Ketika orang lain teruja menanti saat untuk diijabkabulkan dengan pasangan mereka, lain pula kisahnya dengan aku.
Mungkin ketika cerita ini tersiar, aku sudah selamat menjadi isteri orang. Ramai yang ucapkan tahniah. Bagitahu yang aku beruntung berkahwin dengan pasangan yang direstui ibu bapa.
Kononnya boleh ‘cinta selepas nikah’. Tapi hakikatnya hati aku ketika ini kosong.
Ya, aku terpaksa menerima lelaki yang aku tidak kenal langsung. Mungkin ramai yang akan cakap aku lurus bendul.
Zaman milennium ini, mana ada dah kahwin paksa. Kahwin itu pilihan, kalau tak nak cakap aje tak nak. Settle.
Tapi pendapat aku selalunya memang tidak diambil kira. Persetujuan aku hanyalah pendapat yang terakhir untuk didengari.
Dari awal-awal lagi aku membantah tapi banyak maruah yang perlu dijaga dan diambil kira. Akhirnya, aku terpaksa setuju.
Walaupun aku menangis dalam hati, tapi bila melihat senyuman ibu dan ayah, aku jadi tidak sampai hati.
Berkali-kali aku berdoa supaya pintu hati aku terbuka, tapi entah kenapa sampai saat ini hati aku ini masih tidak redha.
Mungkin juga kerana masih ada orang lain dalam hati aku. Bertahun aku cuba untuk move on tapi tak berjaya. Masih berharap yang si dia itu jodoh aku. Sakitnya hanya Allah yang tahu.
Bila timeline facebook aku dipenuhi dengan gambar-gambar pasangan bahagia, hati aku terhiris.
Bila lagu-lagu cinta kedengaran dari corong radio, aku menangis dalam hati. Lagi-lagi bila terdengar sahabat yang bercerai dalam usia perkahwinan yang setahun jagung, aku menjadi bimbang.
Orangnya baik dan solehah, tapi baru berkahwin sudah berpisah? Mungkin aku juga akan menjadi seperti itu?
Ada masanya aku terfikir perkara yang bukan-bukan supaya pernikahan ini dibatalkan. Mahu cederakan diri, berharap aku accident di mana-mana supaya perkahwinan ini tidak berlangsung.
Terfikir juga mahu membatalkan semua ini di saat-saat akhir. Mahu lari. Astaghfirullah. Rasa berdosa kerana membelakangkan takdir.
Dan lagi berdosa rasanya ketika aku masih menyimpan hati pada lelaki lain saat aku sudah menjadi milik orang.
Hakikatnya cinta selepas nikah itu tidaklah semudah yang dibayangkan. Situasi yang selalunya dilihat dalam drama di tv kini terkena pada diri sendiri.
Menerima orang baru dan keluarga baru dalam keadaan sebegini bukanlah jalan yang aku harapkan. Doakan supaya pintu hati aku terbuka suatu hari nanti.
– Bakal pengantin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Jadi macam mana keadaan akak sekarang