Masa mula mula Teacher bagi Learning materials untuk aktiviti Play school anak saya ini pada saya, saya tengok la apa isi dalam.
Ada banyak materials untuk aktiviti sepanjang seminggu persekolahan melalui PDPR. Salah satunya ada 2 helai belon, yang masih belum ditiup.
Bila PDPR hari ke-4 hari itu, selepas sesi membaca doa, menyanyi dan sebagainya, Teacher pun minta anak anak ini keluarkan belon, pastu tiup.
Mula tak faham apa tujuan aktiviti ini. Saya fikir sekadar buat anak anak gembira main dengan belon. Yela budak budak kan suka.
Tapi lepas sahabat saya seorang Guru bagitau kebaikan tiup belon untuk anak anak Speech Delay ini, baru tahu rupanya bagus.
Sebelum itu saya pada nak bagitau, anak saya disahkan oleh Doktor di Klinik Desa sebagai Speech Delay atau lambat bercakap.
Pada usia hampir 3 tahun sebelum ini, anak saya hanya boleh bercakap 2-3 patah perkataan. Kosa kata dia sangat terhad.
Masih banyak perkataan dia belum boleh sebut walau mudah dan biasa dengar hari-hari.
Untuk makluman Pembaca, saya juga pernah menulis di IIUM Confession tajuk ‘Anak saya Speech Delay’.
So saya pun buat carian di internet apa kaitan tiup belon dengan Speech Delay.
Ha, ini la kebaikan yang saya baru dan ingin kongsi untuk semua ibu bapa yang ada anak kecil serta mempunyai masalah yang sama.
.
KEBAIKAN TIUP BELON UNTUK ANAK CAKAP LAMBAT (SPEECH DELAY):
1) Membantu fisiologi mulut anak berkembang dengan optimum. Perkembangan fisiologi ini penting untuk bantu anak bercakap pada usia sepatutnya.
2) Waktu tiup belon ini, ia akan gerakkan otot otot muka terutamanya bahagian mulut.
3) Membantu juga untuk anak pelat. (Well pelat ada banyak faktor. Tapi ini kalau bukan sebab tongue tie)
4) Selain belon, sebarang aktiviti yang meniup macam wisel, bubbles (buih) atau lain lain pun effektif juga.
5) Tiup guna straw pun elok. Ia boleh bantu mulut, lidah, gigi, gusi bergerak dan bertindak balas antara satu sama lain.
Kini baru saya tahu mengapa sebelum ini anak saya tak boleh tiup lilin di kek pada hari lahirnya dan sebarang aktiviti tiup meniup.
Jaditu selepas saya dah tahu, saya terus belikan banyak mainan untuk latih anak saya belajar meniup.
Terima Kasih atas perkongsian dari rakan saya yang seorang guru dan juga para ibu yang turut kongsi pengalaman bab pertututan anak ini. Kalau tak sampai sudah tak tahu.
oleh :
Ibu Anak Speech Delay,
– Shada Mazan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit