Salam semua. Nama samaran saya Fia. Harap admin dapat siarkan luahan hati saya. Mungkin masalah saya tak sama macam confessor yang lain. Tapi saya perlukan pendapat semua.
Saya berusia 29 dan dah berkahwin. Umur suami 3 tahun lebih tua daripada saya. Kami ada anak sepasang. Usia perkahwinan kami hampir memasuki tiga tahun.
Jujur saya katakan kami banyak buat silap sebelum kahwin kami tak jaga pergaulan cuma alhamdulillah tidak pernah ketahap zina.
Mungkin kesilapan ini dan kurangnya taubat, kesannya banyak masalah selepas kahwin.
Lepas je kahwin memang dah takde romantik, manja dan sebagainya. Sikit sikit gaduh lepastu takde penyelesaian. Tiba tiba senyap lepas tu tiba tiba bercakap macam biasa.
Ada satu tahap dia ugut nak tampar saya. Suara dia keras & tinggi.
Dia juga pernah tak sentuh saya selama 4 bulan. Saya peluk dia pun dia tolak saya. Bila kami berbincang, saya ada tanya dia, dia cakap takde mood nak bersama.. mungkin penat dan sebagainya.
Kami memang dah lama tak tido sekali berpelukan ke, sebab masing2 tido tepi anak. Kalau tidur sekali pun memang takkan dekat masing-masing peluk bantal.
Dekat rumah jarang bercakap, bermesra, senyum, bercerita. Kahwin baru setahun tapi kami dah hilang rasa semua tu.
Nak berjalan-jalan berdua tu jauh sekali. Pernah sampai tahap saya paksa dia bawak saya berjalan tapi menyesal sebab sepanjang berjalan tu macam keluar dengan orang asing.. langsung tak kenal suami sendiri.
Masa kenal dulu lain betul dengan yang sekarang.
Malam-malam pulak dia selalu keluar lagi-lagi masa belum ada anak. Alasannya kerja.
Tapi masa saya check location, rupanya pergi lepak dengan kawan. Dah banyak kali macam tu. Bila kantoi tak nak mengaku. Sekarang susah saya nak percaya dia.
Nak duduk rumah bermesra dengan isteri sendiri mungkin lagi susah kot berbanding keluar lepak dengan kawan.
Kalau nak tahu lagi, suami tak nak solat kecuali dipaksa. Boleh kira dengan jari berapa kali je dia solat.
Nak ajak saya solat berjemaah ke mengaji al-quran pun tak pernah. Sebelum kahwin dia tunjuk yang dia solat penuh dekat saya.
Hati saya makin kosong. Sungguh saya rindu dengan suami sendiri. Sangat berat perasaan ni. Saya rasa nak berputus asa.
Perkataan “cerai” banyak kali dah dalam fikiran saya tapi saya bertahan sebab anak-anak. Saya dah hilang tempat bercerita, mengadu, berkasih sayang. Saya ibarat tinggal dengan kawan je sekarang.
Boleh kira dengan jari berapa patah perkataan kami bercakap setiap hari. Saya seorang yang berkerja, boleh memasak, kemas rumah, jaga anak dengan baik, ada rupa, lembut dengan orang luar.
Tapi suami saya cakap saya melawan dia banyak tak dengar cakap dia padahal bukan isu besar. Salahkah saya ada pendapat sendiri. Tak semua yang dia suruh buat tu betul.
Masalah kami tak berat macam orang lain. Tapi silent treatment ni sangat menyesakkan dada saya. Demi anak saya bertahan. Saya yang ajak dia berbincang .
Tapi bila bergaduh dia cakap apa guna berbincang? Padahal tak pernah sekalipun dia ajak saya berbincang dari hati ke hati kalau ada masalah.
Saya dah penat. Saya nak putus asa. Saya cuba banyak cara nak berbaik tapi saya gagal.
– Fia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit