Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada warga IIUM confessions.
Topic ni agk open sikit, aku minta maaf bnyk2 kalau melangar isu sensitiviti orang ramai. Sebab tu kalau boleh aku nak stay anonymous jer.
Pengenalan
Aku adalah seorang pelajar perubatan yang baru sahaja graduate beberapa bulan lepas. Buat masa ni aku sedang cuba mencari medium untuk menyebarkan ideologi aku tentang keburukan melayan pornografi keatas diri sendiri dan masyarakat kita. Hasil penulisan ini agak panjang dan aku harap semua boleh sebarkan untuk membantu masyarakat kita terutama sekali golongan muda bagi mengatasi permasalahan masyarakat kita yang telah semakin tenat ni. Hari-hari kita akan nampak berbagai2 berita tentang masalah sosial yang dihadapi kat negara kita ni. Baru2 ni kita dengar berita ada satu keluarga menonton filem porno bersama-sama anak2 laki bini, adik project dengan kakak membuatkan aku rasa yang negara kita sedang diuji musibah akhir zaman. Frankly speaking, Aku risau jugak ramai yang ambil ringan pasal benda macam ni.
Bab 1 (Bagaimana boleh ketagih porno dan vicious cycle seorang yang ketagihan)
Menurut pembacaan aku dari segi saintifiknya atau bahasa perubatan kita panggil fisiologi, sebelum tu kita kena tahu sejenis cecair yang dikeluarkan dalam otak kita iaitu dopamine. Dopamine ni secara teorinya main peranan penting dalam hidup kita sebab banyak kegunaan dia pada tubuh badan kita antaranya dopamine main peranan dalam menstimulasi (stimulate) “reward center” kat dalam otak kita. Nak senang citer reward center ni dia mendorong manusia buat satu pekerjaan lepas kita buat pekerjaan tu kita akan rasa enjoy atau puas, sebagai contoh kalau kau rasa lapar, reward center ni akan stimulate badan ko untuk mendorong kita pergi cari makan atau contoh lain kau rasa gersang dan reward center ni akan mendorong kau untuk melepaskan kegersangan kita.
Apabila seseorang tu menonton video porno, cecair dopamine akan dikeluarkan (secreted out) dengan terlalu banyak dan tak terkawal. Dopamine kalau sikit dia memang bagus tp kalau berlebihan dia jadi tak bagus. Sebab apa? sebab kalau banyak sangat dia akan desensitized reseptor untuk dopamine kat ‘reward center’ ni. Sebab apa aku kata vicious cycle, bila receptor da jadi desensitized untuk counterback balik, badan kita akan memerlukan lagi banyak dopamine. So sampai satu tahap bila kita tengok porn kita rasa tak puas, and kita beralih ke tngk porn yg lg lebih aggressive ataupun yang lain dari yang lain sebagai contoh homo ke, porn binatang pun boleh, yg 50 shade of grey ke or what so ever la. Menurut kajian juga, melayan porno yang berlebihan juga mendorong seseorang itu bertukar sexuality sbg contoh seseorang daripada straight ke gay. sebab apa? mesti korang boleh agk kn? sbb tak cukup dopamine la. Lagi satu yang membahayakan adalah orang layan porno sambil melancap. Dari segi saintifiknya, selepas orang tu orgasm, level dopamine akan drop gila2. Memang untuk 2-3 minit tu kita rasa best sbb ada hormone lain skali yang keluar lepas orgasm tu. Tapi bila dopamine da drop gila2, kita akan rasa hidup ni mcm kurang enjoy.
Jadi kat sini saya nak menekankan kenapa agama kita melarang keras tentang perkara zina ni seperti yang slalu di sebut “LA TAKRABUL ZINA…” (ayat yg lepas tu aku lupa T_T), sebabnya ini lah. Apa maksud jauhi zina tu, zina kan ada banyak jenis, zina mata, hati, tangan dan sebagainya. Kerana kita tak cuba menjauhi zina2 ni lah kita terperangkap dalam vicious cycle ni. Lama-kelamaan akan menjadi seperti masyarakat pompeii, yang menjadi hamba seks. Untuk tahu lebih lanjut korang cari la sendiri pasal pompeii ni, nanti panjang sangat lak aku nak cerita dalam ni. Jadi jauhi lah dari segala jenis zina ni.
Bab 2 (Kesan porno kepada diri)
Nak paham macam mana kesan ni terjadi kat diri seseorang yang ketagih ni, kena paham pasal “reward center” tadi aku explain.
Senang cita sebabkan reward center kita ni da rosak, apa yang akan terjadi kat kita ialah, dup dap dup dap mesti korang cuak kan hahaha. Oh tak cuak eh? macam mana kalau aku cakap kalau aku bagitau kesan2 ni, korang senang jer nak detect orang tu porn addict. So mcm mana skang? cuak tak haha
Ok lah, kalau reward center da rosak mcm mana kita nak ada motivasi untuk buat sesuatu. So senang jer nak detect simptom2 porn addict ni, orang tu akan jadi pemalaslah. Asyik tido jer kerja. Kerja asyik tertangguh. Dan paling common skali orang tu ala-ala anti-social dan kurang konfiden diri. Orang tu akan nmpk mcm cuak2 jer bila ckp kat depan sebab dia takde effort nk kongsikan apa yang dia nak smpaikan. So dia tak serius dalam menyampaikan sesuatu. Relationship pun slalunya tak berapa best pun dgn orang ni, rasa dull jer tak enjoy pun. Buat kerja pun sambil lewa jer. Kadang2 Muka pun mcm takde perasaan jer. Sebab apa?? Pastu kalau belajar pulak tak boleh nak tumpukan perhation, ingatan pun jadi lemah sebab dpat penat yang tkder motivasi. Orang yang takder motivasi ni, mmg akan sentiasa penat jer la. Yela tkder semangat dah kan. Nak buat macam mana, da lah terperangkap dalam vicious cycle, pastu perlukan dopamine yang lebih untuk jadi bermotivasi.
So dekat sini, kita tahulah apa sebab hidup kita susah nak berjaya kalau kita masih lagi tegar melakukan zina ni. Nampaklah sebab apa kita tak terdorong untuk mencapai sesuatu kejayaan tu dengan bersungguh-sungguh. Nak bersungguh-sungguh pun tak boleh sbb takde motivasi kan. Masa tu kita start perasan oh sebelum aku ketagih ni aku mcm bersemangat jer buat kerja itu ni. Patutlah sekarang macam malas jer. Take note that, ni bukan nak judge orang2 yang ada simptom2 porn addict ni, kenkadang orang tak addict kat porn dia addict kat bende lain rokok ke, dadah ke, judi ke apa2lah yang boleh keluarkan dopamine ni secara berlebih. Sebab Dopamine ni bukan unik untuk porn jer, orang hisap rokok pun boleh naikkan level dopamine ni. Dan kadang2 orang ni tak addict kat apa2 pun dia boleh ada simptom2 ni.
Bab 3 (Cara mengatasi masalah ni)
Kat sini aku nak promote sikit satu website yang dipanggil nofap.com , website ni bukan orang islam yang buat , orang tu nama dia Alexander Rhodes. Bukan nak puji non-muslim ni bagus ke apa tapi kita ambil bende yang baik dari dorang, yang tak baik kita ketepikan. Utk pengetahuan, website ni memperjuangkan pasal gerakan NOFAP ataupun kebebasan dari Porn, Masturbation, dan Orgasm dipendekkan jadi PMO atau lebih best di panggil REBOOT. Mula2 tak ramai yang mnyokong gerakan ni, tapi bila gerakan ni mencabar orang lain untuk REBOOT selama 90 hari. Ramai yang telah mencuba sbb kalau ikut logik tak mati pun kalau tak cuba, so dorang pun cuba menahan diri dari PMO selama 90 hari. Memang ramai yang gagal, tapi nak dijadikan cerita, dalam tempoh mencuba tu dorang dapat merasa kesan fisikal dan psikologikal benefit (kebaikan). Antaranya, ada yang kembali menjadi seorang yang konfiden, ada yang jadi rajin buat kerja, ada yang kena erectile dysfuntion (ED) sbelum reboot, lepas reboot selama beberapa bulan ED diorang dah takde, ada tu dapat mengatasi masalah ketagihan alcohol, ada tu student yang slalu gagal dalam periksa, bila dia start reboot dia da tak gagal lg da, dan banyak lg benefit yang dorang dapat lepas try mengamalkan gaya hidup NOFAP ni. Korang sendiri boleh baca kat website tu pasal succesful story dorg.
Balik pada bab nak mengatasinya. Bende macam simple tapi nak buat susah.
First skali, kena ada mindset nak berhenti dari bende ni. Kena refleksi banyak2 kenapa nak berhenti, Kena paham betul2 apa tujuan kita nak berhenti. Kebanyakkan orang dalam NOFAP tu dorang berhenti sebab dorang nak hidup yang lagi berkualiti dari sekarang. Maksud hidup berkualiti ni, hidup yang produktif, hari2 ada jer bende baru yang kita nak buat dan yang kita belajar. Lagi satu sebab, diorang nak mengamalkan gaya hidup yang sihat, lebih kurang lah tu hidup yang berkualiti. Kau kena set dalam otak kau yang ko taknak hidup dalam keadaan ni lagi. Like shit life, I hate this life. Percayalah korang akan rasa kebaikannya bila dah betul2 berhenti nanti. Kalau tak cuba, macam mana nak tahukan?
Secondly, bila da ada mind set, skarang korang kena EVADE (mengelakkan) segala2 yang merangsang korang. Segala2nya dalam semua aspek, contoh tengok porn, dengar pasal porn, pikir pasal porn. Senang cita tengok pompan or laki pun tak boleh, kena elakkan kalau memang lemah. Apa2 yang buat kita terangsang, cepat2 kita alihkan perhatian kita pada benda lain. Jangan biarkan pikiran kearah tu lebih dari satu saat pun. Sbagai contoh ada mamat ni tetiba terangsang, cepat2 dia buat hand sign macam naruto tu dia jerit “KAI” (release), konon2 nya dia terperangkap dalam genjutsu la. Lain orang lain cara dia, kita kena cari lah cara kita, kalau tak jumpa kita ikut orang lain punya. Kalau tak sesuai kita tukar orang yg lainnya pulak. Yang penting kita bebas dari cengkaman rangsangan tu secepat yang mungkin.
Thirdly, belajar secara berterusan pasal cara2 nak mngatasi ketagihan ni, bukak jer website nofap tu hari2, baca jer kisah success orang, mcm mana orang tu lawan, mcm mana dia dapat withdrawal simptom masa dia sedang buat NOFAP stages of NOFAP, benefit of NOFAP, disadvantage of fapping dan macam2 lagi. Kalau nak baca artikel ni hari2 smpai hafal setiap patah perkataan pun boleh, asalkan dia dapat menghidupkan semangat kita untuk terus berjuang.
Forthly, Set target bukan untuk sampai ke target tu tapi lebih dari tu. Sebagai contoh kita set target kita untuk 90 hari. Adakah lepas 90 hari tu kita nak kembali ke lembah jahanam yang merosakkan hidup kita tu balik? mesti la takkan, so bila da capai 90 hari tu, semoga kita terus beristikhomah untuk terus berhenti selama2nya. Memang akan ada yang gagal untuk capai target 90 hari tu, tp janganlah sebab gagal setengah jalan kita terus berhenti kat situ jer, takkan lah da tahan sampai 20-30 hari pastu nak sia2kan cmtu jer, dan kembali pada takuk yang lama dan dah taknak set target baru dah. Kita da smpai sejauh ni, takkan lah berpatah balik. Jangan sia2kan usaha anda untuk mencapai kehidupan yang lagi manis dari sekarang ni. Always, set a new target yang lagi bagus dari sekarang.
Lastly, memang kita akan menumpuhi withdrawal effect dalam tempoh NOFAP ni, antaranya depresi, sakit2 badan, cepat melenting, mood swing dan banyak lg, korang boleh baca sendiri kat website NOFAP tu. Ni lah tanda2 yang badan kita cuba untuk programkan kembali kita kepada normal. Yang ni interesting fact, akan sampai satu tahap dalam NOFAP yang badan kita tetiba hilang nafsu sepenuhnya, bila tengok pompan bogel tak rasa apa2. Buatkan kita rasa cuak, adakah mungkin kita telah mandul, asal aku punya tak naik ni, stages ni kita panggil dia Flatline. Ada tu cuak sangat sampai dia paksa diri dia tuk kembali ke PMO. Last2 dorang relapse and hasil titik peluh susah payah tahan lama2, mati kat situ jer. So korang kena tahu juga stages2 NOFAP ni. Ni aku bagitau secara roughly jer.
Stages NOFAP/REBOOT
>Stage 0
Masa ni korang belum develop apa2 nafsu lagi sebab baru jer start nofap ni. Tapi korang rasa macam ada konfiden sikit.
>Stage 1
Hari demi hari semakin susah nak kawal nafsu, tapi kalau korang evade segalanya yang aku ckpkan kat atas tu, memang takde masalah dalam stage ni. Stage ni korang akan lg konfiden dari sebelum ni, mungkin akan jadi lagi rajin dari sebelum ni.
>Stage 2
Stage ni paling sakit, sbb korang start rasa withdrawal simptom, dan simptom dia boleh datang dan pergi ikut suka dia jer. Pastu stage ni jugak susah nak kawal nafsu tu. Ada orang duduk sampai berbulan2 dalam stages ni. Tu depend pada setiap orang, lain orang lain la simptom dan masa dia. Lagi satu bila sampai stages ni kita akan rasa NOFAP ni mcm tkder benefit, mcm sama jer mcm dulu. Pastu dia relapse la kalau tk kuat.
>Stage 3
Ni stages yang aku ckp pasal flatline tu, mmg tak rasa pape, tp jangan la cuak sgt sampai pg test. Bukan apa, bila da lama tak PMO, kita punya sensiviti makin bertambah baik, so kalau kita start buat mmg kita rasa best feeling dia mmg perrrr. Macam baru dilahirkan semula. So ni akan menyebabkan kita nak cuba buat lagi, and last2 relapse la jawabnya.
>Stage 4
Benefit tu akan start rasa masa ni, di datang sikit2 dlu, lama2 dia akan datang sepenuhnya. Masa jer yang menentukan.
>Stage 5
Korang akan jadi luar biasa, serius, semuanya dalam control. Korang da master untuk kontrol diri korang. So masa ni lah korang nmpak hasil yang korang buat.
Sebab apa aku tak bg dalam bentuk timeline bila stage2 ni berlaku, sbb setiap orang akan berbeza2 masa dia reboot. Ada yang ambil masa sampai bertahun untuk bebaskan diri dari PMO ni. So, Kesimpulannya, kalau golongan non-muslim yang tk beriman tu boleh buat, takkan kita tak boleh nak buat? Jadi teruskanlah beristikhamoh dalam membetulkan hidup kita. Ini pun da kira berjihad di jalan Allah. So pasti besar balasannya.
Sekian Terima Kasih
Mohon maaf kalau terkasar bahasa
Tolong Sebarkan untuk kebaikan umat sejagat.
– Porn Specialist
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit