1.) Surah Ar-Rahman merupakan surah yang ke-55 di dalam Al-Quranul Karim. Ar-Rahman bermaksud Allah Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmat-Nya.
2.) Ia dinamakan dengan Surah Ar-Rahman kerana pada awal Surah ini Allah SWT menegaskan bahawa DIA-lah Tuhan yang Maha Pemurah, serta rahmatNYA melimpah-limpah.
3.) Ia diturunkan di Madinah Al-Munawarrah dan mempunyai 78 ayat.
4.) Bagi sesiapa yang ingin menajamkan akal dan mencerdaskan otak, Surah ini baik untuk diamalkan pada waktu petang selepas Asar atau pada waktu pagi selepas Subuh.
5.) Amalan bacaan surah ini sangat digalakkan untuk pelajar atau mereka yang sedang menuntut ilmu agar mereka mudah memahami skop pembelajaran dan mencapai kejayaan setelah penat lelah berusaha.
Tidak semestinya kanak-kaanak atau remaja. Golongan dewasa atau tua pun boleh amalkan untuk tajamkan akal-fikiran.
6.) Ibu bapa yang ada anak anak yang mempunyai tahap perkembangan akalnya kurang baik sehingga tahap kecerdasannya jauh tercicir dari rakan sebaya juga boleh diamalkan sebagai ikhtiar untuk merawatnya.
Dalam masa yang sama perlu juga mendapatkan rawatan dari pakar perubatan termasuklah Terapi Pertuturan, Terapi Cara Kerja dan sebagainya (mengikut kesesuaian).
7.) Ibu bapa sebaiknya boleh amalkan berulangkali setiap hari atau dua kali seminggu secara konsisten. InsyaAllah jika diizinkan, tahap perkembangan anak akan beransur positif secara perlahan-lahan.
8.) Apa yang penting ibu bapa tidak boleh berputus asa serta bersabar dalam memberi bimbingan, didikan dan dorongan kepada anak-anak yang dikasihi.
Rasulullah SAW bersabda :
“Barangsiapa yang membaca Surah Ar-Rahman pada waktu malam dan mengucapkan, ‘Wahai Tuhanku, Aku tidak mendustai nikmat-nikmatMu.’ Maka Allah akan mengutuskan kepadanya malaikat.
Jika ia membacanya pada awal malam, Malaikat itu akan memeliharanya sehingga Subuh dan jika membacanya pada waktu Subuh, Allah akan memeliharanya sehingga petang.”
Sebenarnya ada banyak lagi fadilat dan kelebihan jika kita membaca Surah Ar-Rahman ini:
a) akan beroleh Syafaat di Hari Kiamat.
b) diredhai dan dikasihi Allah SWT.
c) mengingatkan Sifat Pelupa manusia.
d) mengingatkan tentang kewujudan banyak makhluk Allah SWT.
e) memudahkan untuk urusan mencari Jodoh.
f) menghilangkan rasa cemas.
g) membantu mengeratkan hubungan antara keluarga.
h) mati seperti mati syahid.
i) Mendapat nikmat hidup.
j) Mendapat ilmu pengetahuan.
Perkongsian ini adalah untuk diri saya juga selaku ibu yang sedang membesarkan 2 amanah Allah dan juga kepada sahabat-sahabat pembaca yang lain.
Sesungguhnyaa doa ibu bapa kepada anak-anak itu tiada hijab.
Justeru manfaatkanlah kelebihan ini untuk anak-anak kita bukan kita sahaja yang akan beroleh pahala malah membantu perkembangan dan tumbesaran mereka.
Semoga dapat dipanjangkan.
Sekian,
Seorang Ibu Kepada 2 Anak Lelaki,
– Shada Mazan
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit