Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Aku tak pandai mengarang jadi aku akan go straight to the point je lah. Artikel ni pendek je, jadi jangan anggap artikel ni panjang berjela macam artikel suratkhabar atau macam confession2 lain kat sini. Macam tajuk artikel ni, aku nak cakap sikit tentang Filem Munafik 1. Ada seminggu lagi dari artikel ni ditulis dan tayangan Munafik 2 dekat wayang. Aku tak dapat apa-apa pun dari artikel ni, artikel ni pun bukan bertujuan untuk promosi ke apa sebab memang aku tak dapat apa-apa. Cuma nak sampaikan apa yang aku rasa ada manfaatnya untuk orang dekat luar sana.
Macam yang kita tahu pasal Munafik 1, jalan cerita yang penuh tanda tanya sepanjang filem tu dan juga banyak pengajarannya. Kita tak tahu pun siapa sebenarnya yang munafik sehinggalah akhir cerita baru lah reveal. Tapi ada satu mesej yang cuba disampaikan samaada korang sebagai penonton sedar ataupun tak, ataupun aku sorang je yang baru sedar ataupun pengarahnya sendiri perasan atau langsung tak masa tulis skrip. Seingat aku ada satu scene yang nabila huda (Maria kot nama watak tu) makan ubat depression. Sebab-sebab dia kena makan ubat tu aku pun tak berapa ingat sangat. Tapi kat sini memang nak ditunjukkanlah yang dia memang ada kemurungan. Dengan sikap2 dia yang nampak pelik dan macam2 lagi kan.
Tapi korang sedar tak, sebenarnya Adam (Syamsul Yusof) pun sebenarnya ada kemurungan jugak. Sepanjang cerita kita dapat tengok yang dia masih lagi terbayang insiden kemalangan. Dekat akhir cerita baru lah kita semua tahu yang sebenarnya anak dia pun dah mati, cumanya dia terbayang-bayang anaknya masih hidup. Sama ada dia lupa ataupun dia memang masih tak ikhlas yang keluarganya semua dah tak ada sebab kemalangan tu. Samaada disebabkan kemalangan tu, dia dapat PTSD (Post-Traumatic Stress Disorder) dan yang paling teruk sekali dekat rumah dia asyik berhalusinasi yang anaknya masih hidup.
Kat sini nak tunjukkan yang sebenarnya dekat sekeliling, kita tak tahu pun siapa diantara kawan-kawan yang stress ataupun ada kemurungan. Kadang2 orang yang ada kemurungan ni sama ada dia sedar atau tak, mereka sembunyikan kemurungannya. Kita tak tahu pun dia ada masalah mental. Tahu2 je bila dah sampai klimaks, kita tersedar yang dia dah tak ada sebab bunuh diri. ada juga antara orang kemurungan dia tak sedar pun ada kemurungan, tapi tanpa dia sedar masalah mental dia dah jejaskan semua aktiviti2 harian diaorng. Tak fokus, blurr tentang hidup sendiri, nak buat keputusan pun susah, rasa kosong, jauhkan diri dari orang lain dan macam2 lagi.
Aku tahu kat sini dah banyak sangat confession pasal depression ni, tapi untuk artikel ni anggap je la sebagai salah satu pesan untuk kita semua. Nak pesan yang sesama manusia ni sama2lah kita ucapkan benda2 yang baik je keluar dari mulut kita ni kat orang lain. Sebab orang yang ketika ada masalah, stress atau ada kemurungan sekalipun, hati diorang sangat fragile. Memang dalam hidup ni kita semua ada masalah, tapi kalau kita tak mampu bantu pun, sekurang2nya kita cakap benda2 yang baik. Sebab kita tak tahu pun sebenarnya apa yang dia hadap dan rasa dalam hidup diorang, kita tak tahu sejauh mana tahap kesabaran hati diorang hadap semua masalah masing-masing.
– big bang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit