Kaitan Antara Ibadah, Hati, Akhlak

Salam. Pertama sekali, terima kasih pada admin kerana sudi post confession ni. Aku nak share sikit isi2 yang aku dapat daripada membaca sebuah buku bertajuk ‘Khusyuk Dalam Solat’,dan aku nak relate dengan kehidupan aku dan orang sekeliling. Perlu diingatkan, post ni hanya sekadar refleksi untuk korang dan diri aku juga.

Bila aku baca buku ni, dia ada terangkan cara nak peroleh khusyuk dalam solat. Tetapi benda yang paling aku ingat bila dia cakap susah nak maintain khusyuk dalam setiap solat yg kita lakukan. Contohnya, solat subuh aku dpt khusyuk, tapi bila dah kerja lepas tu, nak masuk Zohor, susah nak fokus macam kita solat subuh pagi tu. Padahal kita buat ikut rukun semua sama je, bacaan pun sama. Aku tertanya2 jugak, nak ckp kerja aku banyak ke aku stress ke takde pulak. Dari segi wuduk dan pakaian, aku dah check awal2 lagi.
Lepas tu dia explain, ianya sebenarnya bergantung kepada how we view solat tu sendiri. Kalau kita pandang solat sebagai rutin tanpa mengetahui tujuan yang sebenarnya, seolah2 kita hanya pentingkan zahirnya tapi tiada kehadiran hati dalam solat kita. Hanya sekadar nak menjalankan tugas kita sebagai orang Islam. Kehadiran hati ini berkait dengan ikhlasnya kita solat menghadap Tuhan atas dasar mengingatiNya. Bila dah ada rasa ikhlas, kita jadi excited nak solat. Tuhan dah susun cantik waktu solat daripada pagi sampai malam, jadi kalau ikutkan kita dapat bercakap dengan Dia sepanjang hari. Gunakan peluang tu sewajarnya. Sebab tu pentingnya kita kena kenal Allah dulu, baru ada rasa cinta tu terhadapNya.

Kita pulak janganlah ingat Tuhan masa solat je. Didik diri kita untuk ingat Dia dalam setiap perkara yang kita lakukan. Allah akan ingat kita kalau kita ingat Allah. Aku kagum melihat seorang ustaz di tv yang mengajar penonton resepinya dan setiap pergerakan nya dia akan mengucapkan kalimah basmalah. Masuk minyak dia ucap, masuk garam pun dia ucap. The simple gesture yang dia tunjuk tu, aku view as an indirect lesson untuk aku sendiri. Aku terfikir berkatnya makanan yang dia masak tu.

Aku triggered nak betul2 belajar cara solat yang betul bila aku hadir dalam satu majlis ilmu. Penceramah tu ckp bayangkan kita dah solat sepanjang hidup, tapi solat kita tidak diterima Tuhan. Bagaimana perasaannya? Contohnya, surah Al-Fatihah merupakan surah lazim yang semua umat Islam wajib tahu. Tetapi berapa ramai yang make effort nak belajar cara yang betul membacanya? Sedangkan tak sah solat jika surah itu tidak dibaca dengan betul kerana ia merupakan rukun solat. Di sini akal mainkan peranan. Kalau kita solat tanpa ilmu, solat itu sia2 je. Jadi carilah ilmu tentang Islam. Kita takkan pernah dapat menjadi sebaik Rasulullah S.A.W., but theres always room for improvement to be a better muslim and muslimah.

Aku betul2 terkesan dengan ceramah tu sebab aku pun baru timbul kesedaran untuk mempelajari Islam dengan mendalam. Aku bersyukur Tuhan buka hati aku untuk pergi ke majlis ilmu. Aku bersyukur Tuhan tak biar aku dalam kejahilan. Walaupun aku dah berumur late 20’s, aku bersyukur kerana dapat kenal dengan seorang ustaz yg sudi guide aku. Nak belajar agama ni seelok2nya berguru. Aku bersyukur jugak aku masih belum berkahwin kerana aku masih mendidik diri aku sendiri, belum bersedia nak didik anak dara orang.

Dengan adanya iman di dalam hati, sepatutnya it reflects in our attitude and character.Dalam erti kata lain, akhlak kita. Tapi malangnya, ramai orang yg tak kaitkan aspek Islam selain ibadah seperti adab dalam kehidupan seharian. Termasuk diri aku yg banyak flaws ni. Islam is a way of life, yang merangkumi semua aspek. Dulu2 bila belajar subjek pendidikan Islam, bab adab tu dikira paling senang sebab itu common sense, boleh pakai logic je. Tapi kenapa in real life, ramai yang tak amalkan. Contoh seperti adab dengan ibubapa, dengan jiran, dengan mertua atau dengan haiwan sekalipun.

Ada seorang jiran aku yang aku panggil makcik yg duduk dekat dengan rumah aku. Semua orang tahu kisah dia baru balik dari umrah terus berubah nak jadi orang masjid. Tetapi kisah tu diiringi dengan benda yg tak sedap didengar. Orang2 cakap dia mula rasa bangga dengan dirinya, rasa dia lebih tahu daripada orang lain. Dia pandang rendah pada orang yg tak berapa tinggi ilmu agamanya. Subhanallah, mintak dijauhkan sifat sebegini. Aku tak berapa percaya gossip macam ni sampai aku nampak dengan mata aku sendiri. Satu hari, aku on the way nak keluar daripada masjid, aku terdengar makcik ni ckp dgn kawan dia, “Si minah tu keluar awal, masa ceramah pulak tu. Patutla laki tinggal. Laki dia pun takde agama tu”. Allahu. Siapa kita nak judge iman orang. Ibadah kita pun belum tentu diterima Tuhan. Mengumpat depan masjid pulak tu.

Esoknya pulak, tengah nak masuk saf, aku terdengar makcik tu terjerit2 suruh rapatkan saf. Mana adabnya dalam rumah Tuhan? Dia juga tidak menghormati para Jemaah yang nak mulakan solat. Bayangkan suaranya boleh didengari oleh jemaah lelaki. Mana rasa malunya? Tak salah nak tegur suruh rapatkan saf, tapi cakap lah elok2.

Semalam adik perempuan aku cerita kat aku tentang perangai dua orang kawan nya yang berpurdah. Aku tak tau pun ni satu isu sampai la dia bagitau aku. Yang tak sedap dengar bila dia ckp zaman ni perempuan berpurdah tu tak semestinya baik. Kesian wanita berpurdah dah digeneralize mcm tu, tapi hakikatnya adik aku ckp benda tu dah jadi trend. Sepatutnya, akhlaknya kena dengan pemakaiannya, tapi pemakai2 purdah sekarang tak ‘respect’ tujuan asal purdah tu sendiri.

Pemakaian purdah ni pun berkait dengan hati, Apa sebab kita pakai? Contoh issuenya, selfie. Ramai je perempuan tak berpurdah post selfie tapi kenapa bila yg berpurdah selfie mendapat kritikan? Sebabnya orang pandang tinggi dengan org yg memakai purdah kerana ia merupakan langkah yg besar bagi seorang wanita. Bila pandang perempuan berpurdah ni sejuk mata. Respect datang dgn sendirinya. Jadi dengan pandang mereka ni, first impression kita mestilah yg baik2 saja. Selfie pun tujuannya nk tunjuk muka, orang yg berpurdah ni dah tutup muka then nak tunjuk apa sebenarnya? Setakat ni aku tak kenal mana2 perempuan berpurdah, tapi pernah scroll insta terjumpa satu gambar ni. Allahu. Pujiannya melambung2. Terkejut aku tengok like beribu2. Aku pun terkejut dengan diri aku sendiri sebab click gambar tu sebab somehow gmbr tu menarik di mata lelaki aku ni. Hati2, takut lepas ni niat kita berpurdah tu untuk impress mata manusia, bukan Yang Esa.

Kadang kita wonder kenapa kita dah solat tapi kita still melakukan kemungkaran. Mungkin kerana solat itu sendiri kurang kualitinya. Boleh jadi kerana kerana dosa lampau kita yang sedar atau tidak sedar dan kita masih belum bertaubat. Boleh jadi juga sebab hubungan kita dengan Allah ok, tapi hubungan dengan manusia tak berapa nak ok. Muhasabah diri. Kalau kita tak tau dosa apa yang kita lakukan, doalah pada Tuhan supaya bukakan mata dan pintu hati kita, make sure kita betul2 tau apa yg kita doakan, jangan hafal yg arab je tapi tak paham makna. Kalau kita betul2 ambil berat tentang agama kita, Insyaa Allah, kita senang mengikut cara hidup Islam.

Itu sajalah perkongsian aku malam ni. Semoga bermanfaat dan maaf jika kata2 aku ada mengguris hati sapa2. Isi yang berkaitan agama memang diambil daripada buku tersebut, sapalah aku nak cerita pasal agama. Aku just nak improve agama aku, at the same time aku nak jugak orang sekeliling aku ada rasa nak berubah. Feel free untuk tegur jika ada kesilapan dlm confession ni. Positive or negative, sampaikanlah dengan cara berhemah. Sekian, Assalamualaikum.

– Just some guy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit