langsung. Sekurang-kurangnya kita tak bergantung kepada suami sepenuhnya.

Tapi kalau isterinya dahulu kala membela biawak hidup yang malas mencari nafkah, duduk melepek kat rumah, isteri boleh dapat portion yang lebih. Nak berunding untuk harta sepencharian adalah dibawah bidang kuasa mahkamah tinggi syariah. Jangan datang mahkamah rendah syariah pulak. Kalau bekas pasangan susah nak nego untuk portion harta sepencharian, itu yang sampai perlu masuk kamar bicara dan berdepan dengan Tuan Hakim. Biar Tuan Hakim yang tentukan berapa portion yang selayaknya.

Pembahagian portion ada banyak. Boleh jadi separuh. Boleh jadi ¾, 1/6, 1/8, 1/32. Ikut kepada budi bicara Tuan Hakim macam mana. Sampai di sini sahaja confession untuk kali ini. InsyaAllah bila-bila saya sambung untuk tajuk hangat: Permohonan Nikah Poligami. Banyak nak cerita ni. Lelaki sering dikaitkan dengan rasional. Perempuan pula dikaitkan dengan ciptaan penuh emosi. Namun dalam bab kemampuan berpoligami, tak semua lelaki boleh rasional.

Sekian, Assalamualaikum.

– Hita Mulle

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *